Air Mangga Sedap di Klang..Umph..Power ~ ChokananSusu

Assalamualaikum..

Hari ni Lynda nak share satu venue minum air mangga blended yang best. Dekat je. Kat Klang, Selangor. To be exact dekat Kampung Kuantan, Klang. Klang pun ada Kampung Kuantan ye. Korang boleh waze Kampung Kuantan, Klang je.
Air mangga best ni diberi nama ChokananSusu. Kalau nak tau Chokanan ni dalam bahasa Thai bermaksud Mangga. Ni mangga chokanan lah. Dan confirm import dari Thailand. Ada beza dengan mangga siam, mangga epal, mangga harum manis. Selain tu, rasanya agak lemak manis.
Diusahakan seorang anak muda berjiwa besar. Dan buat sementara ni masih part time sebab anak muda ni bekerja juga. Sahut seruan kerajaan, buat 2 kerja dalam satu masa. Meniaga dengan dibantu seorang pembantu, kadang-kadang kalau time peak, ada pembantu lain. Insha Allah, anda tak tunggu lama untuk ChokananSusu anda.
 
Apa istimewa ChokananSusu? Air mangga ini diblend dengan ais, dicampur dengan susu pekat, air gula dan susu cair. Resepi rahsia ni hanya tauke yang tahu. Sebab tak semua orang cuba buat menjadi dan rasa dia kick. Dah jadi ice-blended tu, topping ditabur dengan potongan mangga Chokanan yang fresh. Ni pun bergantung kepada pelanggan nak extra atau tidak. Untuk topping extra cuma tambah RM1. Mangga Chokanan ini dijual dalam 2 saiz iaitu 22oz (RM6) dan 32oz (RM8). Extra topping RM1.
 
Dengan #manggalipat #sedutsikit #gigilteruk, yang berkelapangan, teringin, mengidam boleh terjah ChokananSusu. Confirm korang ketagih dan datang lagi. Sebab kebanyakan pelanggan memang datang balik, kalau jauh termimpi-mimpi. Siap kira duit cukup tak hari ni nak beli ChokananSusu. Memang takkan menyesal dan akan rasai kehebatan dan kesedapan ChokananSusu.

Untuk tahu tentang waktu operasi dan lain-lain info ChokananSusu:

 Landmark : Khemah Merah sebelah Andak Claypot
Waze : Andak Claypot Asam Pedas 

Lynda Che Lah

Comments

  1. Sedapnya.....air mangga memang fav akak..

    ReplyDelete
  2. BUah mangga memang favorite.. Tapi kalau dah dalam bentuk jus sebelum ni kurang minat.. Tapi tengok gambar Lynda ni.. rasa memanggil manggil pulak utk try.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda pun tak in sgt kalau jus mangga kak Tati..
      Tapi ni memang lain..hehe

      Delete
  3. Alahai.... #gigilteruk kita nengok #manggalipat dia
    Terliur ni...!!

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts