06 June 2017

Viral ~ Pengambilan Supplement

Assalamualaikum..

Sejak semalam viral pasal pengambilan supplement.
Ramai juga pengambil supplement tegar melenting dan tak kurang juga
yang hadam elok apa yang dibaca.
Kadang-kadang, belum baca abis dah hentam.
mula lah kata doktor FB la, doktor acah-acah bijak..

Dorg dpt title doktor bukan senang.
dan bukan senang juga dorang nak buat assumption atau diagnosis.
Bukan senang nak tentukan apa elok dimakan, apa tak elok.
Tak payah jadi doktor kot kita boleh tau apa baik buruk untuk bdn kita.

Kebanyakan yang amik supplement ni Ibu menyusu, nak tambah tenaga dan yang nak cantik.
Tak salah nak amik supplement. Tapi kandungan supplement kena check juga.
Kebanyakan supplement kadang dorang jamin diperbuat drpd tumbuhan semulajadi etc.
Tapi once ia dijadikan tablet/pil, proses kimia akan berlaku.
Tak banyak but still proses kimia akan membantu supplement itu utk bertahan atau
lambat tarikh luputnya.

Saya dikelilingi bermacam ragam manusia.
Saya pernah tgk orang yang amik supplemen secara berterusan rosak kidney dia.
Saya ada kawan yang disarankan doktor amik segala macam ubat for her diabetic tapi
end up doktor tu sendiri nasihat suruh stop ubat.
And she live in pain..sbb kidney dah rosak. Dia amik kerana disaran doktor dan
lastly, dia tanggung segala kesusahan sendirian.

Supplement biasanya ada chemical product. Maybe 0.01 mg tapi it is still chemical.
Makan utk kesihatan, untuk tenaga, untuk tambah susu.
Tapi at the same time, kita feed anak kita dengan susu kita yang bercampur sedikit chemical.
Those doctor nak educate kita tapi those doktor kena hentam mcm tak cukup belajar.
Sedangkan amik paracetamol dah takut nak menyusu kan anak, tp amik some chemical
secara tidak sedar tak pula takut.

Saya jenis tak makan supplement. Tapi sy tak banned supplement.
Saya juga pernah menyusukan anak, pernah bangun malam 3 4 kali.
Tapi still ada tenaga. Pernah zaman sarat mengandung berniaga dan bangun
malam masak untuk customer tapi sy tak amik apa-apa.
Yang penting minum air yang cukup, makan makanan yang membantu dan berkhasiat.
Ada peluang tidur, amiklah nap sekejap.
Antara rajin dan malas je nak sediakan makanan untuk diri sendiri.
Supplement helps tapi kita tak patut bergantung.

Ramailah peniaga supplement yang marah bila those doctor post pasal ni.
Dan bergaduh sesama sendiri.Nak buktikan doktor mana yang betul.
Semua ada pro dan kontra.
Badan korang, anak korang..Korang je yang tahu.

Tanyalah yang bekerja di hospital. yang di wad-wad handle kes begini.
Kdg sebab testimoni kawan, terus makan.
Kidney ko dan aku tak sama. Kidney dia dan ko pun tak sama.
Kidney akan proses segala yang masuk ke badan.
Gula, minyak etc. Malam tidur nak makan bukan-bukan pun fikir.
Kesian kidney nak kerja teruk hadam 1 hari punya makanan ntah apa.

Jangan kata supplement je. kalau ikut processed food pun tak elok untuk kidney.
So, simple. Ko makan, makanlah.
Tapi jangan banned orang tak makan..
Atau jangan lah pertahan sgt ko bagus sebab makan.
Orang tak makan si kuno yang tak sayang badan, tak sayang anak..
Atau sebab ko menjual then cakap orang dengki nak tutup periuk nasi ko.
Pls la..Bila orang share, try hadam dan fikir..bukan merempan.

Eh macam post merempan dah! hahaha..
Pandangan peribadi..
sebab kuasa viral ni abis kurma Yusuf Taiyoob yang bertahun tu terbabit.
Dah banyak mana pula anak kumbang ditelan Ramadhan 2 3 tahun lepas..
Ye tak :p

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. Nk ambil blh..pastikan kandungan pmbuatan tu drp pihak y betul2 bertauliah.. Sbb byk jgk produk supp y ala2 timbang kilo cuma rebrand mcm2 jenama..


    Pgalaman duk hosp byk kes mlibatkan pgambilan supp ni.. Kdg tu, maybe supp ok..cuma cara pgambilan tu x btul.. Bila ambk supp kna minum byk air putih...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, banyak yg bash meng oink oink buta tanpa selidik dulu, orang bash kita pon sama ikut bash, pape pon tepuk dada tanya lah doktor ye.



    Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...