07 June 2017

Mahligai Kami ~ Episod 2

Assalamualaikum..

Seronok rasanya Episod 1 ada yang berminat nak baca.
ni pengalaman sendiri tau. Pengalaman yang mengajar dan membuatkan
kami lebih kuat. Belajar dan terus belajar.
Anak-Anak Ibu dan Ayah.. ni cabaran nak meneruskan kehidupan..

Ok sambung terus..

Cabaran yang pertama adalah cabaran nak jual rumah kami.
Usia rumah baru 2 tahun lebih. To be exact baru 2 tahun 2 bulan.
Jadi bayangkanlah settlement masih banyak. Kalau nak jual ada untung tak.
So, hasil perbincangan, tolak segala benda, tolak segala kos maka mehlah kita jual
rumah tu. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang..payah juga sebenarnya.
tapi takpe, kita cuba.
Jadi kami start iklankan di FB pages, FB sendiri dan melalui
perkongsian WhatsApp. Masa ni ada yang bertanya.
Tapi harga pun kami letak berpatutanlah dengan
harga semasa. Tapi takde yang serius. Ada yang datang tengok
tapi tak bagi jawapan. End up kami post iklan kat Mudah.

Tapi bila kita iklan kat Mudah, pls jgn consider akan ada buyer.
Yang ramai adalah agent. Hari-hari agent call nak viewing rumah.
So kita bgai viewing. cuma kami tak sign sebarang docs ngan agent.
Sebab agent confirm amik 3%. So kami cakap, kalau ada buyer kami sendiri,
kami akan proceed sendiri.

Dan Alhamdulillah, berkat share dengan jiran selang beberapa rumah,
kami dapat buyer. Kawan dia juga. Dan buyer ni amatlah mudah sebab dia
dah pernah tgk kawasan perumahan tu dan dia memang berminat nak beli.
Maka berlakulah urusan jual beli yang sebenarnya masih belum selesai hingga hari ni.

Cabaran Kedua adalah mencari kontraktor nak bina Mahligai baru kami tu.
Dan cabaran terbesar nak mengatasi masalah yang satu ni.
Banjir! Ye.. masalah ni akan berlaku kalau hujan lebat, lepas tu air pasang.
So kami kena cari kontraktor yang boleh bantu selesaikan masalah ni.
2 solution yang ada. Repair rumah sedia ada atau roboh bina semula.

Bajet kami hanya dalam lingkungan RM40k-RM50k. Nampak mustahil kan.
Tapi memang boleh. Tapi rumah yang simple la. Lantai simen je. Atap zink je.
Kita kena bertindak dan belanja ikut kewangan kita.
Dan buat masa ni, itu je yang mampu.

Kontraktor pertama datang tgk dan bagi 2 cadanganlah.
Untuk repair/refurbished harga adalah RM68k. Kalau roboh bina RM98k.
Tapi dia gelakkan kitorang la sebab bajet ciput kan. So kitorg reject dia..hehehe..

Cari lagi. Kontraktor ke2 pun minta dalam RM80k.
Yang mana memang mustahil untuk kami dapat.
Kemudian, Encik Hubby call kawan-kawan zaman sekolah dulu.
Sbb kebanyakan dorang belajar engineering, so mesti ada contact orang yang
boleh bina rumah. Dan adalah seorang yang kami memang kenal rapat.
offer untuk tgk dulu dan bawa tukang. Nama dia Hadi..

Maka bermulalah misi mustahil pembinaan sebuah rumah dengan kos bawah RM50k.
Datanglah Hadi dan tukang. Dorang bincang. Kalau nak refurbished agak susah wlupun
mcm tak mustahil. Tapi cadangan memang roboh dan bina.
Tapi tukang pun buntu. Nak atasi masalah banjir dan nak coop bajet kami..
Tapi tukang teringat, adik dia di Tanjung Malim mungkin boleh bantu.

Jadi kami macam putus asa juga kan. Sebab nak menunggu pula tukang
dr Tanjung Malim tu datang. Mcm dah tak semangat pun ye..
Tapi cuba juga mencari tukang lain yang boleh.

Mustahil kata orang dengan bajet tu.. Tapi kalau kita usaha, cuba dan berdoa..
Insha Allah ada jalan.. Memang kena sambung lain ni..xoxo

Lynda Che Lah
Biar mimpi sampai bintang

3 comments:

  1. Gitulah seorg mak kan.. Pasti akn bantu ank ...


    Lya baca pom dpt rsa kepenatan..kiranya msa byk hbs dlm perjalanan..dlm kereta..

    Betullah keputusan tu.. Demua kualiti msa bersama..


    Tiada apa y mustahil.. Moga dgn budget sbnyk tu dpt realisasikan mahligai impian tu.. In shaa Allah.


    Lya doakan moga dipermudahkan sgalanya.. Jumpa tukang...n dpt atasi banjir juga

    ReplyDelete
  2. Penuh rintangan awak ni ... moga makin tabah

    ReplyDelete
  3. Kene tinggi kan rumah ye tak ..apa pun moga dipermudahkan semuanya ya !

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...