26 May 2017

Selamat Hari Jadi Ayah.

Assalamualaikum...

Hari ini birthday Ayah..
Pagi tadi tak sempat wish sbb dah bersiap nak pegi keje..
Ayah tak baca blog tapi mama mesti bagitau ayah.

Sejak dah naik pangkat TokAyah ni Ayah sporting sikit.
Dengan cucu amatlah sporting. Borak tak ingat.
Tapi biasalah orang ckp kan.. Atuk ngan cucu lain dengan Ayah dengan anak..

Tak macam masa kitorang kecil dulu.
Ayah serius sepanjang masa..Ayah amat jarang berborak.
Tapi kitorg bukan takut sgt pun ngan Ayah.
Lebih kepada hormat.
Ayah bukan jenis garang asyik sikit nak rotan.
Sebab kitorang anak yang baik kot hehehe..

Tapi bila Ayah marah, kitorg tau.
Ayah tak menengking, tak menjerit.
tapi nada cakap Ayah amat slow.
Dia kalau marah, dia amat cuba untuk bersabar.
Amat cuba untuk tidak menampakkan dia marah.
tapi dia memang marah.
Tapi kerana itulah, kami membesar macam ni.

Kami dididik oleh Mama Ayah utk jadi insan yang baik.
Insan yang berguna dan Alhamdulillah.
Walau tak jadi doktor, engineer tapi Insha Allah kami dah gembirakan dorang.
Yang penting jadi anak yang menghormati dan mengenang Mama Ayah.
Jangan jadi anak yang akhirnya menyusahkan Mama Ayah.
Selamat Hari Jadi Ayah..
Semoga Allah panjangkan usia Ayah.
Beri kesihatan yang baik sbb Ayah ada minor slip disc.
Tapi Insha Allah, masih kuat nak berkebun dan bertukang.
Allah beri segala kemudahan dunia dan akhirat.
Bertambah rezeki dan nampak muda macam tu.
Umur dah 56 tahun. Tanyalah resepi awet muda..hahaha..xoxo

Lynda Che Lah




2 comments:

  1. Aamin..
    Smoga beliau stiasa dikurniakan ksihatan y baik bpnjangan hendaknya..aamin

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...