Skip to main content

Balik Kampung dan Cuti Cherating ~ Mac 2017

Assalamualaikum..
 
Ya Ampun..
Ni cite Mac pun. Xpe. share je la kan.

Actually takde plan nak balik kampung.
Cuti sekolah memang ambil cuti sebab Qoid tak pernah
ponteng lagi sekolah.
So as reward, Ibu Ayah pun ambil cuti nak bawa jalan.

Kat kampung ada kenduri kahwin. Iqa sepupu sy kahwin.
Ma Ayah memang balik tapi kami tak pasti.
Tapi ada rezeki lebih dan perbelanjaan berhemah, kami dapatla balik.

Bertolak dr Klang jam 4.30 pagi. Alhamdulillah sepanjang jalan
ke Tol Bentong berjalan lancar. Anak-anak tidur.
So senang bergerak. Kami berhenti solat Subuh di Raub.
Lepas tu teruskan perjalanan ikut laluan Gua Musang melalui
Machang ke Besut, Terengganu.


Kami tiba di Besut lebih kurang jam 1 tengah hari. 
Mandi dan bersiap di Masjid Kayu, Jerteh.
Lepas itu terus pegi makan kenduri.
Kali ni bermalam di Manor Beach Resort Bukit Keluang.
Semalam dalam RM230.
Petang lepas baring-baring bagi bebudak mandi kolam dan jalan kejap 
kat pantai belakang hotel.
 Lepas tu pegi makan nasi air dan ais jagung kat Pantai Air Tawar.
 Pagi Ahad tu, macam takde apa nak buat, terus decide gerak ke Cherating.
Lepas makan tgh hari ngan Ayah, Ma kitorang gerak ke Cherating.
Nak mandi laut pula. Kali ni redah je.
Sampai Cherating dalam Maghrib juga. Pusing punya pusing,
dapatlah chalet dengan harga RM145 berdekatan dengan Residence Inn.
Maklumlah masa tu cuti sekolah kan. Memang full lah semua.
 
 
Semua pun untuk anak-anak. Reward untuk Qoid yang dapat keputusan cemerlang.
Reward juga sebab dia tak pernah ponteng sekolah sepanjang suku semester.
Semua pun untuk ingatan anak-anak..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. ALA BEST NYER PANTAI..lama tak bercuti..tapi kita pun sama..ade perbelanjaan extra baru boleh bergerak jauh sikit.

    ReplyDelete
  2. Kite belah2 sane langsung x pernah sampai lagi, huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan duit sikit yien. dlm RM300 boleh dah nak rehat2 :)

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…