15 February 2017

Selamat Ulangtahun Ke 7 Qoid Rafif

Assalamualaikum..
Selamat Hari Jadi Qoid Rafif.
Masih buah hati Ibu Ayah walaupun kadang
menguji kesabaran. Mengundang rasa pelbagai
dengan soalan yang mencabar dan penuh ujian.

Hehe..Umur 7 tahun byk mendewasakan dia agaknya.
Mungkin sebab dia membesar diasuh untuk berkorban
dengan adik, beralah dan sentiasa dijadi tumpuan.

Abang yang sabar walaupun time main Ipad, adik datang
amik tanpa izin. Tapi dia akan kata, takpe Ibu, biarlah adik main.
Sebab nanti Ayah akan bg dia hp Ayah pula.
Ye beralah mesti akan menang juga.

Insha Allah, Qoid akan selalu menang di hati Ibu Ayah.
Pagi tadi kejut sekali je terus mandi.
Wlupun lama dalam bilik air. siap syampoo.

Dan Alhamdulillah, sekarang solat cukup 5 waktu wlupun
masih belum tertib. Walau mengantuk tetap solat.
Dan kalau tak bangun Subuh, dia qada.
Harap berterusan lah. Soalan tentang hari Kiamat pun
kadang-kadang jenuh Ibu Ayah nak explain untuk dia boleh
terima di umur ini.
Semoga Allah beri segala kemudahan di dunia dan akhirat.
untuk Pemimpin yang Tinggi Lagi Mulia ini.
Diberi kesihatan yang baik, kemudahan belajar dan menerima.
Dipanjangkan umur untuk menjadi Muslim sejati.
Dilimpahi kesenangan dan kebahagiaan.
Walaupun masih tidur peluk Ibu, Ibu tahu Qoid mampu berdikari.

Selamat Hari Lahir yang Ke 7 Cinta Hati Ibu Ayah..xoxo

Ibu dan Ayah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...