Qoid Masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Esok actually birthday Qoid yang  ke 7 tahun.
So hari ni gigih Ibu update pasal Qoid masuk sekolah.
Ye tahun ni dia darjah 1.
Alhamdulillah ok dan mudah.
Cuma kena bangun awal pukul 6pagi sebab rumah jauh
dengan sekolah. Insha Allah lagi 2 bulan dekatlah.
Tu cerita kemudian.

Qoid start orientasi 30 Disember (Jumaat).
Kami ikut juga sebab ada taklimat.
Pagi tu dia semangat. Masuk kelas saringan untuk
penentuan kelas. Ada ujian semua.
 
Parents sementara tunggu anak-anak amik ujian,
kami dengar taklimat. Banyak yang kita sebagai Ibu Bapa
yang kali pertama anak masuk sekolah kena amik tahu.
Alhamdulillah, Qoid masuk kelas 1 Bestari.
Hari tu juga dapat buku teks dan bayar yuran.
 
Masa ni dia terkejut tengok banyaknya buku Ibu..
Sekolah darjah 1 tak sama ye dengan pra.
Ibu pun jenuh membalut buku teks, tagging nama lagi.
Macam-macam juga pesan cikgu masa taklimat.
Hari permulaan sekolah 3 Januari 2017.
Alhamdulillah ok juga.
Semangat. Kami dibenarkan bersama sewaktu perhimpunan
tapi jauhkan diri je lah untuk beri peluang anak-anak ni
berdikari dan belajar menguruskan diri.
Qoid ok dan kami tgk dia masa waktu rehat.
Tapi biasalah budak-budak membeli. Ada je lah tak kena kan.
So hari kedua kami cuma hantar dan datang siasat masa rehat je.
Alhamdulillah ok juga. Bebudak ni bukan apa.
Bila ada parents dorang jadi terus xleh buat.
Cuba kita takde. elok je berdikari.
So jom percaya pada anak kita. Memanglah risau tapi
Insha Allah, Allah mudahkan. Doa byk2 untuk kita semua.
Kisah sepanjang 2 bulan ni kita share kemudian.
Ibu curi masa je update apa boleh.
Insha Allah bulan ni bulan Linus. Kita tgk pencapaian
Qoid macam mana. So far ok dia. Seronok pegi sekolah
walaupun letih sikit.Mengaji pun dah ok.
Esok update Qoid as 7 years old kid.xoxo

Lynda Che Lah

Comments

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts