15 February 2017

Selamat Ulangtahun Ke 7 Qoid Rafif

Assalamualaikum..
Selamat Hari Jadi Qoid Rafif.
Masih buah hati Ibu Ayah walaupun kadang
menguji kesabaran. Mengundang rasa pelbagai
dengan soalan yang mencabar dan penuh ujian.

Hehe..Umur 7 tahun byk mendewasakan dia agaknya.
Mungkin sebab dia membesar diasuh untuk berkorban
dengan adik, beralah dan sentiasa dijadi tumpuan.

Abang yang sabar walaupun time main Ipad, adik datang
amik tanpa izin. Tapi dia akan kata, takpe Ibu, biarlah adik main.
Sebab nanti Ayah akan bg dia hp Ayah pula.
Ye beralah mesti akan menang juga.

Insha Allah, Qoid akan selalu menang di hati Ibu Ayah.
Pagi tadi kejut sekali je terus mandi.
Wlupun lama dalam bilik air. siap syampoo.

Dan Alhamdulillah, sekarang solat cukup 5 waktu wlupun
masih belum tertib. Walau mengantuk tetap solat.
Dan kalau tak bangun Subuh, dia qada.
Harap berterusan lah. Soalan tentang hari Kiamat pun
kadang-kadang jenuh Ibu Ayah nak explain untuk dia boleh
terima di umur ini.
Semoga Allah beri segala kemudahan di dunia dan akhirat.
untuk Pemimpin yang Tinggi Lagi Mulia ini.
Diberi kesihatan yang baik, kemudahan belajar dan menerima.
Dipanjangkan umur untuk menjadi Muslim sejati.
Dilimpahi kesenangan dan kebahagiaan.
Walaupun masih tidur peluk Ibu, Ibu tahu Qoid mampu berdikari.

Selamat Hari Lahir yang Ke 7 Cinta Hati Ibu Ayah..xoxo

Ibu dan Ayah

14 February 2017

Qoid Masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Esok actually birthday Qoid yang  ke 7 tahun.
So hari ni gigih Ibu update pasal Qoid masuk sekolah.
Ye tahun ni dia darjah 1.
Alhamdulillah ok dan mudah.
Cuma kena bangun awal pukul 6pagi sebab rumah jauh
dengan sekolah. Insha Allah lagi 2 bulan dekatlah.
Tu cerita kemudian.

Qoid start orientasi 30 Disember (Jumaat).
Kami ikut juga sebab ada taklimat.
Pagi tu dia semangat. Masuk kelas saringan untuk
penentuan kelas. Ada ujian semua.
 
Parents sementara tunggu anak-anak amik ujian,
kami dengar taklimat. Banyak yang kita sebagai Ibu Bapa
yang kali pertama anak masuk sekolah kena amik tahu.
Alhamdulillah, Qoid masuk kelas 1 Bestari.
Hari tu juga dapat buku teks dan bayar yuran.
 
Masa ni dia terkejut tengok banyaknya buku Ibu..
Sekolah darjah 1 tak sama ye dengan pra.
Ibu pun jenuh membalut buku teks, tagging nama lagi.
Macam-macam juga pesan cikgu masa taklimat.
Hari permulaan sekolah 3 Januari 2017.
Alhamdulillah ok juga.
Semangat. Kami dibenarkan bersama sewaktu perhimpunan
tapi jauhkan diri je lah untuk beri peluang anak-anak ni
berdikari dan belajar menguruskan diri.
Qoid ok dan kami tgk dia masa waktu rehat.
Tapi biasalah budak-budak membeli. Ada je lah tak kena kan.
So hari kedua kami cuma hantar dan datang siasat masa rehat je.
Alhamdulillah ok juga. Bebudak ni bukan apa.
Bila ada parents dorang jadi terus xleh buat.
Cuba kita takde. elok je berdikari.
So jom percaya pada anak kita. Memanglah risau tapi
Insha Allah, Allah mudahkan. Doa byk2 untuk kita semua.
Kisah sepanjang 2 bulan ni kita share kemudian.
Ibu curi masa je update apa boleh.
Insha Allah bulan ni bulan Linus. Kita tgk pencapaian
Qoid macam mana. So far ok dia. Seronok pegi sekolah
walaupun letih sikit.Mengaji pun dah ok.
Esok update Qoid as 7 years old kid.xoxo

Lynda Che Lah

07 February 2017

Majlis Pembukaan Butik Feedmilk Shah Alam ~ SelamberSelak

Assalamualaikum..

Pada 4 Februari baru ni, Lynda dapat jemputan ke 
Majlis Pembukaan Butik Feedmilk di Shah Alam.
Butik Feedmilk adalah butik pakaian menyusu untuk ibu-ibu moden.
Dengan hashtag #SelamberSelak, butik Feedmilk menyediakan 
pelbagai pilihan pakaian menyusu untuk kemudahan dan keselesaan ibu-ibu.
Terdapat pelbagai pilihan pakaian daripada Tshirt cotton 
yang sgt selesa, kepada blause menyusu dan jubah ekslusif.
Yang penting cantik dan selesa.
 
Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan kehadiran jemputan, 
pelanggan, Personal Shopper, agent.
Puan Anys pemilik Feedmilk telah membuat perasmian butik 
yang terletak di tingkat 1 dengan dekorasi putih dengan candelier yang cantik 
serta susunan rak yang memang menggamit mata untuk membuat pilihan.
 
 
Event hari itu ada menyediakan tawaran pembukaan 
serendah RM1 bagi 100 pelanggan pertama yang mendaftar.
Bayangkan butik full house tapi ibu dan baby steady je shopping.
Kaum bapa pun steady je sebab ada disediakan 
sajian kambing panggang dan makanan lain.
tengok gambar bawah ni siapa senyum masa beratur
nak ambil kambing. Senyumlah teman I..hehe
Untuk anak-anak disediakan tempat permainan. 
Jadi dapatlah para ibu shopping dengan tenang.hehe.
Berpeluh-peluh Qoid dan Qhalif melompat main tak ingat Ibu dah.
 

Selain pakaian menyusu, butik Feedmilk juga menjual Femilac, 
milk booster untuk ibu menyusu.
Lengkaplah butik ini sebagai One Stop Center bagi ibu menyusu 
dalam mendapatkan kelengkapan menyusu. 
Memang ramai pengikut Feedmilk yang datang shopping hari tu. 
Dan selesa pakai baju Feedmilk sebab kain yang berkualiti dan jahitan yang kemas.
So, Ibu menyusu yang mencari keselesaan dan nak bergaya 
dengan pakaian cantik sambil menyusu bolehlah ke butik atau 
follow mereka melalui IG dan FB untuk maklumat lanjut atau shopping online.

#selamberselak
#pakarbajumenyusu
#blousemenyusu
#bajumenyusu
#jubahmenyusu

Jom LIKE PAGE dan FOLLOW IG (FEEDMILK)







ALAMAT BUTIK :
Feedmilk Boutique - H50-1,


Jalan Serai Wangi, M16/M,


Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam. 

BUKA : SELASA-AHAD  ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk
Lynda Che Lah

06 February 2017

Makan-Makan di Seremban ~ Man TomYam

Assalamualaikum..
Dekat Seremban hari tu, semalam je kan.
Nak makan kat mana taktau.
Pusing town Seremban tapi byk Mall dengan Fast Food.
Call la boss Encik Hubby sebab dia orang Seremban.
Tanya dia mana makan best.
So dia suggest Man TomYam. Pegi Seremban makan restoran Siam. Hahaha.
Jadilah isi perut sebelum anak-anak buat hal nak tidur kan.
Almaklum siang tu excited nak mandi pool tak tidur siang kan.
Sila waze, Insha Allah jumpa.




Order tomyam, nasi goreng ikan masin, 
Nasi goreng USA, nasi bujang.Sedaplah bagi range kedai siam.
Recommended. Harga berpatutan.
Nampak restoren gah mcm takut nak masuk tapi
Insha Allah harga mampu milik.
Tgk ramai makan siakap stim lah, siakap 3 rasa.
Tapi makanan dia sedap.

Insha Allah akan ke Seremban lagi.
Nak cari lauk salai pula.
Tu kena pegi siang lah kan.
kalau malam makan macam ni ok juga..
xoxo

Lynda Che Lah

03 February 2017

Review ~ Bercuti di The Royale Bintang Seremban

Assalamualaikum..

Post tunggak lama.
Ni pegi cuti kat Seremban masa cuti Deepavali rasanya.
Kebetulan cuti sambung tapi malas nak jalan jauh.
Tgk Kak Yati share gambar kolam cantik kat IG, terus DM Kak Yati.
Sekali dia bagitau, kolam cantik tu kat Seremban je.
Terus masuk web hotel The Royale Bintang dan book thru web je.
Harga thru web hotel memang berbaloi nak banding dengan harga  Booking.com.
Kitorg bertolak dalam tengah hari.
Dekat je kot Seremban kan. Betul-betul dekat tgh
bandar Seremban. tapi masa sampai Seremban, hujan..
Punah harapan anak-anak nak mandi pool. Masuk bilik dulu
rehat, nanti petang ada rezeki boleh mandi kolam.
btw semua bilik hadap pool.. itu yang best
 
 
Petang masih hujan.
Tapi gerimis je.
kesian ke anak-anak dah janji kan..
So mohlah kita mandi pool juga.
Air sejuk toksah cakap.
Cuaca mendung je tapi gerimis kadang-kadang.
Ngan Ibu Ayah berendam.
 
Hotel ni memang di lokasi strategik.
Dekat tengah bandar Seremban.
Atas bukit. So berangin je.
Memang sesuai nak release tension dekat-dekat je.
Segala shopping mall kat Seremban pun walking distance.
Atau naik kereta pun pusing situ je.

Harga pun ok kan. Buffet breakfast puas hati.
Wlu hampir pukul 10pagi pun makanan masih topup.
Kami makan tepi kolam sambil anak-anak sambung mandi.

Kalau setakat nak bawa anak mandi-manda pool cantik
dan dekat untuk orang area Selangor ni, boleh pegi Royale Bintang.
Cuma tu lah, bilik kalau connecting memang boleh dengar la jiran sebelah
`borak' tgh malam.
Bilik ok. Toilet ok. Bebudak sambung mandi dalam bilik mandi.
Berendam lagi..

Next time boleh pegi lagi..xoxo

Lynda Che Lah

01 February 2017

Happy Birthday Nur Arianna Hani

Assalamualaikum..

Selamat bulan Februari..
Blog mungkin akan kembali bernafas.
Insha Allah, doakan saya diberi segala kelapangan.
Bulan Februari, bulan sibuk di ofis.

Btw, post khas untuk the one and only anak buah Maklong (for this while)
Selamat Hari Lahir yang Ke 8 tahun Nur Arianna Hani..
Dia dah pandai baca, so pls Papa Mama bagi dia baca blog Maklong ;p

 
Semoga dipermudahkan semua.
diberi kesihatan yang baik.
Teringat dia dulu masa kecil selalu sakit keluar masuk wad.
Sekarang Alhamdulillah sihat dan aktif.
TQ sebab selalu tolong jaga Qhalif dan bantu Qoid buat homeworks.
Gambar Maklong amik dr IG je..
Ok kerlasss dah ada IG..hehe..

Anak perempuan lain lah kan..
Suka bercantik-cantik.semua barang pandai jaga.
Barang Maklong pun suka..hehe..

Happy birthday Yana!
xoxo

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...