23 November 2016

Minyak Herba Asmak ~ Penawar Asma, Batuk dan Selsema

Assalamualaikum..

Terdapat segelintir kanak-kanak dilahirkan dengan masalah pernafasan atau Asma dan sering mengalami masalah batuk dan selsema terutama sewaktu musim sejuk (hujan) dan menyukarkan mereka bernafas dan tidur.
Video di bawah sy kongsikan tentang 5 petanda awal penyakit Asma.
Penyakit Asma disebabkan oleh masalah paru-paru dan menyukarkan sesetengah kanak-kanak bernafas.
Namun penyakit ini boleh diubati dan diatasi dengan pelbagai cara moden.
Kebanyakan ibu bapa menggunakan inhaler dan pengambilan gas secara berkala.
Apa kata kita cuba alternatif lain dengan Minyak Herba Asmak keluaran Syarikat Bumiputra>
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.


Minyak ini dihasilkan dengan kajian lanjut oleh MHAM untuk membantu mengatasi masalah asma yang
dihadapi oleh segelintir kanak-kanak di Malaysia.
Selain itu, minyak ini boleh dipelbagaiguna antaranya sebagai sapuan digigit serangga,
malah berkesan untuk kembung perut, sakit kepala kerana sifatnya yang berangin.

 

Model cilik Ibu. Qoid dan Qhalif memang kadang-kadang selang 2 bulan diserang selsema.
Sebab cuaca siang yang agak panas, kemudian sebelah malam yang amat sejuk.
Menggunakan Minyak Herba Asmak ni membantu mereka bernafas dengan baik sewaktu tidur.
Dan Alhamdulillah, selsema tak berlarutan lama.

Bagaimana nak dapatkan minyak ni? Minyak Herba Asmak ini dijual oleh ejen terpilih yang dilantik.
Jadi kita kena pastikan dapatkan stok yang original daripada mereka.
Atau mungkin anda nak jadi ejen yang membantu rakan-rakan lain.
Bagi yang berminat boleh ke link di bawah.

Hotline MHAM : 019-970 8897
Instagram : IG MHAM
Youtube : MHAM
 
Mungkin ini boleh jadi penawar bagi masalah Asma anak-anak kita.
Sebagai salah satu ikhtiar kan.
Walaubagaimanapun, sebarang komplikasi lanjut masih 
perlu dirujuk pada pakar perubatan. Ini antara jalan mencari 
kemudahan dan ikhtiar membantu mereka yang memerlukan.❤

Lynda Che Lah


18 November 2016

Hari Kecemerlangan Sekolah ~ Qoid Dah Habis Pra

Assalamualaikum..

Semalam dapat jemputan ke sekolah untuk Majlis Hari Kecemerlangan dan Graduasi Sekolah.
So hantar Qoid pegi sekolah dulu utk persediaan. Masuk opis kejap.
Pastu patah balik amik Mama, Qhalif dan Yana.
Encik Hubby tak berkesempatan nak datang sebab tugas di Labuan.

Ni masa sampai Qoid tgh beratur tunggu perarakan masuk.
Lepas nyanyian Negaraku dan ucapan semua, bermula semua upacara.
Hari ni kira hari graduasi Qoid.
Dari Pra Sekolah nak ke Darjah 1 tahun depan.
Kejap je kan masa berlalu.
Alhamdulillah, pencapaian amat baik.
Dah pandai membaca, suka mengeja.
Matematik pun dah pandai tambah.
Lepas tu Ibu still kena tunggu sebab dapat kejutan.
Qoid dapat anugerah matapelajaran terbaik bagi subjek Dunia Sains dan Teknologi.
Ada nama dia dalam buku aturcara.hehe..
As usual, Ibu hati tisu.
Itu pun nak sebak bagai.haha
WhatsApp Encik Hubby bagitau.
Dia pun seronok. Sedih tak berada di sisi.
Oklah tu pencapaian.
Ibu Ayah tak harap apa-apapun.
Janji dapat belajar dengan baik dan dipermudahkan.
 
 
Dengan kawan baik. Irsyad.
Irsyad pun dapat anugerah.
tapi Irsyad baru 5 tahun, so tak bersama lah di sekolah
kebangsaan nanti.
takpe, cari kawan baru pula.

Banyak yang Qoid belajar sebenarnya kat sini.
Dan perubahan besar memang ada dalam diri dia.
Nanti  buat post khas utk Qoid.
Tunggu Ayah balik belanja beli hadiah penghargaan dr Ibu Ayah.

Semoga perjalanan di sekolah kebangsaan tahun depan
dipermudahkan dan lancar.
Ibu berdebar juga dengan situasi atau budaya sekolah sekarang.
tapi kita doakan terbaik untuk anak-anak dan
Allah jualah tempat sebaik-baik pergantungan.
Semoga anak-anak kita dilindungi dan dipermudahkan.xoxo❤

Lynda Che Lah


11 November 2016

Online Revolution Sale Lazada ~ Diskaun 95%!

Assalamualaikum.

Hari ni tarikh cantik juga kan.
11.11.2016. Selamat Ulangtahun kepada sesiapa yang mendirikan rumah
tangga tanggal 11.11.2011 dulu..
Dah beli hadiah ke? Haha..

BTW, nak share tentang Jualan Online Revolution Sale Lazada.
Siapa yang sambut anniversary tu bolehla kalau nak shopping beli
hadiah utk yang tersayang kat Lazada.
Pelbagai pilihan barangan ada kat Lazada dan yang best tu
diskaun sampai 95%!

Carilah apa jenis barang pun, elektronik, pakaian, aksesori.
Semua ada.
Hari ni 11.11.2016 ada Mega Sale. Ada Flash Sale.
Korang bayangkan boleh dapat Microwave Oven 25L dengan harga RM99.00!
Bayangkan. Siapa nak hadiahkan isteri dengan oven cepat pegi tgk Online Revolution Sale ni.

Lazada pun trusted seller bagi kebanyakan brand kat Malaysia ni.
Tempoh penghantaran yang agak cepat juga.
Stok yang dikemaskini dan yang penting ada waranti bagi setiap item.

Kemudian ada hari istimewa untuk Peminat Barangan Kecantikan,
Barangan Untuk Keluarga, Untuk Peminat Pelbagai Gajet dan
Fashionista yang nak dapatkan Item Hot sekarang.

Online Revolution ni dah start tau hari ni 11.11.2016 dan akan berakhir dengan
Jualan Mega pada 12.12.2016 selama 3 hari.
Confirm korang tak rugi kalau shopping kat Online Revolution Lazada ni..

Bajet sikit tapi teringin nak item yang diingini.
Cuba jengok-jengok Online Revolution start hari ni tau.
Tak rugi!

Happy shopping korang!
xoxo

Lynda Che Lah


09 November 2016

Donald Trump Presiden USA ke-45

Assalamualaikum


Pilihanraya Presiden USA hari ni kan.
Dan Donald Trump menang dan akan menjadi Presiden USA ke-45.
Berita yang agak menyedihkan utk Muslim mungkin. 

Lynda Che Lah

07 November 2016

Aktiviti Kami

Assalamualaikum..

Aktiviti start Jumaat malam.
Pegi kedai Ustaz kat PKNS beli screen protector baru
utk encik hubby dan Ipad.
Bawa bebudak makan kat luar.
eh..bukan selalu ke makan kat luar :p
 
Kitorg ada plan nak mandi pool tapi takde rezeki.
So bawa bebudak pegi Tesco.
Main kat Arena je.
Feveret baru kitorg lawan bola meja ni..
Siap dah survey nak beli letak kat rumah 1.
Qhalif penyerang ok. Ibu geng ngan Qoid.
 
Petang Sabtu, Onny ngan TokAyah ajak lepak Tanjung Harapan.
Lama sgt tak pegi.Tgk laut..
Tgk kapal berlabuh dengan kontena byk.
Makan tauhu bakar..
Last kami datang sini masa bercinta kot.eh...

Ahad, pegi wedding kat Duchess Place.
Anak bos Encik Hubby kawen.
Tema garden wedding.
Pelamin dia pakai buaian..Cantik.
Tp tak amik gambar..
Yang ada gambar kitorg je :p
Malam sebelum tidur, 2 budak ni punggah mainan.
Keluarkan train dan rel..
mainla 2 beradik berimaginasi tak payah asyik tgk kartun je..
 
Minggu ni cuba nak bawa pegi mandi pool tapi tgk keadaan 
dan cuaca.xoxo

Lynda Che Lah

04 November 2016

3-Days Header Giveaway by Mellya

Assalamualaikum..
 Saje join. Mana tau nasib baik boleh tukar header baru tu..xoxo

Lynda Che Lah

Semak Keputusan Peperiksaaan Online - SAPS Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Tajuk je dah memang blog mak-mak sgt ni..
Sesuai dengan Qoid Rafif yang nak masuk darjah 1 tahun depan,
Ibu kenalah mula alert dengan sistem pembelajaran kat Malaysia ni.
Selalu nampak ofismate buka laman web, pastu tengok keputusan peperiksaan anak.
Ada yang post dalam FB, keputusan anak-anak.
Mula-mula macam pelik tapi kita bertanya dan belajar kan.
So, itu rupanya SAPS Ibu Bapa..
Apa itu SAPS Ibu Bapa?

Ni nak kena tahu dan ambil tahu.
Sistem pembelajaran Malaysia sebenarnya dah masuk
ke tahap yang lebih baik sebab Ibu Bapa boleh memantau dan
menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di hujung jari.
Pentingnya pencapaian anak-anak sebab kita boleh tahu di mana
kelebihan dan kelemahan anak-anak dalam pelajaran.
Pemantauan ni boleh dilakukan dari pejabat dan di rumah sewaktu
hujung minggu.
Kalau dulu, tunggu hari ambil repot kad, barulah Ibu Ayah tau keputusan periksa
kan. Atau semak sendiri kertas jawapan anak.

Sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan
satu sistem semakan online > SAPS Ibu Bapa bagi membolehkan
semakan online bagi pelajar dari tahun 1 sehingga Tingkatan 5.
Ianya mudah dan cepat serta membantu pelajar memotivasikan diri
melalui pencapaian mereka sendiri.
Sistem SAPS ini umpama hari bertemu guru dan Ibu Bapa,
menjimatkan masa dan memudahkan pemantauan di rumah tentang
pembelajaran anak-anak.

Selain itu, Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem NKRA,
singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
atau NKRA ialah National Key Result Area.

Ibu Bapa boleh memulakan semakan dengan klik pada pautan <SAPS Ibu Bapa>
 
Pautan ini dibina untuk mengurangkan trafik ke pautan rasmi di laman web rasmi
kerana jumlah kunjungan yang amat tinggi.
Melalui pautan ini, Ibu Bapa akan mendapat capaian yang lebih mudah dan cepat
dan Insha Allah akan menjimatkan masa dan mendapat keputusan yang lebih cepat.


SAPS Semakan Ibu Bapa ini boleh diakses secara online, melalui telefon pintar dan laptop.
Selain keputusan peperiksaan tahunan, keputusan peperiksaan penting sperti UPSR,
PT3 dan SPM juga akan dimuat naik dalam aplikasi ini.

Jadi lepas ni, bolehlah Ibu Ayah semak keputusan peperiksaan Qoid
melalui aplikasi ini je.
Keputusan boleh didapati dengan cepat dan dapatlah kita bantu, pantau dan
mencari punca masalah kalau Qoid ada masalah dengan sesuatu subjek tu kan.
Takdelah berharap pada cikgu je untuk bantu anak-anak belajar.
Kita boleh ambil langkah proaktif pula lepas ni.
Semoga mudahlah anak-anak kita belajar dan mencapai kecemerlangan
dalam dunia yang semakin mencabar ini.xoxo

Lynda Che Lah



03 November 2016

Qhalif Umar ~ 2 Tahun 8 Bulan

Assalamualaikum..

Dah banyak cerita pasal Qhalif Umar.
Hari ni genap 2 tahun 8 bulan.
Tu pagi tadi bebel dalam kereta.
Kejut abang bangun.
Dah macam orang tua.
Pandai cakap. Fasih dan petah.
Beza ngan abang dululah.
Pandai bebel.

Nakal, SubhanAllah..
Tak tau nak cakap.
Dia jenis kita marah atau tegur suh diam, buat muka tak bersalah.
Terkebil-kebil mcm good boy. Dok diam jap.
Tapi 2 minit je..Jap lagi start balik.
Urut dada je lah. Jegil biji mata pun takde hal.
Saya nak panjat, saya nak main.
Tak kisah Ibu atau Ayah nak marah pun.

Selalu dtg belakang, debik abang atau smack down abang.
Dia masih tak faham rasa sakit pukul orang agaknya.
so, dia tak kisah.
tapi kalau abang buat dia, boleh tahan juga nangis.

Kalau time marah abang, dia akan buat muka innocent pastu cakap
'Betul tu Ibu' - ko rase??

Makan so far ok, pilih juga tapi masih makan nasi.
Suka makan sayur. Hijau macam sayur pakchoy dan kangkung.
Lobak merah pun suka, macaroni atau spageti carbonara pun suka.
Janji nak makan.

Bergambar pun suka, tp tak macam abang suka selfie.
So far semua ok, sekarang tgh selsema dan batuk.
Harap cepatlah baik dan tak serius.xoxo
 
 
Lynda Che Lah

02 November 2016

November..

Assalamualaikum..

Mulakan November dengan ubat-ubatan.
MC 1 hari..
Encik Hubby outstation.
Bebudak amatlah tidak behave..
Bertabahlah..

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...