Skip to main content

Qhalif Umar ~ Anak Kedua Lebih Berdikari

Assalamualaikum..

Ni sebenarnya berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sebagai Ibu dan Ayah.
Tak pernah bincang pun pasal situasi anak pertama dan kedua.
Cuma sebagai rujukan atau kenangan dengan sikap dan pembawaan anak kedua kami.
Qhalif Umar bin Zainol Ariffin.
 

Qhalif sejak lahir sebenarnya banyak berdikari.
Sebab masa tu abang Qoid baru masuk sekolah, baru belajar berkawan,
baru cuba sesuaikan diri dengan kehadiran Qhalif.
Jadi masa kami byk tertumpu pada melayan tantrum Qoid dan penyesuaian baru.
Sampai Encik Hubby pun perasan, kurang gambar dan video Qhalif kami ambil.
Kalau ada pun terus disimpan dalam hard disk.

Kemudian, Ibu sibuk layan bisnes Lasagna smpi amik order tak ingat.
Bawa dorang ke sana ke mari delivery.
So Qhalif byk explore thru perjalanan kami dalam kereta.
Lepas tu kami pindah rumah baru, lebih byk masa diperuntukkan untuk
persiapan dan sesi kemas mengemas.

Umur sekarang 2 tahun 7 bulan.
Dan dia memang berdikari.
Tidur malam tak perlu dodoi atau tepuk.
Dia akan cari titik selesa yang boleh buat dia lelap.
Makan pun sendiri tak macam abang Qoid masih bersuap.
Dia lebih mendengar arahan dibandingkan dengan abang Qoid
yang manja.Boleh membantu bila diperlukan.

Bila dia nak makan, dia akan ambil sendiri dlm peti ais.
Kalau tak sampai, dia ambil kerusi.
Macam tu juga basuh tangan.
kalau makan kat kedai, lepas dia dah kenyang, dia akan buat hal sendiri.

Sekali lagi tak macam abang Qoid yang obses gajet.
Qhalif memang tgk gajet tapi tak fokus atau obses macam abang Qoid.
Dia hanya akan on Youtube (Upin Ipin), pastu dia main benda lain.
Dia tau kemas barang mainan dia (kereta atau lego).
Dia tau cari botol susu kalau nak minum susu.

Dia berani tidur dalam gelap.
Berani masuk bilik air sendiri.
Pandai mandi sendiri sebab boleh main air.
Dia berani panjat katil tinggi, sofa TokAyah.
Dia tak nangis kalau jatuh.
Lutut luka sikit, atau jatuh kalau tersadung kat taman,
dia boleh bangun, tepuk lutut dan lap tangan kat baju.
Then sambung main.

Keseluruhan sikap Qhalif memang berdikari.
Berani, tegas dan kuat.
Keras hati sebab kalau marah dia tak nangis.
Cuma bila sedih sgt kena marah dia nangislah.
Tapi cepat reda dan lupa.
Dia agak kuat banding dengan abang.
Boleh bergumpal tanpa menangis.
Tumbuk abang, abang yang sakit.
Kuat bergurau sebab dia macam cepat matang.

Nanti kita cerita pasal Qoid.
Tapi anak sulung lelaki agak berbeza dengan anak kedua ni.
Sangat berbeza dr segi sikap dan kelakuan.
Tapi yang penting korang sihat dan jadi anak yang baik.
Ibu Ayah dah syukur dan bahagia.xoxo

btw, gambar kat atas adalah gambar baru lukis mural kat dinding rumah..
Sepanjang-panjangnya dia buat mural T_T

Lynda Che Lah

Comments

  1. ada part sama dgn anak saya yg ke2, ada part terbalik, sama dgn anak sulung.. tapi bila baca entry ni sebak rasa.. teringat anak2 saya dua orang tu...nanti nak buat entry mcm ni jgak la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..
      setiap anak ada keistimewaan.
      buat entry ni actually utk dorg nanti.
      semoga kita pun tidak lupa :)

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…