Cari Kerja Kerajaan ~ Government.My

Assalamualaikum..
Masih ada yang mencari kerja?
Rasa secure kerja dengan kerajaan?
Rasanya ramai yang maklum juga, kalau kerja dengan kerajaan ini selamat sikit.
dari segi servis dan kemudahan.
Tapi ada yang tidak suka terikat dengan peraturan tertentu.
Tetapi apa salahnya mencuba kan..

Baru je konvo kan kat kebanyakan Universiti.
So para graduan yang berminat nak mulakan bidang kerjaya
mungkin masih memikirkan cabang pekerjaan yang diingini.
Mungkin dah ada sedikit pengalaman di swasta,
nak tukar angin kerja kerajaan kan.
Orang dulu-dulu kalau dengar kerja kerajaan seronok dan bangga.hehe.
Yang penting ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas.

Kalau ada yang berminat, apa kata korang tgk laman Web ni yang
mungkin boleh bantu korang dalam mencari kerja berkaitan kerajaan.
Government.my menawarkan sebanyak 10,000 jawatan kosong dalam pelbagai
sektor perkhidmatan dan kementerian.
Laman web ini mempunyai pelbagai pilihan pekerjaan yang bersesuaian
dengan kelayakan dan minat korang. Boleh buat pilihan dan pertimbangan.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah di Kemas, Maybank, JPJ, Kastam dan lain-lain agensi.
Dalam laman web ini ada pilihan jawatan yang bersesuaian, syarat lantikan,
kelayakan yang berkaitan dan tangga gaji jawatan yang ditawarkan.
Selain itu, terdapat borang permohonan online untuk
memudahkan pencari kerja memohon sesuatu jawatan yang berkaitan.

So, kalau korang rasa berminat boleh cuba apply k.
Tapi setiap kerja yang kita lakukan kena ikhlas dan jujur.
Imbuhan tambahan yang kerajaan bagi anggaplah
sebagai token kalau kita berkhidmat.
Gaji yang dibayar pun akan membantu kita menjana ekonomi negara.
Dan kita mengharapkan supaya Kementerian Sumber Manusia
akan lebih mengorak langkah membantu graduan dan pencari kerja
mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan kebolehan kita.

All da best korang..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts