Angin Petang di Pantai Remis

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari baru ni tak kemana sebab Encik Hubby standby nak outstation.
Tapi stress duduk rumah sebab jiran sebelah buat renovation.
Yang kontraktor pun hari cuti memang kena buat kerja bertukang tu ye..
Sabar je la.Dengar bunyi drill dan berketuk tak sudah dari pagi ke petang.

So petang Isnin, ajak Encik Hubby pegi tengok laut.
Dapatlah makan mee kari dan kerang bakar.
Anak-anak dapat main layang-layang.
Yang penting dorang happy la cuti 3 hari tak kemana.
 
  
Pantai Remis sekarang happening.
Macam-macam ada.
Sesak. Meniaga tu memang habislah.
Ada coconut shake. Ada Big Cup.

Lepas kena pau layang-layang RM20, dorang main kat taman permainan pula.
Dan yang seronok tgk laut.
Memula Qoid taknak pegi.tp lepastgk ombak.
Dia macam seronok.
Ajak pegi lagi.
Actually dr rumah dalam 10 minit je. 
Itu yang sanggup pegi. Insha Allah.
Untuk tenang-tenang kan..
Janji anak-anak gembira..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

Popular Posts