28 October 2016

Khalifah Umar al-Khattab ~ Doa Kami Untuk Qhalif Umar

Assalamualaikum..

Sedikit sharing.
Sebenarnya memang nama Qhalif Umar (Khalifah Yang Memakmurkan)
kami pilih kerana nak mencontohi tauladan dan sikap Khalifah Umar al Khattab.
Insha Allah.. sebab sunat kita namakan anak dengan nama yang baik-baik kan..

Perkataan Sahabat Tentang Umar Al-Khattab:

Abu Bakar As Siddiq - Tiada seorang pun yang ada di muka bumi yang lebih aku senangi drpd Umar.

Ali Bin Abu Talib - Jika disebut orang yang soleh, maka sebutlah Umar. Kami tidak oerbag meragukan bahawa ketenangan berbicara melalui lidah Umar.

Saiditina Aisyah - Demi Allah, Umar adalah orang yang sgt cerdik dan tiada tandingan.

Ibnu Umar - Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih keras dan pemurah sifatnya selepas Rasulullah wafat.

Ibnu Abbas - Dia laksana burung terbang yang sgt berhati-hati, yang memandang seluruh jalan yang akan dilaluinya penuh dengan perangkap.

Ibnu Mas'ud - Andai kata ilmu Umar diletakkan pada 1 timbangan, maka seluruh ilmu manusia diletakkan di satu timbangan lain, nescaya timbangan Umar lebih berat.

Hudzaifah - Ilmu manusia itu laksana tersembunyi dlm otak Umar. Demi Allah, aku tidak mengenal seorang oun yang tidak takut kepada cemuhan orang-orang yang mencemuh.

Sumber : Tarikh al-Khulafa', Imam as Suyuti, hal 135-136

Semoga anak-anak kita terpelihara dr fitnah dunia..
dijauhi dari Fitnah Dajjal..
Dan jadi pengikut Imam Mahdi nanti.
Doa yang baik-baik..xoxo

Lynda Che Lah 

27 October 2016

Qhalif Umar ~ Anak Kedua Lebih Berdikari

Assalamualaikum..

Ni sebenarnya berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sebagai Ibu dan Ayah.
Tak pernah bincang pun pasal situasi anak pertama dan kedua.
Cuma sebagai rujukan atau kenangan dengan sikap dan pembawaan anak kedua kami.
Qhalif Umar bin Zainol Ariffin.
 

Qhalif sejak lahir sebenarnya banyak berdikari.
Sebab masa tu abang Qoid baru masuk sekolah, baru belajar berkawan,
baru cuba sesuaikan diri dengan kehadiran Qhalif.
Jadi masa kami byk tertumpu pada melayan tantrum Qoid dan penyesuaian baru.
Sampai Encik Hubby pun perasan, kurang gambar dan video Qhalif kami ambil.
Kalau ada pun terus disimpan dalam hard disk.

Kemudian, Ibu sibuk layan bisnes Lasagna smpi amik order tak ingat.
Bawa dorang ke sana ke mari delivery.
So Qhalif byk explore thru perjalanan kami dalam kereta.
Lepas tu kami pindah rumah baru, lebih byk masa diperuntukkan untuk
persiapan dan sesi kemas mengemas.

Umur sekarang 2 tahun 7 bulan.
Dan dia memang berdikari.
Tidur malam tak perlu dodoi atau tepuk.
Dia akan cari titik selesa yang boleh buat dia lelap.
Makan pun sendiri tak macam abang Qoid masih bersuap.
Dia lebih mendengar arahan dibandingkan dengan abang Qoid
yang manja.Boleh membantu bila diperlukan.

Bila dia nak makan, dia akan ambil sendiri dlm peti ais.
Kalau tak sampai, dia ambil kerusi.
Macam tu juga basuh tangan.
kalau makan kat kedai, lepas dia dah kenyang, dia akan buat hal sendiri.

Sekali lagi tak macam abang Qoid yang obses gajet.
Qhalif memang tgk gajet tapi tak fokus atau obses macam abang Qoid.
Dia hanya akan on Youtube (Upin Ipin), pastu dia main benda lain.
Dia tau kemas barang mainan dia (kereta atau lego).
Dia tau cari botol susu kalau nak minum susu.

Dia berani tidur dalam gelap.
Berani masuk bilik air sendiri.
Pandai mandi sendiri sebab boleh main air.
Dia berani panjat katil tinggi, sofa TokAyah.
Dia tak nangis kalau jatuh.
Lutut luka sikit, atau jatuh kalau tersadung kat taman,
dia boleh bangun, tepuk lutut dan lap tangan kat baju.
Then sambung main.

Keseluruhan sikap Qhalif memang berdikari.
Berani, tegas dan kuat.
Keras hati sebab kalau marah dia tak nangis.
Cuma bila sedih sgt kena marah dia nangislah.
Tapi cepat reda dan lupa.
Dia agak kuat banding dengan abang.
Boleh bergumpal tanpa menangis.
Tumbuk abang, abang yang sakit.
Kuat bergurau sebab dia macam cepat matang.

Nanti kita cerita pasal Qoid.
Tapi anak sulung lelaki agak berbeza dengan anak kedua ni.
Sangat berbeza dr segi sikap dan kelakuan.
Tapi yang penting korang sihat dan jadi anak yang baik.
Ibu Ayah dah syukur dan bahagia.xoxo

btw, gambar kat atas adalah gambar baru lukis mural kat dinding rumah..
Sepanjang-panjangnya dia buat mural T_T

Lynda Che Lah

25 October 2016

Mini Kurung Batik Kelantan

Assalamualaikum..

Yang berminat
 
 
 
 
 
 
 


Material : Cotton Viscose Italy
Batik : Canting dan Lukis
Size : XS-XXXL

Harga:
XS - XL ~  RM190
XXL-XXXL ~ RM210
Kain Pasang ~ RM160

Boleh bayar 2 kali. Baju siap bayar abis. Kita tunggu gaji pun ok.

Preorder item
(Bayar deposit - hantar order - kilang canting batik - butik jahit - bayar balance - postage)

Ukuran sendiri boleh tambah RM10.

WA 0182033719

Lynda Che Lah

24 October 2016

Cari Kerja Kerajaan ~ Government.My

Assalamualaikum..
Masih ada yang mencari kerja?
Rasa secure kerja dengan kerajaan?
Rasanya ramai yang maklum juga, kalau kerja dengan kerajaan ini selamat sikit.
dari segi servis dan kemudahan.
Tapi ada yang tidak suka terikat dengan peraturan tertentu.
Tetapi apa salahnya mencuba kan..

Baru je konvo kan kat kebanyakan Universiti.
So para graduan yang berminat nak mulakan bidang kerjaya
mungkin masih memikirkan cabang pekerjaan yang diingini.
Mungkin dah ada sedikit pengalaman di swasta,
nak tukar angin kerja kerajaan kan.
Orang dulu-dulu kalau dengar kerja kerajaan seronok dan bangga.hehe.
Yang penting ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas.

Kalau ada yang berminat, apa kata korang tgk laman Web ni yang
mungkin boleh bantu korang dalam mencari kerja berkaitan kerajaan.
Government.my menawarkan sebanyak 10,000 jawatan kosong dalam pelbagai
sektor perkhidmatan dan kementerian.
Laman web ini mempunyai pelbagai pilihan pekerjaan yang bersesuaian
dengan kelayakan dan minat korang. Boleh buat pilihan dan pertimbangan.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah di Kemas, Maybank, JPJ, Kastam dan lain-lain agensi.
Dalam laman web ini ada pilihan jawatan yang bersesuaian, syarat lantikan,
kelayakan yang berkaitan dan tangga gaji jawatan yang ditawarkan.
Selain itu, terdapat borang permohonan online untuk
memudahkan pencari kerja memohon sesuatu jawatan yang berkaitan.

So, kalau korang rasa berminat boleh cuba apply k.
Tapi setiap kerja yang kita lakukan kena ikhlas dan jujur.
Imbuhan tambahan yang kerajaan bagi anggaplah
sebagai token kalau kita berkhidmat.
Gaji yang dibayar pun akan membantu kita menjana ekonomi negara.
Dan kita mengharapkan supaya Kementerian Sumber Manusia
akan lebih mengorak langkah membantu graduan dan pencari kerja
mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan kebolehan kita.

All da best korang..xoxo

Lynda Che Lah

21 October 2016

Rukun Dalam Solat

Assalamualaikum..

Nak share hari ni.
Yang amat penting dlm solat.
Rukun dalam solat.
Semoga bermanfaat.

Rukun Qauli mesti di lafazkan dengan didengari oleh diri sendiri..
Tidak sah solat kalau rukun Qauli tidak dipatuhi.
Audit solat kita..

Sumber gambar : Google

Semoga memberi manfaat dan diperbaiki solat kita.
Dipelihara setiap amalan kita.xoxo

Lynda Che Lah

20 October 2016

Senangnya Beli Topup Di Maybank2U

Assalamualaikum..

Sekarang ni nak keluar beli Topup fone pun malas.
Kalau kedai serbaneka dekat oklah.
Kalau dah malam kehabisan kredit atau kuota internet lagi lah malaskan.

Sebenarnya dah senang lah sekarang.
Dengan Maybank2U dah boleh beli Topup fone ni.

Memula korang Log In la M2U korang.
Then pilih tab Buy Online > Prepaid top up with PIN  then boleh tgk step dibawah:

 Pilih Telco korang.
 Kemudian pilih berapa amaun yang dikehendaki.
 Masukkan No. Telefon korang dan request TAC
Dah dapat TAC, bolehlah confirmkan payment korang. Make sure la akaun cukup duit :)
 

Lepas tu korang akan dapat SMS siap dengan no PIN untuk topup. So senang kan.
Tak payah pergi 7E, atau Epay untuk beli topup.
Pada saya cara ni mudahlah.
Kalau dah mudah, so boleh guna kan..
xoxo

Lynda Che Lah

19 October 2016

Ganti Nutella

Assalamualaikum..

Baru ni ada baca kat FB pasal Nutella.
Saya share kat <sini>
Kalau boleh kurangkan bagi Nutella kat anak-anak sebab kandungan gula tinggi.
Dan ada 1 bahan yang digunakan tak sesuai untuk anak-anak.

So, jumpa 1 solution sebab Qoid dan Qhalif suka sgt makan roti ngan coklat.
Kadang sapu roti ngan Milo.
So sekarang kita ganti dengan produk Malaysia,
Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread.
Ada hazelnut juga.
 
 
 
Harga RM6.90. Murahlah sikit kan dari Nutella.
Rasa tak jauh beza cuma kurang manis sikit.
Delicia ni takde pekat likat sgt mcm Nutella.
Sesuai lah untuk anak-anak.

Mana boleh ubah, kita ubah untuk kesihatan lebih baik.
Nak buang terus dr sumber diet pun tak boleh.
Nature kanak-kanak suka yang manis, coklat.
Tapi yang penting lepas makan, byk kan minum air kosong.
Lepas tu pantau gula hari tu.
Macam sy, kalau dah minum manis, kurangkan makanan manis.
Demi kesihatan yang lebih baik..xoxo


Lynda Che Lah

18 October 2016

Anniversary Ma Ayah

Assalamualaikum..

Anniversary Ma Ayah ni actually pada 27 Ogos.
Kitorg kat wedding Kesang Jaya..
Lama peram cerita ni.
Tak sempat.

Sekarang ni trend suprise planner.
So, kita pilih suprise planner je lah untuk anniversary kali ni sebab
bukan semua org attend wedding.

Plan ngan planner agak awal sebab kami sendiri tak berapa pasti tempat penginapan.
So, bg bajet kat planner then keep in touch utk lokasi.

 
Nak make it happen tu 1 hal.
Dengan planner sangkut dlm jammed.
Ma Ayah dah ajak berjalan Bandar Hilir.
Tp pandailah I berlakon..
Cuma masa suprise sampai, Ma Ayah tak ready ngan outfit cantik.
So, takleh amik gambar terkejut tu..

Tapi yang penting, suprise menjadi.
Ayah pun redha je.
Malam tu Ma Ayah belanja makan asam pedas Tok Kabil.
Then dah balik sini kitorg makan kat Nilai ramai-ramai.
 
Itu je lah yang boleh bagi..
Belon tu bebudak lah yang main.
Ma simpan bunga ros tu smpi seminggu lebih.

We love U Ma Ayah..
May till Jannah together..

BTW, No idea of buat suprise?
Try contact suprise planner berdekatan korang.
Taulah dorang nak arrange untuk korang..xoxo
#supriseplanner

Lynda Che Lah

06 October 2016

Kapal Zaytouna-Olivia ditahan Israel

Assalamualaikum..

Semoga dipermudahkan segala urusan Dr Fauziah dan yang lain.
#womensboattoGaza
 

 Lynda Che Lah

Angin Petang di Pantai Remis

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari baru ni tak kemana sebab Encik Hubby standby nak outstation.
Tapi stress duduk rumah sebab jiran sebelah buat renovation.
Yang kontraktor pun hari cuti memang kena buat kerja bertukang tu ye..
Sabar je la.Dengar bunyi drill dan berketuk tak sudah dari pagi ke petang.

So petang Isnin, ajak Encik Hubby pegi tengok laut.
Dapatlah makan mee kari dan kerang bakar.
Anak-anak dapat main layang-layang.
Yang penting dorang happy la cuti 3 hari tak kemana.
 
  
Pantai Remis sekarang happening.
Macam-macam ada.
Sesak. Meniaga tu memang habislah.
Ada coconut shake. Ada Big Cup.

Lepas kena pau layang-layang RM20, dorang main kat taman permainan pula.
Dan yang seronok tgk laut.
Memula Qoid taknak pegi.tp lepastgk ombak.
Dia macam seronok.
Ajak pegi lagi.
Actually dr rumah dalam 10 minit je. 
Itu yang sanggup pegi. Insha Allah.
Untuk tenang-tenang kan..
Janji anak-anak gembira..xoxo

Lynda Che Lah

05 October 2016

Cabaran Sarapan 7 Hari Dutch Lady FureFarm

Assalamualaikum..

Dah sarapan ke?
Sarapan penting ye untuk memulakan hari.
Macam Lynda, memang kena sarapan sebab nanti mula lah perut meragam.
At least dengan sekotak susu..

Pada Lynda, sarapan penting sebab badan kita perlukan tenaga nak mulakan hari kan.
Dan untuk orang yang hadapi masalah membuang air di pagi hari, minum susu boleh bantu badan untuk proses itu.
Untuk Qoid, sebelum pergi sekolah sekarang Lynda bagi dia sekotak susu coklat DutchLady.
Qoid dah berhenti menyusu menggunakan botol. Jadi dekat rumah mesti ada bekalan susu Dutch Lady.

Menyedari kepentingan susu dalam sarapan kita, DutchLady telah melancarkan kempen Cabaran Sarapan 7 Hari Dutch Lady Pure Farm.
Ini untuk menggalakkan masyarakat Malaysia amnya untuk mengambil sekurang-kurangnya sekotak susu sewaktu sarapan.
Sebab mentaliti masyarakat sekarang, minum susu untuk kanak-kanak je..
Jadi Lynda nak share sedikit info seperti di bawah tentang kepentingan susu kepada kita :
  1. Kanak-kanak dan remaja 18 tahun ke bawah memerlukan 1300mg kalsium sehari.
  2. Lelaki dan wanita dewasa (19-50 tahun) memerlukan 1000 mg sehari. 
  3. Individu berumur lebih dari 50 tahun, institut perubatan (KKM) menyarankan pengambilan kalsium yang lebih serta keperluan harian sekurang-kurangnya 1200 mg sehari. 
 
 
Jadi, sarapan pagi Lynda tempoh hari ditaja DutchLady Malaysia dan hamper set susu selama 7 hari untuk sarapan.
Dan susu adalah minuman kegemaran selain Nescafe dan Teh Tarik.
Setiap pagi sarapan Lynda adalah sarapan biasa rakyat Malaysia.
Roti canai, kuih tradisional Melayu, nasi lemak.
Sarapan di rumah pun kita pastikan ada sajian susu.
Syukur sebab suami dan anak-anak suka juga minum susu.

Jom ubah pandangan kita tentang susu.
Cuba variasikan penggunaan susu tu..
Well, Aaron Aziz dengan famili pun minum susu DutchLady ye untuk sarapan.
Ada pelbagai jenis pilihan perisa susu untuk first timer..
Nanti lama-lama sukalah kan..
 
Bangun pagi, Gosok gigi,
Cuci Muka, Sarapan Pagi,
Minum Susu No. 1,
Dutch Lady Pilihan Hati.

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...