Wedding Di Kesang Jaya

Assalamualaikum..

Rasa lama sangat tak pegi wedding.
So baru ni, kitorang ke Kesang Jaya, Jasin Melaka.
Wedding adik ipar adik sy..

Seronok..
kitorang gerak Jumaat malam..
Dari Klang ke Jasin dalam 2 jam. 
Nasib baik lah tak jammed.
Kali ni menginap di Kesang Luar, 2 minit je dari Kesang Jaya.
Menginap di melaka_jasin_homestay.. boleh add IG siapa nak pegi ye..

Malam tu ada karaoke..tp singgah sekejap je sebab dah lewat malam.
Qoid pun dah tidur..
cuma Qhalif je hyper semacam..Ibu tidur malam tu pukul 1 T_T

Sabtu kitorg attend nikah teus sambut kenduri..
Sekali jalan..jimat.
 
 
 
 
So sepanjang hari makan kenduri..
Tapi Melaka cuaca panas sgt.
Kebetulan jerebu teruk kan.
So letihlah..Balik homestay, semua tidur smpi petang.
Malam mama belanja asam pedas..
Pagi Ahad balik awal sebab nak cr coconut shake Klebang tu.
Sekali buka pukul 11 pagi.
So bawak anak-anak makan KFC dulu..
Baru kita pegi Klebang..
Nasi lemak dah tak best mcm dulu..
Coconut shake pun tak kaw.
Nak pegi Batu Berendam, Ahad untuk take away aje..
Lain kali boleh cuba..xoxo

Comments

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts