YouTube ~ Spiderman dan Elsa

Assalamualaikum..

Sharing disebabkan isu viral kat FB pasal Youtube video mengarut Spiderman dengan Elsa.
Siap ada adegan mengandung, muntahlah. Lebih ke arah kelucahan melampau.


Actually sy baca entry Rara pasal ni. Lepas tu terus buka Youtube dan search..
Memang ada video ni tapi as adult pun kita rasa geli gelaman tengok..
So, sy cuba search history kat Ipad dan handfon.. So far takde.

So takdelah kan tanya Qoid dia tgk apa..
So far Qoid kalau YouTube dia tgk Upin Ipin, Minescraft dan Mario.
Cuma kadang dia suka tgk Family Finger yang ada Spiderman/Batman/Ironman tu..

Kelmarin, Qhalif amik Ipad dan buka Youtube..
Qhalif cuma tau cari Upin Ipin dan Bas..
Lepas tu dia tinggalkan Ipad atas meja tapi menyala..
So saya tgklah kenapa tak tutup kan..

Tapi rupanya kisah Spiderman dan Elsa ni macam `Pop Up' dan terus tersiar tanpa di`play'.
Terkejutlah kan..sebab ikut history memang takde tgk ada search untuk ini..
Terus bawa ke depan tanya Encik Hubby dan tanya Qoid.
Pernah ke dia tgk cerita ni..
Dia kata pernah.Tapi Qoid tak suka tgk cerita tu..
So dia dah tak tgk. Itu pun bukan Qoid cari Ibu. Macam suggestion kan.

Tapi as parents memang kena pantau apa yang dia tgk, main di Ipad dan gajet lain..
Kitorang set to Universal sebab Qoid minat sgt tgk building engineering mcm Minescraft.
tapi make sure pantau dan pastikan dia faham.
Bagitau juga kat dia, Qoid tak payahlah tgk video yang ada Spiderman kawan dengan Elsa ke..
Kena alert dengan apa yang dia tekan kat YouTube..

So dakyah menghancurkan pemikiran anak-anak kita memang berleluasa.
Dan sgt mudah..
Solutions byk.
Antaranya, sentiasa berada bersama dorang masa streaming..
Sekali sekala jenguk dorang tgk apa, main games apa..
Hadkan penggunaan gajet..
Internet kat rumah pun takyah power sgt smpi boleh streaming tak henti..
Anak-anak zaman sekarang memang advance dan as parents..
Besarlah tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik amanah ni..
Jom jadi Ibu Bapa berilmu dan prihatin.xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. mmg dah teruk sekarang ni...bukan setakat media sosial je kita kena pantau, bahan bacaan dorang pun kita kena pantau...kadang kita tengok mcm buku bacaan utk kanak2, tapi ada satu buku tu mengesyorkan ke arah kehidupan gay...nauzubillah...tak sure mcm mana buku mcm tu boleh terlepas masuk ke malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..
      risau..semua benda kena pantau..
      cubaan mcm ni senang je..
      anak-anak cepat terpengaruh..
      semoga terpelihara lah anak-anak kita

      Delete
  2. adakalanya teknologi blh memusnahkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts