Review ~ Bercuti Di Kinrara Resort Puchong

Assalamualaikum..

Cuti-cuti sebelum Puasa..Berkumpul ramai-ramai..
Padahal ada entry cuti anniversary tak update lg..
Sebab clear fone memory so gambar xde nak update entry anniversary..

Kali ni bercuti dekat je..kat Bandar Kinrara Puchong.
Kinrara Resort ni terletak berhadapan dengan balai polis Bandar Kinrara..
Korang waze je lah ye sebab x reti nak explain..

Kami booking thru fone dan pakai govt rate RM238.50 untuk semalam.
Kalau bilik atas RM229. Dekat Booking.com dan Agoda pun ada..
Boleh search Kinrara Resort.

Persekitaran best..Pool depan bilik..Buka pintu je ko boleh terjun pool.
Boleh BBQ sendiri, makan-makan, birthday party ke tapi kena hormat privasi jiran lah kan..
Lagi satu kebersihan jaga lah..adab ni..

 
 
 
Ni view dr bilik bawah dan bilik atas..
Mama dan adik amik bilik bawah dan Sy di bilik atas..
Sebab kebetulan ada weeding..So weeding guest dah book kebanyakan bilik bawah hadap pool..
Reception counter sangat helpful..sopan..Ok..puas hati.
 
 
 
Bilik ada 1 katil Queen dan 1 single..
Bilik Air divided to shower and toilet..bersih..
bilik ada coffee making facilities..fridge, ironboard dan sejadah.
Lain semua pun ok kecuali hari tu langsir ada blood stain..

Untuk check in sediakan deposit RM100. Nanti pulang balik kalau takde pape lah kan.
Pool puas hati dorang berendam..Bukan budak je..
Mak Pak budak termasuk ngan Onny sekali berendam..
Cuma bebudak ok bawa pelampung sebab kedalaman lebih kurang 5 kaki..
Untuk pool kanak-kanak paras betis dewasa.. Memang selamat tapi kena jaga juga la..
 
 
Pastu terserempak blogger pujaan hati.. kak Wahida MyAll..
abis peluk cium 3 kali pastu chit chat kejap..
gambo nan ado..nice meeting you kak..
selama ni bertegur dlm blog ngan IG je.. ni jumpa..
Silaturrahim alam maya ke alam nyata..

Seronok...release tension.. Dorg dr check in pukul 2 petang berendam sampai 6 petang..
Pakcik Poksu sambung mandi malam..
Pagi esoknya pukul 7.30 dah berendam balik sampai pukul 10..
Memang mengajak ke sini lah je nanti.xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. kite pon konon mggu lpas ingat nak awak adra mandi pool kat PD, skli lupa daaa cuti skolah dah start. memang full

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts