Skip to main content

Bertukar Jabatan...

Assalamualaikum..

Actually citer lama..
tahun lepas bulan September..
masa cuti kena Chiken Pox..
dapat berita pertukaran serta merta ke Jabatan Kewangan..
Jabatan idaman hati sejak dulu..
Sebab apa kata idaman hati? Sbb sy belajar bidang tu..
So akhirnya..dapat berkhidmat di tempat yang sepatutnya..

Hampir 7 tahun di jabatan lama..Banyak juga belajar..byk juga cabaran.
Dapat tau pun dr WhatsApp group.. terus call ofismate sebab tak percaya..
Waktu tu masih bercuti MC dan sambung jaga Qoid dan Qhalif..
Surat takde depan mata.Cuma ada gambar.. Lepas tu terduduk juga..
Sebab macam tak percaya..Rupanya..reshuffle besar-besaran..

Disebabkan masih bercuti so sy buat taktau je la..
Tarikh lapor diri 1 Sept 2015. Tp sy cuti sampai 4 September..
Tapi bos jabatan baru minta sgt saya lapor diri sebab nak tgk bakal staff dia..
Dengan parut cacar tak abis lagi. maka jejaklah kaki ke ofis baru..

Alhamdulillah semua ok..
Mohon penangguhan sampai 13 Sept untuk sy langsaikan
segala urusan tugas di jabatan lama..
Sebab sy dah lama bercuti hampir 3 minggu.
Sy taknak..bila pergi ke jabatan baru, soal tugas sy yang ditinggalkan
akan menyusahkan pihak yang mengambil alih..
dan mendatangkan reputasi kurang elok..

Siapa kata tak sedih.
7 tahun..sy dikelilingi insan yang baik-baik dan byk memudahkan sy..
Boss yang memahami sebab kalau ada masalah penjagaan anak..
Sy boleh bawa anak ke ofis.
Tiada masalah bercuti..Tiada masalah lain..
Tetapi sy yakin Allah rancangkan sesuatu yang lebih baik lagi..
Yang paling baik dan terbaik buat sy..

Terima kasih Ex Boss for the cake..small celebration..
Terima kasih semua kawan2..
Terima kasih workstation yang awesome!
Dah hampir 8 bulan di jabatan baru..
Perit jerih kat sini lagi haru..
Dah merasa tutup akaun tahunan..
Musim cukai..Musim public mengamuk di kaunter dan phone..
Musim x sempat minum..pegi toilet..hehe..
Tapi sy happy kat sini..
Sesuailah dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan..
Banyak lagi kena belajar dan perbaiki.
 
My new workstation..
Tempat tidur tgh hari..Tempat brunch..
Tempat BW dan cuba curi masa tulis blog..
Memang tak sempat..Ni tak tido tgh hari tulis blog..

Perancangan Allah paling baik..
Itulah yang sy pujuk hati dulu..
Dan syukur..
Semuanya memang terbaik..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. ALhamdulillah hehehe dapat pengalaman kan. Kita ni plak menanti je nk tuko ke jabatan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka dah otw kan nak dpt tukar..
      akak doakan dipermudahkan..
      lepas ni blh ngedate..

      Delete
  2. alhamdulillah.. semoga terus sukses dengan tugasan baru.. in shaa Allah Lynda seorang pekerja yang sangat berdedikasi. tahniah! 👏👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..
      haha..
      selagi mampu marilah berkhidmat dengan baik..

      Delete
  3. alhamdulillah.. Sedih mmh lah sedihkan sbb berpisah dgn kwn2, esp meja y kt duduk bertahun tu..kalo ank, dh drjh 1 tu.. Hehe.. Tp disudut lain, bersyukur, krn dpt jgk btukar k jab y diidamkan selama ni.. Semoga dpt myesuaiakn diri & keadaan di jab baru..in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Perancangan Allah paling baik kan Lya

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…