05 May 2016

Anak-Anak Masuk Sekolah

Assalamualaikum..

Ni memang cerita peram..tp nak share juga sbb blog ni pun untuk anak-anak nanti..

Tahun ni Arianna masuk Darjah 1. Besar dah anak buah Maklong..Mcm tak percaya..
Tapi Alhamdulillah..hari pertama dia seronok dan syukur tiada drama berlaku..
Tapi biasalah kita as parents kan..
Semua nak the best..Adik ngan Shah pun macam tu..
Qoid pun tukar sekolah baru..
Masuk Pra sekolah instead of sambung Pra Tahfiz di Little Caliphs..
Saja nak dia adapt dengan alam persekolahan sebenar..
dan belajar di sekolah utk perkara baru dan lain.
Kat Pra sekolah belajar mengeja menggunakan suku kata instead of Phonics..
So, kita nak dia biasa perbezaan tu..
Qoid balik sekolah pun naik bas..Hehe..
Tak terkejar Ibu nak pegi jemput kat sekolah..
Biarlah dia berdikari..Senang sikit..
Kemudian belah petang Qoid pegi mengaji..
Dia dah start mengaji Muqaddam..
Dan sekarang Alhamdulillah..Ok semuanya..
Walaupun kadang mengelat..tp rajin juga dia pergi.
Dan so far dia seronok sebab ada aktiviti tambahan..
Banyak lagi cerita peram..hehe..kalau berkesempatan adalah..
Tapi semuanya demi anak-anak..
Alhamdulillah..Arianna seronok sekolah..Qoid pun..
Qhalif lagilah seronok sebab dia sorang kat rumah..
Jadi manja Onny..

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. alhamdulillah..semua happy dgn suasana baru

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...