30 July 2015

Tanah Air Kita

Assalamualaikum..
Julai dah di penghujung.. dalam 3 hari boleh dpt baca berita utama yang hangat.. Sebagai rakyat yang dipaksa hadam semua cerita..kita hadam je lah..tengoklah pula cerita apa lepas ni.. Sampai masa..semua akan dibongkar..Yang di atas akan turun juga..Hidup umpama roda kan.. Selamat terus menonton sandiwara di sekitar Malaysia.

TPM baru slps Muhyiddin Yassin digugurkan..
Tetiba pula semalam..senyum je baca sambil makan Burger King..
Pagi ini..Hubby cakap teringat Peguin hijacked kapal terbang dalam Movie Madagascar..

Macam-macam berlaku dlm tempoh 3 hari..Tak suka sila pindah keluar dr Malaysia..Tak suka juga sila diam je..Tak payah nak sibuk mcm tau semua..

Lynda Che Lah

28 July 2015

Malam Hindustan di Astro Maya HD

Assalamualaikum..
Semalam baru berkesempatan balik awal. Tu pun dah gelap sbb Qoid nak makan nasi ngan telur kat warung Abe..Kang tak bawak 1 malam tak makan pula..Dia mmg takmo Ibu yang masak sup kosong tu..Dia nak Abe Siam gak masak.. Takpelah..janji makan bersuap byk.. Ibu ngan Ayah share Kuew Tiaw Kungfu..Janji isi perut je..Anak-anak tidur awal malam tadi. Pukul 8.30 dah belayar dah dua-dua..Baru lah Ibu Ayah dpt buka TV lepas solat Isya.. 

Kitorg kat umah pakai Astro Njoi je..Tak bayar bulan-bulan dah. Kebetulan baiklah pula Astro (baiklah sgt) bagi Astro Maya HD percuma..Layan je lah kan.. Minggu ni malam pukul 9 dorang tayang Hindustan wei.. Kami laki bini minat Hindustan..hehe

Semalam Duplicate.. Malam ni Kabhie Kushie Khabi Gham.. Lusa Kal Ho Na Hoo..Khamis Kuch Kuch Hota Hai..Jumaat tak sure sebab tak perasan.. hehe..Itu pun kalau dpt balik awal n anak-anak tak crancky kan.. Malam td layan je Duplicate tp pastu boring.. Malam ni balik dr umah MIL baru dpt layan KKKG.. Pukul 10 lebih gak tu..hehe..xoxo
 
 
Lynda Che Lah

27 July 2015

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum..
Baru nak update cerita raya..Last week cuti kecemasan Qoid demam panas..
so..sibuk sikit bila masuk ofis..
Tahun ni turn raya Kg Kuantan..Kampung saya..Kampung lah sgt..hehe..
Tgh hari lepas sembahyang Jumaat baru pegi umah MIL kat Teluk Pulai je pun.. 
Kitorg takde kampung..hehe..
adalah kampung Ayah kat Besut ngan Kampung MIL kat Gombak..

Takde gambar bersalaman di pagi raya sebab para photographer sibuk adjust kamera Go Pro..
Almaklum baru first time pakai..maka lambatlah sikit..so yang ada gambar beramai ni je lah..
Yang happy of coz anak-anak je lah kan..Alhamdulillah semua seronok beraya..
bukan bertujuan kutip duit raya ye..ajar kenal mengenali dan menghormati yang lebih tua..
Ni petang baru snap lepas tidokan Qhalif Umar..Gambar pagi semua dia tak pandang kamera sebb bad mood kot..Warna tahun ni purple lavender.. Ibu baju lavender ada 3 pasang beli online awal tahun..so hubby ngan anak-anak redha  je lah ye kaler tu.. total baju dorang beli kat PKNS awal Ramadhan RM250. okla kot..
Ni gambar tengah panas baru teringat tak salam raya ngan encik hubby. TQ Ayeed amikkan gambar spontan..bolehlah kenangan..
Selamat hari raya semua..
Gambar juadah takde..sbb pagi raya sibuk masak nasi kerabu..kuah kacang..
Yang ada pagi raya tu nasi kerabu ngan daging goreng..ketupat ngan rendang ayam.. 
Rumah nenek ada nasi hujan panas ngan daging dengdeng.. 
Dan win kot sbb umah Moksu je jumpa masak lodeh..haha..kenyang 1 hari..xoxo

Lynda Che Lah

22 July 2015

Wordless Wednesday #82 - Suami Dayyuts

Assalamualaikum..
Ya Allah! Peliharalah suamiku..Semoga kita tidak menjadikan suami kita dayyuts..

Lynda Che Lah

21 July 2015

Malam Raya

Assalamualaikum..
Update malam raya dulu..
Biasalah anak-anak main bunga api. Pastu encik hubby beli mercun air pancut tu kan..Jadilah..bakar duit malam raya.. Kebetulan..Qoid sepanjang Ramadhan main Pop Pop je tapi malam raya tu main bunga api.. Ajaib..Tanya encik Hubby macam mana boleh main.. dia kata it's a miracle..ahaha..lah sangat!

Tapi kesianlah kan..Dah malam raya br sibuk nak main bunga api. Orang dah abiskan stok bunga api dia br nak ajak ayah g beli kat depan kedai.. Jadilah..tp itu je lah main sebab malam selepas tu mana ada main lagi kan..

Qhalif toksah ckp..tak main bunga api..main pasir.. seronoklah dia dok kat luar rumah malam hari takde org tegah ke ape..

Paksa Maklong amik gambar..huhu

Jadilah join kan..huhu..malam tu siap masak rendang.. masak ketupat.. prepare daging utk nasi kerabu pagi raya..goreng kacang tanah nak buat kuah kacang pagi raya..potong bawang semua siap pastu balik umah tido. Tak tido umah mama tahun ni sebab baju tak packing lagi.. tak kemas barang bebudak..So..pagi raya awal dalam pukul 6.45pagi dah gerak dr rumah.. Rasa lah mcm balik kampung beraya..LOL..xoxo

Lynda Che Lah

16 July 2015

Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga

Assalamualaikum
Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin
Mohon maaf kepada sesiapa yang terasa, termerajuk, tersentap sambil baca blog ini. 
Ini blog peribadi..so suka hati tuan tanah lah kan..hihi..
Maaf dipinta..
Tak payah lah nak merajuk taknak datang rumah pula nanti..
Taknak add dlm group Whats App pula..eh eh..eh...

Lynda Che Lah
Zainol Ariffin
Qoid Rafif
Qhalif Umar

15 July 2015

Qoid Rafif ~ 5 Tahun 5 Bulan

Assalamualaikum..
Nasib baiklah Ibu tgk kalendar hari ni..klu tak takde update Qoid..hihi..kdg2 sibuk terlupa tarikh..tp anak-anak dalam hati sentiasa..hari ni Qoid dah start cuti sekolah.. Boleh pula bangun awal pagi..Adoila..Kalau hari sekolah tu..klu tak berdukung masuk kereta g umah Onny, confirm drama yang lebih..

Time nak mandi pagi pegi sekolah..mmg drama habis lah..Qoid tak boleh buka mata lah..mata Qoid ngantuk lah..Sekolah berapa hari lagi Ibu? Dah tu pandai mandi sendiri , sabun then buka air shower.. Yang tak tahan.. setiap kali mandi setiap kali tu shampoo.. Ingat Ibu cop duit beli Carrie Junior botol besar tu? Takkan sebulan nak abis sebotol kan..Bertuah.. Dah lah lambat..mmg Ayah tak tunggu lah kan.. Tapi setiap kali tgh mandi.. sound Ibu.. Ibu cepatlah.. Ayah tunggu Qoid tu..harapan! ahaha..bila bgtau Ayah dah pergi keje..mulalah sedih..kenapa tak tunggu Qoid..Dah tu Qoid lambat bangun..lambat mandi..camne? Ibu pun punch kad hujung-hujung nyawa selalu..huhu

Bulan Ramadhan ni dia ckp dia puasa..Kat sekolah mmg tak makan tak minum.. Pagi sebelum ke sekolah minum susu dan makan biskut. Then setengah hari kat sekolah tak makan.. Teacher tanya dia kata dia puasa.. Biarlah kan..Dia nak enjoy the moments..Tapi Pak Ngah amik tgh hari mcm budak kebuluran cari makanan..ahaha..So balik makan apa yang Onny masak.. Bila petang tanya Qoid puasa tak? Dia kata puasa..Haha..bolehlah..Kecik lagi pun.. Solat lagi penting..

Suka selfie tu perkara biasa. Macam-macam gaya ada.. Tp satu yang Ibu Ayah dok rimas..Kuat merajuk..Kalau main bola ngan kawan-kawan petang mmg kena buli sbb dia paling kecil..Orang gelecek dan dia tak dpt bola..Solution belikan bola dan suruh dia main ngan kawan tp pun kena buli..Mcm mana kan.. Pastu nak sentiasa no 1. takleh kalah atau dikalahkan..Seronoklah kawan-kawan buli lagi..

Bila kena buli, Ibu selalu ckp..Qoid kan anak lelaki..kena lawan balik..Kalau kawan tolak Qoid tolak balik..tp dia jawab.. Nti teacher marah..So..senang citer..dia setiakawan kuat..Janji org nak kawan ngan dia..Eh..cannot mcm tu.. Nti smpi sudah orang ingat awak senang kena buli. Ibu Ayah tgh build up confidence tu..Bagi keras sikit..

Kalau adik Qhalif buli pun nangis..ahaha..manja sgt ni..Tapi adik Qhalif mmg kasar lah..tarik rambut..pijak perut..tepuk muka..amik hanger pukul orang.. Nasiblah dapat abang mcm Qoid..Tak balas balik sbb dia sayang adik.. Kadang bila geram tu kenalah juga sedas..

Semoga terus sihat.. Jadi anak soleh..Pandai belajar.. Dah masuk buku 3 baca di sekolah. So janji Ibu nak belikan Lego baru..Insya Allah..Sebagai motivasi dan reward atas pencapaian dan kesungguhan dia..xoxo
Lynda Che Lah

13 July 2015

Beli Perfume DKNY, Lancome, Nina Ricci

Assalamualaikum..
Yang mencari perfume original DKNY, Lancome, Nina Ricci dan  boleh cuci mata kat sini.. Ini antara perfume yang ada.. Tarikh Pre Order Baru seperti berikut



  • Harga mampu milik
  • RM110 (SM)
  • RM120 (SS)
  • Free Postage
  • Pre order basis..

Untuk Perfume lain boleh WhatsApp 0182033719
Perfume Original Rejected from France (bukan grade AAA, Dubai etc)
Agent #ifrasyaperfumehouse #RAIQAteam

Lynda Che Lah

08 July 2015

Jom Share dan Menang!

Assalamualaikum..

Korang yang ada IG meh try..mana tau ada rezeki bolehlah berwangi-wangian dengan Lady Million Poco Rabanne ni..

Syarat simple :
  • Just share gambar ni kat IG korang..
  • JANGAN PRIVATE kan akaun IG korang tau!
  • Share sah sehingga jam 6 petang ini.
  • Pemenang akan diumumkan malam ini jam 10mlm.
  • mesti ada hashtaq #RAIQAteam


Korang boleh ke IG Lynda untuk copy gambar atau repost..<klik sini>
Mana tau kan..cuba-cuba..suka-suka...

Iklan : Nak beli perfume original rejected boleh contact me @ 0182033719

Lynda Che Lah

07 July 2015

Happy Birthday Angah

Assalamualaikum..
Hari ni hari lahir Angah.. Kami berbeza setahun 1 hari.. Dia satunya adik perempuan..so kami rapat. Even masing2 dah kahwin dan ada family..kami still rapat..
Semoga dipanjangkan usia..dipermudahkan segala urusan dan amalan.. Dimurahkan dan dilimpahi rezeki..Sihat selalu..Insya Allah..

xoxo

Lynda Che Lah

06 July 2015

Happy Birthday To Me ~ 31

Assalamualaikum..
Alhamdulillah untuk umur yang dipanjangkan ini... Semoga dipanjangkan terus usia utk beribadah..berbakti dan bersama yang disayangi.. Pagi td bangun..pakai tudung dan tekad dlm diri..Jom terus istiqomah dalam semua hal..Ckp ngan hubby. I nak buat bisnes bela ayam pula..ngan kambing dan dia gelak memula tapi support..Ok..kita tgk apa jadi di usia 32 tahun kalau masih diberi kesempatan oleh Ilahi..

Semalam celebrate awal berbuka puasa bersama kesayangans semua..Iftar di Dwap Barbarian, Laman Seri Shah Alam..Ok..not bad utk harga RM38net per person..Takde gambar makanan sbb al maklumlah kan berbuka puasa..



Cake SR sponsor by Adik..Esok besday dia.. so esok br post gambar dia..ahaha..Me at 31 yo..Qoid sebenarnya tu merajuk sebab masuk tu kali ke3 dah Ayah suap Ibu kek..dia dok panggil Ayah tapi Ayah tak perasan..ahaha..dah nama Ibu besday girl kan..Haruslah yang utama..

TQ familia..TQ semua yang wish kat FB..TQ utk doa..terutama yang doa untuk bisnes berjaya..Dan doa utk di Akhir Sana..xoxo

Lynda Che Lah

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.
Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. 
Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius. 
Dahlah kebetulan masa tu CNY..pakar bisu sorang je..kena tunggu turn..owh...merana!!

Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. 
Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. 
Apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.
Kelebihannya adalah ia boleh diberikan secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih.
Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin.
Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu sebagai kaedah mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

Epidural dapat :
1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.
2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.
3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.
4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

Secara praktikalnya, untuk tujuan pembedahan, ada dua lagi teknik pembiusan separuh yang lebih kerap digunakan iaitu kaedah spinal dan gabungan epidural bersama spinal (CSE).

‘‘Biasanya kaedah spinal digunakan untuk pembedahan yang agak singkat (1 ke 2 jam) dan kelebihannya adalah dari segi kesan yang lebih cepat dan efektif.


Kesan kesakitan bersalin terhadap ibu dan anak
Kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal boleh juga mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.

Ini berlaku ekoran rembesan hormon- hormon seperti adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit. Apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

Ibu-ibu juga akan bernafas dengan pantas disebabkan oleh kesakitan tadi seterusnya mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan alkalosis kepada bayi yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan,

Masalah ini, lebih membahayakan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami masalah jantung.

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya.

Dengan kaedah epidural ini, rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.

Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut.

Ubat bius ini akan dialirkan secara berterusan melalui kateter yang dimasukkan tadi dan kesannya dapat bertahan selama yang diperlukan iaitu sehingga proses kelahiran selesai.

Satu lagi kelebihan pembiusan epidural adalah, ia juga dapat digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan cesarean bagi ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan anak secara normal di mana, ubat yang lebih tinggi dosnya diberikan melalui kateter yang sama. Jadi ibu-ibu tidak perlu diberikan suntikan bius untuk kali kedua.

Selain itu, dengan kaedah epidural, pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu-ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.

Kaedah ini amat digalakkan untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau praeklamsia dan juga penyakit jantung. Sebelum kaedah epidural diberikan, pakar bius akan memastikan tiada halangan atau kontraindikasi untuk kaedah ini contohnya masalah pembekuan darah, infeksi di tempat bius atau dalam darah, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Kesan pembiusan epidural kepada ibu
Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang. Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.

Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Pening?
Pening boleh berlaku sekiranya cecair spinal terkeluar semasa melakukan epidural iaitu apabila lapisan dura tercucuk oleh jarum epidural.

Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan oleh tekanan cecair dalam otak yang berkurangan.

Ia biasanya pulih dengan sendirinya dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu.

Komplikasi ini dapat dikurangkan sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama yang baik semasa prosedur dijalankan, juga bergantung kepada kepakaran atau pengalaman doktor yang melakukannya.

Berkaitan kes yang tersebar di FB tentang seorang wanita lumpuh selepas disuntik epidural oleh doktor pelatih, sebagai pesakit kita perlu tahu bahawa..kita berhak menidakkan kehadiran doktor pelatih dalam rawatan kita. Maknanya..Kita boleh menolak drpd diperiksa dan dirawat oleh doktor pelatih. Ini antara hak pesakit yang perlu kita fahami.

Kesimpulannya
* Sakit adalah sebahagian proses bersalin
* Reaksi kepada kesakitan adalah berbeza-beza bergantung kepada pengalaman, pelajaran dan ketahanan mental ibu-ibu
* Epidural adalah cara yang konsisten berkesan dengan kesan sampingan yang minimum kepada ibu dan bayi
* Setiap ibu berhak menggunakan kaedah epidural
* Berbincanglah dengan pakar sakit puan dan pakar bius untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Sebelum membuat sebarang keputusan,.berbincang dahulu atau tambah ilmu..yang nak jadi Ibu kali pertama kena byk study..sbb pengalaman pertama kan..Setiap perkara ada pro n kons..xoxo

Lynda Che Lah

03 July 2015

Bercuti ke Shaftsbury Residences, Cyberjaya

Assalamualaikum..
Event sebelum Ramadhan.. bawa anak-anak sempena cuti sekolah. Takde ke mana. nak keluar dr Klang/Selangor mcm jenuh je kan..Lagipun..PD, Melaka full house..so jomlah kita pergi Cyberjaya je..Kali ni ajak MakNgah dan PakNgah ngan Kakak Arianna.. Sewa kat Shaftsbury Residences semalam je..Adalah apartment 2 bilik harga lebih kurang RM350++.. Jadilah.. Janji ada swimming pool ngan bebudak dapat tidur hotel..


Check in time masa tu pukul 2 petang. Kami sampai awal pukul 1 tgh hr. so bilik belum ready. Ni kat lobi.. Apalagi..tak sabarlah memasing.. dapat celup kaki pun jadilah..Pastu sementara tunggu bilik siap..kitorg g makan kat restoren sekitar Shaftsbury Square kat bawah je..Semua ada kat situ..Macam-macam restoren dan bank.


Check in pukul 2..naik bilik tingkat 13 ke 16 ye.. Tak ingat.. Tapi security amat ketat sebab nak masuk lif pun pakai access card.. Oklah selamat kan.. Ada 2 bilik..ada ruang tamu..ada 2 bilik air..ada dining hall..ada kitchen yang lengkap dengan microwave, peti ais, stove masak, cerek air, pembakar roti dan utensils lain macam kuali, periuk, sudu, pisau, pinggan mangkuk dan gelas. Pagi breakfast masak sendiri tu..hehe


Dah lepas asar.. turun mandi pool dan kena paw kat vending machine ni. Vending machine ni bukan setakat ada air..ada snacks mcm chipmores..snicker tp harga ya ampun..Mahal! tp tengoklah bebudak tu..sambil mandi mengendeng Ibu, Ayah, Mama beli snacks...Adalah abis dekat RM40..huhu

Malam tu kami makan di Tappers, Shaftsbury Square..Nanti share gambar.. sbb kebanyakan gambar kat Angah.. Okla..sekali-sekala bawa anak-anak jalan-2jalan. yang penting dorang happy je..kita pun happy kan.. Tak kisahlah jauh ke dekat ke..janji spend time..xoxo

Lynda Che Lah

01 July 2015

Hello Julai

Assalamualaikum..
Sekejap je dah Julai..Ok..happy sbb Julai bulan sy..Insya Allah semuanya baik-baik belaka..
Hari ni hubby tegur masa sahur..I is mamai sbb br bangun.. sambil buat air..Dah 13 tahun berkawan..Insya Allah akan terus dan terus berkawan baik..
Sebab sy jenis takde kawan lain. Dia je lah teman bersembang..bergaduhpun dengan dia..
Teman gosip pun dia..hehe..
Awak..terima kasih sbb di sisi sy selalu dan tenang menghadapi angin sy yang kdg2 dtg tak tentu masa..terima kasih juga sbb support sy buat apa sy nak..Sekarang terbaru bisnes perfumes..ahaha..
Belanja gambar terkini 1.. Kalau gali balik cr gambar 13 tahun lepas mmg jauh beza lah kan..Ahaha..tunggu 15 tahun kawan br kita gali gambar 1st date..ahaha..xoxo

Oh..btw..minyak naik 10sen..
xpe..kita tetap jalan raya kan..jalan kaki sudah..
tak suka g dok bulan.. :p

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...