Qoid Rafif ~ 5 Tahun 4 Bulan

Assalamualaikum..
Actually semalam..tp bw Qhalif ke ofis smlm tak sempat tgk pun blog..hehe..
Alhamdulillah..Qoid sihat..
Dah start sekolah semalam..ok juga wlupun liat sikit nak bangun..
Tapi mcm tak percaya dia dah besar macam ni..
pandai menjawab toksah cakaplah..banyak tanya pun ye sampai Ibu kdg penat nak jawab..
makan dah ok..suka ikan bawal putih goreng..sometimes boleh juga makan ayam..ayam kampung lagi tu..
Qoid jenis tak makan makanan rapu sgtlah..kadang je beli Mister Potato tu..
then lebihnya suka makan Chipsmore..Biskut Keju..Biskut Coklat...
Pergi sekolah ok dah boleh baca ikut Phonics tu tapi slow sikit..sbb payahkan itu mcm menghafal..tp kitorg tak kisah..
Dia byk tunjuk minat dalam Maths dan Senibina..
Dia sgt rajin main Mines Craft (game bina rumah dalam phone) dan buat rumah Ibu..buat Rumah Ayah wlupun katil kadang letak kat luar..
Dan dia pernah menangis kaw2 bila rumah dia dalam game tu terbakar sebab salah letak obor..huhu..
Mmg dia sedih benar bila hasil rekaan dan binaan dia habis musnah..tp takpe..Ayah sempat tolong padam api..hahaha..
So..Ibu Ayah akan try lah tunjukkan Qoid jalan menjadi arkitek ke..engineer ke..boleh kot kan bantu dr segi itu..
Suka juga main Lego City..Bolehlah..main je lah dalam Ipad..dr beli yang real berharga beratus hengget tu..
Maths ok..Dia suka..mayb sebab dia kidal kot..Mengaji pun ok..so..kalau ada rezeki planning nak masuk Tahfiz..Masih mengkaji..
Tidur malam mesti nak Ibu garu belakang badan..

Qoid Rafif.. Ibu dan Ayah doakan semoga terus sihat sejahtera dan dipermudahkan dalam menimba ilmu duniawi dan ukhrawi..jadi anak soleh..dan dilindungi Ilahi sentiasa..
Tapi cita-cita Ibu Ayah..biarlah lebih ke akhirat itu..sebab dah nak akhir zaman ni..xoxo
Lynda Che Lah


Comments

  1. Comelnya Qaid.. Semoga menjadi Anak yang soleh untuk ibu dan ayah..

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts