26 June 2015

Kisah Suami Isteri

Assalamualaikum..

Sy tidaklah hebat dalam melayari alam rumahtangga.. Kahwin pun br mencecah usia 6 tahun. Selayaknya pun tidak layak berbicara bagai orang dah kahwin 20-30 tahun. Tapi rumahtangga adalah antara alam pembelajaran tentang kehidupan. Merangkumi segala aspek..segala sudut dan aspek..Mengenai seorang asing yang kini tidur sebantal, seselimut, kongsi sepinggan makanan dan segelas minuman..Asing yang akhirnya mengetahui setiap sudut dan selok belok hati dan perangai kita. setiap langkah dan gerak geri kita dan setiap sesuatu di tubuh kita..Asing yang akhirnya diharap akan dihabiskan usia bersama.

Saya juga pasti, ada segelintir yang tidak dpt mempelajari alam ini..kerana mungkin orang asing itu lain benar sikapnya.. Tapi pembelajaran harus diteruskan..Sebab si asing itulah jodoh yang telah Allah tetapkan dari azali lagi. Sejak ditiupkan roh. Sesungguhnya percaturan Allah Maha Hebat.. Tidak pernah DIA tersilap percaturan..Si Asing itu lah Allah hantar untuk menguji hidup dan diri kita sehingga ke akhir hayat mungkin..

Susah hidup ngan orang asing ni..hehe..tapi dialah Suami, Pelindung, Pemimpin dan Syurga bagi seorang wanita bergelar isteri. Buruk ke..Busuk ke..Hodoh ke..itulah suami yang Allah janjikan untuk kita.. Kalau jodoh tak panjang pun itu semua kuasa Allah.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..

Hal dalam kain suami isteri..mohonlah simpan ketat-ketat dalam hati. Memang kadang rasa nak pecah dada menahan sesuatu tetapi itulah sebaik-baiknya demi maruah sebuah rumahtangga..
Sedangkan kalau boleh..Janganlah diceritakan masalah dalam kain kita pada Ibu kita sendiri.. 
Jika dah kronik benar dan perlu bantuan.. carilah seorang asing yang berilmu macam Ustazah atau Kaunselor untuk diluahkan mohon bantuan.. 
Tips sy mudah.. Gaduh dengan suami..kunci je mulut dr cerita pada sesiapa..
Berlakon lah macam xde apa-apa depan keluarga kita dan dia..depan kawan-kawan dia dan kita..
Teruskan kerja harian dan hidup seperti biasa. Kat rumah apa yang jadi hanya kita yang tahu..
Hanya anda juga yang tahu trick menambat semula hati suami/isteri anda..Hanya anda yang tahu kelemahan dan kekuatan dia..Hanya kita..diri kita..

Kawan-kawan sekeliling kalau tahu..tak payah lah jadi nasi tambah...pelengkap rasa.. 
Dan janganlah diceritakan keburukan suami kita kepada teman baik kita sendiri..atau orang sekeliling..
Esok lusa yang busuk dan buruk itulah dibuat peluk tidur malam tapi maruahnya yang tercalar di mata teman kita siapa nak bersihkan..

Saya tidak berada di tempat anda yang sengsara punya suami tidak bertanggungjawab mungkin..Jadi mudahlah sy berkata-kata..tp berbalik kepada awal tadi..hidup ini pembelajaran.. tentang segalanya..
Carilah di mana silapnya..di mana kurangnya..di mana puncanya.. Aku ke Dia?
Perlukah lagi aku hidup dengan si asing ini..
Talak adalah jalan paling akhir sekali yang boleh dipilih wlu apa masalah sekalipun.

Fikirlah sedalam-dalamnya..
Solat Ishtikarah sehingga Allah berikan petunjuk dan berbaliklah kepada Allah..
Fikirlah anak-anak yang ada..(jika ada)..Sanggupkah kita memisahkan mereka dr ayah/ibu mereka sendiri..
Kita selalu tewas kepada kata hati..kepada rasa amarah..kepada rasa benci..
Tapi kembalilah kepada DIA. Yang menghantar jodoh itu..Tanyalah DIA. Mohonlah bantuan DIA.. Bukan teman sekeliling..

Teman sekeliling..seeloknya..jauhkan diri anda jika ada teman yang mahu berkongsi kisah rumahtangga..
Cukuplah anda jadi pendengar. bukan penasihat..bukan nasi tambah, bukan juga perunding cara..
Janganlah kerana nasihat yang mungkin terpesong sedikit, runtuhnya sebuah masjid dan amanah Allah..
Anak yang tinggal tidak berdosa menanggung derita..
Kita hanya mampu menadah telinga..menadah tangan mendoakan yang terbaik sekali utk sahabat kita..
Dan janganlah ingat..jika teman hanya dengar dan diam membisu.. dia tidak sayangkan kita..itu sebab dia tak bantu..
Tidak..teman itu sedang mengharapkan yang terbaik untuk kamu..Terlalu sygkan kamu..supaya kamu tidak bersendirian menanggung derita..

Yang baik dr Allah jua..khilaf selebihnya milik sy hamba yang kerdil dan masih belajar..sedikit perkongsian..sedikit pandangan peribadi..sedikit rasa gusar yang tidak bertepi..xoxo
Lynda Che Lah

3 comments:

  1. Perkongsian dan pandangan yang sangat bermakna... Terima kasih..
    Saya pun baru 6 tahun berkahwin... Memang mencabar..
    Tambahan pula bercinta selepas kawin.. Banyak yg nak kena belajar pasal si dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat belajar..
      dan terus belajar :)

      Delete
  2. Betul tu Lynda..memang perkahwinan adalah alam pembelajaran..terlalu banyak ranjaunya..walaupun suami aida tak sesempurna orang lain tapi tetap ada sisi istimewanya dia..InsyaALLAH semoga terus bahagia..begitu juga Lynda dan suami..Amin!

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...