21 May 2015

Sibuk.. Serabut..Batuk..Penat

Assalamualaikum

Macam tajuk di atas. 
Semua tak sempat. 
Kejar update stock butik.
Kerja ofis yang tak surut langsung..
makin banyak adalah..maka blog bersawang. 
Qhalif batuk dan semput..
Qoid exam..
Sy dah start batuk..
nak rehat tapi tak boleh..
nak makan sedap-sedap..
nak cuti tempat cantik..
Mei yang hectic..xoxo

Lynda Che Lah

15 May 2015

Anniversary Trip ~ Cherating

Assalamualaikum..

Sempena anniversary kami hari tu (1 Mei) kami ke Cherating je..Tak terfikir pula cuti sambung smpi 4 Mei kan..Orang byk cuti dan balik kampung. Kami sangkut kat Tol Gombak hala ke Karak sebab jammed teruk. Tp kalau ikut xde accident ke ape ke..cuma byk kereta berhenti tepi jalan sebab overheat..Dan sebab mendaki kan..Kereta auto kebanyakan xleh naik Karak tu..hehe..Lepas terowong Genting Sempah ok clear..Kitorg bertolak dr Klang pukul 1 tgh hr lepas lunch nasi kandar..
 Wefie dalam kereta masa jammed..tgk 2 org budak kaki selfie..huhu
 
 
Sampai Cherating lebih kurang pukul 7 mlm. sbb berhenti solat kat Tol Jabor. Kami menginap kat Legend Resort Cherating. Ni dah booking awal bulan January dapat harga RM352 2 malam. Berbaloi lah..siap tax (takde GST) RM382.00.. Oklah kan..
Bilik 2 katil..tp meja ngan kerusi dah kena cat balik sbb cat dah terkopek..Habis si Qhalif main.. Bilik Air..lambat kering..huhu..banjir..dahlah bebudak suka mandi dalam tab..tapi water pressure amatlah puas hati..kejap je takung air ngan mandi..Kat sini takde paip untuk bersuci ye..sila minta gayung dr housekeeping..Kena beli aerosol sebab ada nyamuk dlm bilik..hehe...dorg sediakan ubat nyamuk elektrik tp tak kaw lah..hehe..tu gambar atas bebudak excited tidur hotel..
mcm Qoid cakap..Trivago..anda dapat bilik yang sama.. Ok..ni dok ulang lah dalam perjalanan ke Cherating..Sampai dah tak cakap dah..hihi

Hari kedua di Cherating..pagi dah bangun..kitorg nak pegi mandi laut yang luas terbentang..saujana mata memandang..Syok sgt..tenang..aman..Hubby kata..lepas ni nak cuti dtg Cherating..Laut dia tenang tak macam PD..hehe..So..bye-bye PD..kitorg nak beralih arah..hehe
 
 
Tengoklah pasir..putih..tgklah langit biru tu..huhu..rindunya Cherating..Dah puas mandi laut..mandi swimming pool pula..naik bilik dalam pukul 10 pg..tidur kejap..then keluar lepas Zohor nak makan goreng-goreng..
 
Tgh hari tu walaupun panas terik berangin..turun gak amik gambar sebab cantik sgt laut tu..huhu..Then keluar cr sotong celup tepung..Then petang sambung mandi laut dan kolam lagi..Itu je lah ngan bebudak kan..Malam makan simple-simple..
Hari Ahad 3 Mei tu check out awal sebab takut jammed..huhu...Sampai Klang sebelum tgh hari..So..habislah anniversary trip yang simple..Takde dinner tahun ni..huhu..Bila nak pegi Cherating lagi ni..ahahah..xoxo

Lynda Che Lah

11 May 2015

“SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR "

Assalamualaikum...
GA by kak Neena..dulu pernah try..hampir menang..harap kali ni bertuah :)
Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!
Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!
Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potongannya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

Untuk Kak Neena..
Terima kasih sebab nampak cantik dan selesa ngan tudung-tudung yang gojes ni..
Semoga dimurahkan rezeki..dan dapat produce more muslimah items yang menepati syariah..
Semoga mendapat keberkatan dan saham akhirat yang melimpah ruah kerana membantu semua muslimah menutupi aurat dan selesa berfesyen.. 
BTW..new header blog gojes gonjeng sangat..hehe..suka..
Saujana mata memandang..xoxo

Lynda Che Lah

06 May 2015

Wordless Wednesday ~ Teaser

Assalamualaikum..

Teaser Anniversary Trip.. (ahaha..over sgt teaser bagai)
 Adoilah Qhalif......xoxo

Lynda Che Lah

05 May 2015

Kelahiran Anak Kedua William & Kate

Assalamualaikum..

Saya actually peminat putera William ngan Puteri Diana.. ahaha..zaman sekolah dulu kumpul gambar Diana ngan William tu..Siapa yang buat..angkat ibu jari!!!So..bila William kahwin ngan Kate..Sy pun ikut je lah..Dia preggy 1st baby dulu pun tgk..bersalin pun tengok..Ni yang 2nd baby saya tau lah dia preggy..dan untungnya..dia bersalin pun tau..ahaha..kebetulan tgk BBC News hari tu dorang buat live update.. Sampai hubby cakap..amboi..sampai bersalin 2nd baby pun U follow ye..haruslah..ahaha...
 
 
Ko mampu lepas beberapa jam bersalin..dress up..makeup..buat rambut dan pakai heels? ahaha..cantik kan dia..suka tgk je..humble..napelah bini menteri Malaysia ke..x macam ni kan..oppsss..xoxo

Lynda Che Lah

01 May 2015

Happy Anniversary Nolyn ~ Tahun Ke6

Assalamualaikum..

Hari ni genap 6 tahun kami bergelar suami isteri. Susah payah dah ditempuhi. Ada motivator cakap..Kalau berjaya harungi 5 tahun pertama dengan jayanya..maka Insya Allah tahun seterusnya mudah sahaja..Ye ke..Ada betul juga kot..Tahun struggle sebenarnya. dalam membina kehidupan yang lebih baik. Alhamdulillah..Insya allah tahun seterusnya untuk bertenang dan nikmati kehidupan..
Kami nikah malam 1 Mei 2009. Muda remaja tengok gambar ni..haha..
masa ni sy 25 tahun..hubby 26tahun..
Then x sampai setahun kawen Qoid Rafif dilahirkan..Dengan Qoid je bertiga dekat 4 tahun..
Manjalah Qoid kan..Seorang..
Tahun 2014 Qhalif  Umar dilahirkan..Berempatlah kami..
3 lelaki paling dekat dengan saya dalam hidup..
Yang sometimes buat pening kepala sbb dorang bertiga macam sama..ahahahaha..
 
Semoga semuanya indah dan dipermudahkan.Doakan kebahagiaan kami..Selamat ulangtahun perkahwinan dear Nol Arif..Semoga terus tenang dan tabah menghadapi dugaan alam rumahtangga..xoxo

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...