30 April 2015

Ke Farm In The City & Planetarium..

Assalamualaikum..
Hari ni Qoid ada lawatan ke Farm In The City dan Planetarium. Semua anak-anak 5 tahun LC Seksyen 7 pergi..Seronoklah Qoid. Dapat naik bas..Ayah yang hantar pagi tadi ke sekolah sebab teacher minta berkumpul sebelum 8 pagi.Teacher hantar 1 gambar dalam bas dan gambar lain kat lawatan kena tunggu petang sikit lah kan..Semoga selamat pergi dan selamat balik..Semoga behave juga..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

29 April 2015

28 April 2015

Mat Selfie

Assalamualaikum..

Mat Selfie 2 beradik ni..aduhai lah anak..penuh handfone Ibu dan Ayah ngan gambar selfie dorang..hehe..Kongsi kat sini biar korang 2 orang dah besar esok boleh tgk perangai korang masa kecil. Nanti Ibu cerita tak percaya pula kan..So..meh kita buat bahan bukti :p
 
 
 
 
Oklah selfie..Jangan selfish sudah..Pang karang..huhu..semoga membesar sihat dan elok pekerti..Ibu dan Ayah sayang kamu sgt2..Tak sabar nak cuti..Qoid pun ada trip sekolah 30 April ni..x sabar lah tu nak cuti sekolah 4 hari..heheh..xoxo

Lynda Che Lah

27 April 2015

Happy 4th Belated Birthday

Assalamualaikum..

Happy belated birthday blog..
Tak berkesempatan update tempoh hari..Cerita pun dah kurang. Sibuk. ngan butik dan butik dan butik :p
Kisah butik pun tak sempat cerita lagi..Semoga terus jadi tempat luahan rasa..luahan duka..perkongsian biasa..cerita indah dan penuh cabaran buat tatapan anak-anak ibu tersayang..Dear diary khas utk Qoid Rafif dan Qhalif Umar suatu hari nanti..xoxo

Lynda Che Lah

23 April 2015

Penetapan Umur Persaraan 60Tahun Bagi Pengeluaran KWSP - Isi Kaji Selidik

Assalamualaikum..

Bagi yang mempunyai akaun KWSP dah buat soal selidik? Ini semua tentang KWSP nak lanjutkan umur pengeluaran kepada 60 tahun..Memang ramai yang tak setuju..So..kalau tak setuju kena buat isi kaji selidik. Kononnya kalau tidak isi anda dianggap bersetuju dengan perlanjutan umur pengeluaran itu.. Tapi yang hampeh juga tentang KWSP ini..anda kena ada i-Akaun utnuk menjawab kaji selidik..Bukan semua org ada ye i-Akaun ini..Dan utk buat i-Akaun kena ada PC atau laptop sebab x boleh akses thru telefon paling pintar pun..

Dan nak buat i-Akaun kena ada TAC no yang perlu anda confirm kan dengan KWSP. Masih kena pergi ke KWSP yang agak slow itu untuk verify TAC baru boleh akses i-Akaun. Soal selidik hanya boleh di buat dengan i-Akaun. Siapa takde sila buat.

Saya dah isi soal selidik pagi ni..tapi soalan mengelirukan dan boleh membuatkan kita bersetuju je dengan rancangan jahat dorang ni..huhu..
Last sekali boleh bagi pandangan tapi hanya 500 aksara.. Taknak orang marah lah tu limitkan byk tu je..tapi kata nak pandangan kan..Jom share pandangan saya yang dah banyak kali berpengalaman memohon pengeluaran Akaun 2 daripada KWSP...Dorang buat akaun dan duit tu macam duit bapak mak dorang bagi kita pinjam padahal itu duit hasil titik peluh kita yang dipaksa menyimpan dengan dorang..Mood emo tetiba pagi ni..
Ambil maklum atau ambil peduli atau tidak pandangan saya ini..janji saya punyai pandangan saya sendiri..Dear KWSP..pls..let us manage our saving and retirement plan..TQ..

Lynda Che Lah

20 April 2015

Kemuliaan Rejab : Hadis Palsu/Tidak Sahih

Assalamualaikum..

Hari ni 1 Rejab..Disunatkan berpuasa..Sebab Rejab adalah antara 4 bulan haram yang dimuliakan di sisi Allah firman Allah SWT dalam:
Surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...."
Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Cuma terdapat juga percanggahan hadis palsu yang sering disebarkan oleh masyarakat Islam Malaysia..Rejab bulan yang mulia..sebagaimana bulan-bulan yang lain..Antara hadis palsu yang sering disebarkan..

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
 
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
 
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
 
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
 
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
 
vii. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
 
Sedikit perkongsian sebab dalam zaman sekarang pelbagai bentuk fitnah Dajjal boleh berlaku..Mudahnya melalui media sosial..Jangan share kalau tak pasti kesahihannya..
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
 
Eloklah kita dapat berpuasa..Selain menggantikan puasa bagi mereka yang tertinggal tahun sebelum ni..dapat juga ganjaran berpuasa sunat Isnin.. Selain itu sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan yang bakal muncul dalam kurang 60 hari..Semoga berkesempatan lah kan bertemu Ramadhan kali ni..Buatlah sesuatu dengan keikhlasan untuk mendapat keredhaan Ilahi..

Yang buruk dan Khilaf dari saya..Yang baik dan bermanfaat itu dr Allah jua..xoxo

Lynda Che Lah

15 April 2015

Qoid Rafif ~ 5 Tahun 2 Bulan

Assalamualaikum..

Lama tak cerita pasal anak-anak..Hari ni Qoid Rafif dah 5 tahun 2 bulan..Menjawab toksah cakaplah kan..pandaiiiii sgt.. Tok Ayah suka menyakat..pagi-pagi dah membentak marah Tok Ayah..Tok Ayah ni bisingla...apalah..hehe..
Makan nasi dah ok..suka makan Ibu ngan Onny masak..bolehlah..makan nasi lauk ayam, ikan, telur..Qoid suka ikan..Dia yang cakap..Alhamdulillah .
Belajar kat sekolah..pembacaan agak perlahan sbb kat sekolah guna Phonics..So..dia taktau sgt bila Ayah Ibu ajar mengeja..kami lagi suka tradisional ni kan..Phonics tu mcm pelik pula..sebab dia tak kenal huruf..cuma bergantung kepada ingatan dan sebutan..
Mengira dia suka..Math ok..Sekarang dah pandai kira sampai 100 (in English) wlupun kadang-kadang sixty jadi fifty..hentam je lah..janji ada bunyi..
Tapi sbb Qoid kidal dia selalu confuse nombor 6 & 9..tertukar..tapi slowly lah..cuma itulah..teacher takde kepakaran mengajar kidal kan..terpaksa lah Qoid adapt ngan tangan kanan bila menulis..

 
 
Tolong jaga adik..ok..sama-sama sepahkan rumah ngan adik pun ok..Tolong kemas balik mainan bersepah pun ok wlu merungut asyik Qoid je..hehe..Tolong sidai tuala lepas mandi pun ok..tapi yang penting..rambut kena maintain kemas..ahaha..rambut takleh usik ok..hihi..

Semoga dipermudahkan semua..Kesian penat pegi sekolah tapi bila tanya..dia kata ok je..lagi 1 feveret..makan karipap yang Papa Harun Shah je beli..boleh gitu? Adoila...janji makan..xoxo

Lynda Che Lah


13 April 2015

TQ Nuffnang.. BE April

Assalamualaikum...

Adalah sikit-sikit wlupun post tak laju macam selalu..
 Insya Allah hujung bulan ni boleh minta cash out..ke nak tunggu bulan raya..hihi..xoxo

Lynda Che Lah

09 April 2015

BerBBQ sempena Belated Birthday Mama

Assalamualaikum..

Memandangkan Mama tak sihat semasa birthday dia..so kami postponed celebration..
Kami dah plan nak buat BBQ..tp dalam rumah..ahaha..
sebab kami dah share beli periuk grill & steamboat kat Rara..
Pakai letrik..senang..

So..Ahad lepas semua free so jomlah kita makan-makan lepas lama tak berkumpul..
Hari tu sy buat new dishes..Chessy Meatball..pastu Ma beli kambing sikit..
Ayam kepak je 2 kilo..Udang sikit, sotong sikit dan paling win..
Ma buatkan Pulut Mangga..Masak nasi goreng sikit..
Senang sgt lah pakai ni buat grill..set suhu nak berapa..sekejapan je dah masak..
kambing tu pun sedang elok tak liat ke keras ke..ayam masak secukupnya..
udang ngan sotong pun cepat masak..Tak payah tunggu lama mcm pakai arang..
tapi takde rasa smoke lah kan..
Tp cepat masak..cepat makan..cepat kemas..hehe..setel..

Insya Allah..boleh di bawa kemana sahaja..
goreng ikan pun boleh..goreng telur pun boleh..
janji ada elektrik..huhu..
nak travel hujung bulan Mei nanti dah plan nak bawa..
berBBQ dalam hotel..ahaha..xoxo

Lynda Che Lah

03 April 2015

Instant Shawl By SafuraOnlineShop (MomsMadnessGarage)

Assalamualaikum..

Nak buat review Shawl di pagi Jumaat sbb smlm br terima new instant Shawl dari Safurara. Selalu pun beli barang ngan Rara..senang nak communicate..terjebak sejak dalam pantang kot..abis hari-hari dia up barang..Semua nak..hehe..tp berjaya lah kawal nafsu berbelanja itu..
Ini instant Shawl yang memula beli ngan Rara..Ok..senang..tp ni ada pakai pin..tp yang best Tak Payah Iron..Owh..heaven! ronyok lah macam mana pun tetap ok..Masuk washing machine..keluar pun ok boleh terus sarung..Labuh menepati syariat..Senang bentuk..
Ini yang semalam br sampai..tp ini yang paling best! sebab tak pakai pin langsung..Kain sejuk..tak payah iron gak..dan gojes tak sy pakai? Ahaha..Selesa sebab terletak je..Labuh menepati Syariat..Cuma tak pasti Rara ada jual lagi tak..ke busy ngan business Pavlova dah..

Tapi Please Rara!! Kalau restock yang ni akak nak lagi 3..hihi..Sgt sesuai untuk Ibu beranak 2, 3, 4 dan mengejar masa..

Korang boleh jenguk 
IG @safurara 
FB Safura Fadhlan
WhatsApp 0194774240

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...