Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Cuti Ke Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum..
Jalan-jalan sempena cuti CNY baru ni..Kan cuti sambung 4 hari..Tapi idoklah nak menyerah tengkuk pegi jauh-jauh tersangkut dalam jammed..Encik Hubby tanya..aik..awak takkan xde plan apa-apa sempena cuti panjang ni..ahaha..dia dah faham perangai wifey dia..takkan lah kan I nak berdiam diri dok makan tido baring masa cuti..So..Mohlah kita jalan dekat-dekat..Sila muntah ye encik hubby sbb itu jalan yang U lalu hari-hari pergi kerja..
Booking Cyberview thru trivago.com. Si Qoid lah berzikir..Ibu..jomlah pegi hotel Trivago ni..terpedaya juga Ibu search thru trivago. Tapi memang ok..sebab perbandingan harga  dan kita dapat tgk pilihan yang ada masa peak time kan..Cyberview ok..letak kat atas bukit sebelah SKMM..Nice environment..Tp kan bathroom smelly sikit..bau hapak..huhu..
Cyberview nice..boleh pegi lagi.. Kawasan sekitar dah happening..boleh lah nak jalan malam cari makan..kitorang malam tu dinner kat Shaftbury..Pegi Tappers je..oklah..setakat nak bawak anak-anak mand…

Kerja Di Rumah Dengan TaskV.com

Assalamualaikum..
<Sticky Post Until 2 Mac 2015>
 Scroll down for new entry 
Sesuai untuk surirumah atau pelajar dan pekerja yang mempunyai masa terluang, akses kepada internet dan kemudahan komputer atau tablet. TaskV.com mempunyai cara membantu anda menambah pendapatan atau mencari pekerjaan dari rumah. Anda hanya perlu :
Daftar dan kemaskini profil andaMempunyai keupayaan membaca dan memahami Bahasa Inggeris yang asasMempunyai akses internet (melalui emel)Mempunyai komputer/tablet/telefon pintarMempunyai akaun Paypal (tidak semestinya)Dan boleh bekerja bila-bila masa dan di mana sahaja.
TaskV.com menawarkan 9 bidang pekerjaan atas talian seperti :
Pentadbiran/AdminAdmin SupportBisnesPerkhidmatan PelangganRekabentuk dan MultimediaITPemasaran dan JualanPengetahuan dalam Pengisian (Software)Web designerSkill menaip dan terjemahan Dianggarkan upah setiap pekerjaan yang dipilih antara $25 - $750 
Yuran keahlian adalah seperti berikut: 1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari)1 Bulan - $17.00 (…

Pasang Filter Air Murah

Assalamualaikum..
Nak share 1 produk best..Filter air..Bukan Coway..Bukan Diamond..Biasa je..Yang bestnya..datang pasang dengan harga RM550 dan boleh bayar 2 kali..Air yang ditapis memang bersih..Seronok mandi sebab air dah takda keladak lagi..Memang airnya ditapis dan hilang semua karat. Filter ni akan dipasang di main pipe kat luar rumah. Yang dekat meter..so air yang masuk dr paip luar akan ditapis di sini.. Filter ni pun jenis flush untuk dibersihkan.so tak payah beli penapis dan buka untuk tukar penapis..Dia flush sendiri..
Kawasan pemasangan merangkumi Klang, Shah Alam, Putrajaya, dan sekitar..Kalau korang nak pasang utk rumah boleh call Zainol 019 290 8231 Cakap tau dr blog Lynda ye..Harga special dah tu bagi siap bayar ansuran 2 kali..Pembayaran pertama lepas pasang dan pembayaran habis boleh dibuat dalam bulan akan datang melalui no akaun yang akan diberi.. So yang berminat boleh contact no di atas..xoxo Lynda Che Lah

Pegawai Kerajaan Suka Curi Tulang?

Assalamualaikum..
Isu hangat 2 3 hari lepas ada yang share pegawai kerajaan kena tangkap pada waktu bekerja..Erm..nak buat post dr side sy yang bekerja dgn kerajaan.. Tak kisahlah memihak diri sendiri ke tak kan..Blog I..ahahah..
Yang kena tangkap tu pun 1 hal..tak  agak-agak lah korang nak minum ngan shopping time tu..tapi bukan semua ye begitu. Ada yang berkhidmat dengan baik dan SYMP. Tapi macam kat JKM Klang ni..betullah ada yang curi tulang (based on pengalaman sendiri).
Bila orang cakap..pegawai kerajaan ni malas..suka curi tulang..suka minta naik gaji..suka minta bonus..tapi yang bercakap mungkin  takda pengalaman di dalam sektor kerajaan.  Saya pernah berkhidmat dengan syarikat swasta..Start tahun 2006..kerja dengan company besar yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Cina..Seronok..sebab dalam ramailah org Melayu..Tapi kerja mmg tough. Tp berbaloi dengan gaji.. Kemudian tukar tempat lain pun company Cina..jauh kat PJ..Gaji bolehlah..buat kerja dr 8pagi- balik sharp pukul 5. Tap…

Qoid Rafif Turns 5 ~ Simple Celebration

Assalamualaikum..
Ibu gigih buat birthday Qoid..Ayah pun gigih kemas rumah pagi Ahad tu..Gigihlah kami berdua hari tu..Alhamdulillah..semua lancar..Mama n MakNgah dtg awal tolong goreng ayam..ngan decorate sikit..Menu ada Roti Jala ngan Creampuff (order), Nasi Ayam dan Lasagna (rajin masak sendiri), Tapai Pulut (beli kat pasar malam)..Air Rutbir ngan Koktel (Mama buat). Kek Rainbow kesukaan Qoid. Of cos lah kan Qhalif Umar pun join..lagi 2 minggu birthday Qhalif Umar pula..nak ajar dia react tgk kek ngan lilin..ahaha..ada yang tanya kenapa tak buat sekali? Xpelah..Sian Qhalif..Bg lah dia merasa celebrate birthday dia sendiri..Eh..Ibu yang emo lebih..ahaha..haruslah kan..Selagi dorg nak buat celebration..selagi itulah Ibu ngan Ayah daya buat..Esok dah besar malu dah nak bergambar bagai ni..Janji dorg happy.. Antara yang hadir..Ramai pun family members..Saja suka ajak orang dtg rumah..hehe..Insya Allah ada kudrat boleh buat lagi..Terima kasih semua yang hadir..Terima kasih yang membant…

Sambut Birthday 3 Orang Sekaligus..

Assalamualaikum..
Event 14 Februari..Unplanned..Tetiba je BIL ajak pergi celebrate birthday anak-anak..kebetulan dorang on the row..Qoid 15 Feb, Aiman 16 Feb dan Odah 17Feb..Tapi tahun lain-lain..So BIL ajak ke Ikan Bakar Pantai Jeram je.
Janji anak-anak happy..balik malam tu dah pengsan dalam kereta..Yang bestnya..kitorg dekat je nak sampai Jeram tu..ahaha..15 minit..balik pun 15 minit..Taklah penat..sbb esoknya Ahad dah ada plan lagi.. Tapi kan..Ikan Bakar Pantai Jeram dah tak best. Ke sama je..Kerang bakar abis hangit..Sotong goreng tepung masin sgt. Sup Daging biasa je..Then Kangkung belacan main masak je kot berterabur batang kangkung tak pangkas...huhu..Dan servis as usual..Walau datang awal order kena tunggu juga sejam lebih.. Kek courtesy BIL and Biras..Ngan 1 cheese cake SIL buat..Bebudak lah happening kan..Main bubble..Main kat playground tengah malam..Nak makan pun tak senang..Gilir-gilirlah kitorg makan..Jaga dorang sbb ramai kan..xoxo
Lynda Che Lah

Selamat Hari Jadi Anak Ibu Sayang ~ Qoid Rafif Turns 5

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur..Panjang umurnya setahun lagi.. Selamat Ulangtahun Ke- 5 Qoid Rafif Bin Zainol Ariffin.. Semoga segalanya dipermudahkan untukmu.. Walaupun makin nakal seiring usia..tapi ada masa Ibu rasa tak percaya..Ini lah anak yang Ibu kandung 5 tahun dahulu. Dari sekecil bayi yang perlu sentiasa dikendong dan dipeluk.. skrg dah pandai berlari..main basikal..main bola.. `Selfie' Tidur sendirian dalam bilik dan boleh membantu bila diperlukan.. Terima kasih Qoid sbb jadi anak yang baik..abang yang baik dan prihatin.. Didoakan kesihatan untuk mu dunia akhirat..Dipelihara Ilahi..
Ibu Ayah Sayang Qoid! xoxo
Lynda Che Lah

Takziah ~ Perginya Almarhum Nik Abdul Aziz B Nik Mat

Assalamualaikum..
Diberitahu oleh encik Hubby Subuh tadi..Almarhum Nik Abdul Aziz B Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah malam semalam..Berbahagialah wahai ahli syurga..Al Fatihah..  Lynda Che Lah

Nuffnang Februari 2015

Assalamualaikum..  TQ Nuffy..Byk nak update..tapi kesuntukan masa..Ada job review yang best untuk dikongsi..Nanti share ye..xoxo Lynda Che Lah

Beli Rumput Kat Sungai Buloh..

Assalamualaikum..
Disebabkan encik Hubby decide taman sekangkang kera tu ditanamkan rumput maka pergilah kami ke Sungai Buloh Sabtu beberapa minggu lepas..Senang je rupanya nak cari nurseri jual rumput kat Sungai Buloh tu..Dorang buka nurseri sepanjang jalan kat Hospital Sungai Buloh..Bersepah..Tak tahu nak pilih..Pergi situ pun jadi gila tgk banyak sgt pokok cantik-cantik.. Dari plan beli rumput je terus beli pokok bunga raya, pokok limau ngan tanaman renek lain.. Nanti ada masa share gambar taman tak seberapa tu..hasil usaha kami suami isteri..termasuk Qoid tukang gembur tanah..ngan Qhalif tolong duduk atas pokok sampai penyek sambil main tanah..Janji aktiviti weekends ngan anak-anak..Biarlah main tanah ke..cacing ke..janji bersama dan dapat luang masa..xoxo
Lynda Che Lah

Asam Pedas Untuk Dia..

Assalamualaikum..
My new obsession..Drama baru nak layan masa weekends..selepas potong Astro (sbb tak berbaloi bayar dok ulang-ulang)..Pakai Astro Njoi je..bayar sekali je..tgklah smpi tak larat..Itu pun tak sempat nak tgk kecuali weekends..
Ok..Asam Pedas Untuk Dia lakonan Shukri Yahya (yang cute) ahaha..ngan Dayana Roza..Kat TV3 hari Sabtu  & Ahad pukul 7 mlm..Syok sbb macam cute je dorg..ahaha..Kalau tak sempat tgk pun boleh tengok kat Tonton..Sinopsis baca sendiri lah ye..tapi best! Layan je lah kan..Nice lah setakat ni..Ingat nak beli novel tp taktau lah sempat baca ke tak..Nanti berdebu je novel tu sbb melayan anak 2 org..Bajet sebelum tidur nak baca novel konon..kalau time tidokan Qoid ngan Qhalif pun boleh hanyut sampai 3 pagi baru sedar..acaner nak baca novel kan..haishhh..xoxo
Lynda Che Lah

Qhalif Umar ~ 11 Bulan 6 Hari

Assalamualaikum..
Ni kes lupa nak update umur anak ms cuti..hari ni baru teringat Qhalif Umar dah 11 bulan 6 hari.. Dah pandai jalan laju.. buat lawak sendiri gelak.. gelak bila dengar org gelak terutama time Ayah gelak tgk Running Man.. Mengusik abang dengan bawa lari trek ngan kereta HotWheel abang time abang nak main.. Makan banyak..
Merajuk tahap lentok badan ke belakang sampai jatuh.. Nap 1 hari sekali je klu ngan Ibu (takde can Ibu nak tidur hari cuti) Tolong kemas dapur masa Ibu masak..(sangatlah kemas) Tolong punggah balik baju yang dah lipat either dah masuk dalam almari atau belum..(stress!!) Bangun tengah malam sambil  mamai, jalan huyung hayang ikut Ibu buat susu.. Aktiviti pagi ngan Onny dah jadi acara wajibul ngunnah.. Bising merepek cakap apantah tak faham.. Gambar courtesy Onny..kenapalah mcm dah besar sgt ni..Bau masam baby dah takde..huhu..memanglah kadang-kadang Ibu stress suh kamu cepat besar sbb penat nk layan kerenah macam-macam..tp cepat sgt besarnya ni..hihi..Q…

Mudahnya Shopping di Ikea

Assalamualaikum..
Senang rupanya shopping kat Ikea ye..hehe..sy jarang sgt pegi Ikea sbb sesak dan jauh..Tp masuk rumah hari tu mencari juga barangan dengan harga yang berpatutan. Lepas survey byk tempat..Ikea mmg antara yang paling murah..
So buka website, login dan tgk barang..Senang..Sbb sampai Ikea kita tak payah tgk lagi barang. Window shopping je amik masa dah sejam kot..Sy pergi Ikea ngan Adik hari Jumaat time rehat..Sebab dah set purchase list on line..kejap je pick up barang sbb tak payah belek-belek dan fikir-fikir lagi. Dah fikir berhari-hari kot sebelum pergi..hehe..Hari Jumaat pun tak sesak mcm weekends lah..senang..Q pun tak panjang sgt. Kalau mudah mcm ni..bolehlah time lunch hour kan g shopping Ikea..cuma tak sempatlah nak terjah makan meatball. Lain kali xda plan shopping tetap boleh pegi makan meatball je time lunch hari Jumaat..Eh..hari ni Jumaat kan..jom shopping! xoxo
Lynda Che Lah

Sambutan Birthday Arianna ~ 1 Februari 2015

Assalamualaikum..
Birthday Yana hari tu celebrate kat rumah Onny..Onny decorate rumah utk birthday party..Panggil jiran ngan keluarga terdekat je..Simple celebration untuk anak-anak..Selagi dorang mahu celebrate kita buatlah kan.. Yang penting dapat jamu kaum keluarga..sahabat handai.. dan anak-anak happy..sbb hari mcm ni smpi petang lah biasanya kan..dorg pun suka hatilah juga nak keluar masuk ke apa ke..semoga anak-anak kami terus sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan..xoxo
Lynda Che Lah