Skip to main content

Selamat Tinggal B1-31-3A, Pangsapuri Seri Palma, Desa Latania

Assalamualaikum..

Post tertunggak..Kami perlu berpindah dr kediaman rasmi di Desa Latania berkuatkuasa cuti Krismas lepas..Perjanjian dengan owner baru hanya sehingga Krismas..Masa ni tahap stress adalah yang paling tinggi sbb pd hari sepatutnya berpindah..kunci rumah baru masih belum dapat..Tapi hasil perbincangan hubby dan owner baru, dan rezeki Allah, kami dapat tunda serah kunci pada hari Ahad (28 Disember). Dan dengan perancangan Allah, kami dapat kunci rumah baru pada Jumaat (26 Disember)

Urusan pindah randah agak kelam kabut dengan kehadiran 2 anak kecil..si Qhalif sibuk nak berdukung..so urusan packing mmg slow..Hari Sabtu (27 Disember), tinggalkan Qhalif dan Qoid di rumah Onny. Lori (Ayah uruskan) datang untuk urusan pick up big items mcm almari, mesin basuh dan peti ais..dan kotak2 berisi barangan..dah loading kami ikut lori pergi rumah baru di Meru..huhu..padahal tak abis kemas lagi Desa Latania..Ma Adik ngan anak-anak ikut dtg makan tengah hari kat rumah baru..

Petang dlm pukul 4 sambung kemas Desa Latania..Kali ni pack semua angkut masuk plastik hitam je..Pastu campak dlm Exora ngan Unser..Sekali jalan..Dah tak label..Angkut janji clear rumah tu mcm memula masuk dulu..
 
Masa ni dah sebak sebab inilah rumah yang byk mengajar kami susah senang berdepan dengan lawyer masa urusan beli dan masa urusan jual..belajar macam-macam..besarkan Qoid dan Qhalif di rumah ini..belajar kehidupan berkeluarga yang sebenar..Cukup makan ke tak..korek tabung semua di rumah ini T_T dan akhirnya rumah ini selamat diserahkan pada owner baru..
Yang lebih sedih Cina depan rumah selama hampir 5 tahun ni..sy tak tahu nama cuma panggil sister..dtg peluk dan tepuk bahu cakap u macam adik I..(tetiba) ahaha..Entah bila jumpa lagi..sedih u sudah mahu pindah..*tears*..Dia baik tp family dorg mmg bising cakap macam bergaduh siang malam..hehe..
 
 
 
Rumah ni ditinggalkan kosong begini seperti mula-mula beli kecuali tinggalkan kabinet dapur tu..Dapur tempat cari rezeki tambahan meniaga lasagna..Byknya kenangan kat rumah ni yang akan terus jd kenangan abadi..Hubby tanya sedih ke? Adalah sedih sikit kan..tp gembira sbb dpt rumah baru dan anak-anak takyah menapak naik tangga tingkat 3 1/2 lagi..hehe..Syukur dgn sedikit rezeki tambahan..

Terima kasih Desa Latania utk pengalaman yang menakjubkan..nti free share rumah baru..bukan bertujuan apa-apa..kenangan kemudian hari utk anak-anak..Untuk mereka tahu..susah payah Ayah dan Ibu dalam membina kehidupan yang lebih baik dan selesa..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. alhamdulillah..berhijrah untuk kebaikan kan..rumah yang lebih selesa,,
    banyak kenangan tu selama 5 tahun

    ReplyDelete
  2. wah bestnya pindah rumah baru...tapi letih kan nk mengemas...fuhhh

    ReplyDelete
  3. kak, nt share tau.nk tgk rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mkn tahun gak sbb umah mcm kapal pecah..malu nk share.hehhe

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…