Hati-Hati Shopping Ketika Sale..

Assalamualaikum..

Tajuk faham kan..hehe..mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu..Shopping ketika sale adalah salah satu shopping yang merugikan. sebab apa sy ckp gini..sbb memang potongan yang diberi amat tinggi tp harga sebenar barangan itu telah dinaikkan lebih 2 kali ganda dr harga asal ketika tiada sale.

Contoh baju yang sy beli masa tiada sale berharga RM69.90 diberikan potongan 50%. So sy bayar RM34.95. Sy beli 2 hari sebelum sale besar-besaran. Sy tak tau pun ada sale..
2 hari selepas tu sy pergi ke tempat yang sama dan nampak tanda Sale besar-besaran..So macam hangin lah sikit kan sbb dah beli..kalau sabar sikit boleh beli time sale..so..pegi tgk baju yang sama dan perhatikan harga yang sy maksudkan..
Harga dinaikkan kepada RM79.90 dan diberi potongan 50%. So kali ni baju yang sama perlu dibayar pada harga RM39.95. Xtra RM5..hehe..nak marah tak jadi sbb mmg sy beli semalam sewaktu tiada sale masih murah.
Trick ini sebenarnya sy dah maklum lama dulu. Sy pernah kerja sebagai juruwang shopping mall sementara tunggu konvo.. mmg sehari sebelum sale besar-besaran sibuklah dorg menukar tag kat baju atau apa saja barang..so..kadang-kadang sy pelik kenapa org berpusu-pusu shopping ketika sale..

Contoh lain, hubby selalu beli seluar kerja di tempat yang sama, brand yang sama dan tak kira masa. Masa tiada sale harga seluar RM69.00. Pernah lah nak beli time sale..Sekali tgk harga seluar yang sama adalah RM117.30 dan diberi potongan 30%..so harga seluar jadi RM82.70..hehe..lagi mahal..so dr situ juga kami mengamalkan konsep shopping semasa tiada sale kerana itulah harga sebenar barangan tersebut..

Jom jadi pengguna bijak..tp kalau anda rasa jimat shopping time sale, silakan..mungkin mmg untung..tp cuba juga buat semakan dan pantauan macam kami buat semasa tiada sale..Sapa tau kita boleh lebih berjimat..xoxo

*~Entry tidak bermaksud menjatuhkan mana-mana pihak. cuma perkongsian~*

Lynda Che Lah

Comments

  1. Eka pun kurang sikit shopping time sale ni. Satunya fizi tak suka beli berebut2. Eka pun tak suka sesak2. Nak memilih susah. Kadang2 harganya tak jauh beza pun. Time ada masa, pegi. Beli. Siap. Tapi skang ni jarang shopping, sebab online je. hehehe. Fizinye baju2 keje die je selalu shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..time sale Q panjang..ngan 2 Qs akak nak suh beratur mmg idoklah..
      hehe..akak shopping online..cuma utk anak-anak ngan abg long mmg kena g beli kat shopping mall..tp mmg time sale buat do no je..sbb dah tau..hehe

      Delete
  2. bagus sgt entry ni akk! thanks for sharing.ptt lah sy mcm rasa sale pon mahal.kalau poney ke hape.mcm beli harga x sale je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Rara..
      kita beria ingat mmg murah tp bila pegi tgk time tak sale lagi murah sebenarnya..
      hampehs..

      Delete
  3. yesss..absolutely rite..mana2 company pun taknak rugi, sbb tu kalau diorg buat sales n diskaun bagai, tapi sebenarnya diorg dah naikkan harga semasa promosi tu..saya pernah keje dgn jusco pas abis SPM dulu..hehehe..kalau yg betul2 diskaun tu, items yg dah xde size lain dan diorg nk abiskan stok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Sue..sbg pengguna kena bijak..
      tambah tahun ni ada GST..eh..tetiba

      Delete
  4. ermm sebab tu saya tak pernah join shopping sogo..hihihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x g sogo sale..whouse sale..jcard day etc..hehe

      Delete
  5. Akak bukan shopping berdasarkan sale, tapi berdasarkan poket kembung dan keperluan...so tak pernah keep track bila waktu sale...belasah jer...hahaha

    ReplyDelete
  6. Harga RM 117.30.. Sale 70%.. Harga baru macam mana jadi RM 82.70? Tu jumlah potongan.. Harga baru dia 30% x RM 117.30 = RM 35.20..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq anon sbb betul kan.itu kes yg dh lama jd.so x ingat potongan sbnr.cuma ingat harga selepas lebih tinggi.maknany potongan sale 30%

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts