29 January 2015

Qhalif dan PakChik..

Assalamualaikum..

Kesayangan PakChik sbb pagi sblm pegi kerja..bawa round dulu..kalau tak sempat..balik kerja petang bawa round lagi..sampaikan bila Pakchik balik bukan main lagi kejar PakChik sambil panggil..
 
 
 
Jangan harap nak turun selagi tak bawa pusing..PakChik balik kerja penat pun kena bawa juga naik motor dulu..Salah siapa? hahaha..salah Pakchik lah yang ajar..So..kenalah Pakchik yang layan..hihi..xoxo

Lynda Che Lah

28 January 2015

Bersalin di PPUM - Update untuk 2015

Assalamualaikum..

Susulan post berkaitan PPUM <di Sini> dan <di Sini>..

Byk pertanyaan yang sy dpt dan reply pun..at the same time ada readers yang baru pegi check up dan plan nak bersalin di PPUM tahun 2015 ni share tentang prosedur bersalin di PPUM terkini..

Perkongsian terbaru.. So..PPUM hanya menerima pesakit dengan masalah semasa mengandung..(kencing manis, darah tinggi..tekanan rendah, placenta previa) dan pesakit ulangan kalau tak silap..
So..pls take note siapa yang nak bersalin di PPUM..harap dapat confirmkan info dulu sebelum decide..terima kasih kepada readers yang banyak share..tp PPUM mmg the best hospital untuk bersalin selain dari hospital swasta yang lain..UMRA pun ok..DEMC pun ok..cuma costly..xoxo

Lynda Che Lah

26 January 2015

Isu Rotan Anak..Kesalahan Jenayah.

Assalamualaikum..

Kecoh 2 3 hari lepas isu rotan anak boleh masuk penjara..Menteri kita kalau bg kenyataan kadang-kadang tak fikir dulu kot..atau pun kenyataan diputar belit media..
Lepas kecoh kat media sosial..kena hentam kaw punye sbb bagi kenyataan kurang bijak pandai..hari ni keluar kenyataan media lagi..menjelaskan hal yang sebenar..Zaman skrg ni kena cakap siang pandang-pandang..cakap malam dengar-dengar..eh..betul ke?

Kenyataan media berkenaan isu rotan anak :
 
Rotan anak utk tujuan mendidik itu sunnah..dan Alhamdulillah..Qoid dididik begitu..Bukan utk takut kepada rotan tetapi peringatan..sekurang-kurangnya ada cara yang berdisiplin..kalau takde hal takkan nak rotan kan..rotan pun bukan dengan niat mencederakan atau mendatangkan mudarat..sekadar sedikit peringatan dan pengajaran..Akhir zaman..byk sgt mudarat dan fitnah..semoga anak-anak kita terpelihara dunia akhirat..Amin..xoxo

Lynda Che Lah

Suamiku..Encik Hang Kebun :p

Assalamualaikum..

Selama ni duduk rumah takde tanah..(apartment) jadi mood berkebun ke sapu laman ke mmg takde..Masuk rumah baru yang hari ni genap sebulan diduduki..semangat berkebun dtg tanpa diundang..tambah pula nak berjimat..Kalau boleh bela ayam pun nak bela..ahaha..*ni bohong sgt lah kan*

Memula bincang ngan hubby..nak tutup ngan simen laman sekangkang kera tu..sbb macam serabut kan nak kemas ngan potong rumput..tp kos nak tutup cecah harga ribu riban terus tak jadi..so..marilah kita berbudi kepada tanah..

Dari hari masuk smpi semalam..tanah tu baru dibersihkan oleh encik Hubby..siang malam..buang batu kerikil..sampah pembinaan..amik masa juga..dan encik hubby dok hafal ngan study rumput apa best nak tanam..rumput japan..cow grass. rumput filipine..haha..setakat ni belakang rumah dah ada tumbuhan yang sedang struggle utk hidup..maklum..kami keluar pagi ms takde matahari..balik pun matahari dah masuk balik..nak menyiram tu mmg time dah gelap..siang keringla sikit.
 
Ni malam balik kerja..ini lah rutin sekarang..semangat waja..hehe
 
 
Sanggup pegi beli tanah nak tambak lagi..ok..ikut awak lah..awak punya side mmg bahagian depan kan..bahagian dapur bahagian I..so..fair & square..kikiki..

Nanti kita tengok hasil..x sempat lagi nak pegi nurseri belek-belek pokok..tp dlm perkiraan nak tanam pokok limau..pokok bunga kertas..Mama dah tolong semai pokok rhu kecik-kecik tu..Maybe makan masa lah kan nak tgk hasilnya..tp lepas ni mesti sejuk mata memandang..*Kejap je dah sebulan*..xoxo

Lynda Che Lah

23 January 2015

Deko~Lah~Sangat : My Kitchen Cabinet

Assalamualaikum..

Semalam tunjuk gambar dining..ada 2 3 readers minta tunjuk Kitchen Cabinet..Rumah sy tidaklah besar mana..cuma itulah ada side dapur dan dining..so balas dendam juga..dulu rumah tak dapat buat fully cabinet..kali ni kita buat..lagipun rumah ni nak duduk sampai pencen..eh..ye ke..hehe..

Kitchen cabinet sy bentuk U dengan bar. Konon-konon semangat nak buat breakfast then minum kopi ngan encik hubby pagi-pagi..Konon ye..kalau dah pukul 6.30pagi pun dok terkejar nak keluar rumah sbb nak elak jammed..berangan je lah dok situ minum kopi..setakat ni..bar tu jd tempat Qoid buat homework..dia pun suka..dah save satu hal..meja studi Qoid tak payah beli :p
 
 
Saya amik kitchen cabinet dengan All Kitchen..Usahawan muda melayu kita..So far senang deal..senang semua..dan harga berpatutan..so sila terjah FB All Kitchen atau Blog All Kitchen..contact no 0192898826..top tu pakai melamine..dpt free hod, 2 bowl sink ngan soft close door..kalau tutup pintu takdelah berbunyi kan..so far..suka lah ngan design sbb nampak simple..btw kerusi bar beli kat Ikea..harga best!xoxo

Lynda Che Lah

22 January 2015

Deko~Lah~Sangat : Ruang Tamu dan Ruang Makan

Assalamualaikum..

Org ada rumah..ada buat deko-deko..kita pun nak join..padahal takde pandai dan cantik pun deko tu..tp jadilah..buat kenangan..mana tahu setahun 2 lagi nak tukar `perabotan' kan Encik Hubby! :p

Hari ni tunjuk ruang tamu yang sebenarnya belum siap sepenuhnya..Tunjuk bahagian yang siap je..hehe..
Sofa beli di kedai perabot sebelah Tesco Setia Alam 3+2 je.Karpet kecik asal ada kat kedai Baryali Carpets, Meru..Mahal sbb tgk kat Ikea cantik-cantik lagi murah :( TV bawa dari rumah lama..Langsir pasang je kat rod takyah masuk dawai dia tu beli kat Tesco Setia Alam..Sekeping RM35++ Rasa murah sbb selama ni beli langsir beratus-ratus RM. Yang bestnya sebab rumah tengah..langsir beli 5 keping je utk master bedroom (3 panel) ngan depan ni 2 keping (2 panel)..So.maknanya boleh beli langsir setiap 3 bulan sekali :p

Hubby tanya kenapa hijau? Ntah..suka hijau kot..nampak tenang je..Relax..Lapik meja makan pun dah tersampuk beli hijau..eh..suka I lah kan..hehe..
 
 
Ruang makan..Meja beli kat kedai perabot 6 seater..Lampu dining tu sebenarnya idaman hati sejak masuk rumah pertama dulu..tp rumah dulu takde side dining so takleh pasang lampu ni..Kali ni tak kira..Sy nak juga lampu dining..dan encik hubby belikan..pasang pun jenuh..tapi dah beli kenalah pasang kan..hehe..meja putih bawa dr rumah lama..senang sebab situ ada plug point nak masak air..buat susu anak-anak..

Nak deko lain tak pandai..lagi satu..rumah sy mmg takde bunga..tak reti nak letak mcm mana..nanti klu ada jambangan bunga atau pasu yang berkenan di hati boleh try letak..xoxo

Lynda Che Lah

21 January 2015

19 January 2015

Pembaca Setia Dari Boardman, Oregon, US

Assalamualaikum..

Nak tahu sgt..Siapa kah kamu? Rajin sgt baca blog picisan ni setiap kali ada update..Terima kasih bebanyak sbb support dr kejauhan itu..Emel Lynda ye kalau terbaca post ini..*Muahciked* xoxo

Lynda Che Lah

15 January 2015

Qoid Rafif ~ 4 Tahun 11 Bulan

Assalamualaikum..
 
Bulan depan dah masuk 5 tahun..nak kena buat birthday dah..Ibu tgh stress nak buat sekali ngan Qhalif ke tak sbb beza cuma 2 minggu..tp kesian Qhalif kena share birthday celebration ngan abang..tp hubby kata dia kecil lagi taktau..huhu..tp Ibu tau..ahaha..suggestion pls!

Qoid dah start sekolah dan masuk 5 years old class..So..pembelajaran mmg lain dari masa 4 years dulu. Ni hari pertama dah bawa balik buku writing..dan kena buat ejaan..huhu..jenuh..tp cukup seriau dengar kalau Ibu nak hantar dia pegi sekolah dan jumpa teacher..Itu lah siapa suruh byk kes dulu..ahaha..dah Ibu ulang alik jumpa teacher..Harapnya masuk usia 5 tahun boleh behave dan lebih pandai adapt..
Bangun pagi ok wlupun liat sikit. tidur pun agak lewat sebab byk main..Asyiklah tanya bila nak cuti ni..sebab time cuti (Sabtu Ahad) je baru Ibu Ayah bagi Tab nak main game..Sekarang hari sekolah..ke hulu ke hilir lah mati kutu takde games etc..Kena disiplin..

Dah start makan nasi..Ni paling syukur..Tapi makan kalau Onny yang masak dan kalau balik rumah mengada taknak makan..makanlah coklat ke..biskut ke..takpelah..janji tengah hari ada makan nasi.
Panjang akal..ada je nak pusing sana sini bagitau tujuan sebenarnya..Nak mainan ke..nak beli makanan ringan ke..ada je sampai last-last Ibu Ayah mmg kena belikan..Tp itulah perkembangan mental yang baik utk Qoid..Takde lain Ibu mohon..semoga dipermudahkan segalanya utk Qoid..Dikurniakan kesihatan yang baik dan dipelihara olehNya..xoxo

Lynda Che Lah

Hati-Hati Shopping Ketika Sale..

Assalamualaikum..

Tajuk faham kan..hehe..mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu..Shopping ketika sale adalah salah satu shopping yang merugikan. sebab apa sy ckp gini..sbb memang potongan yang diberi amat tinggi tp harga sebenar barangan itu telah dinaikkan lebih 2 kali ganda dr harga asal ketika tiada sale.

Contoh baju yang sy beli masa tiada sale berharga RM69.90 diberikan potongan 50%. So sy bayar RM34.95. Sy beli 2 hari sebelum sale besar-besaran. Sy tak tau pun ada sale..
2 hari selepas tu sy pergi ke tempat yang sama dan nampak tanda Sale besar-besaran..So macam hangin lah sikit kan sbb dah beli..kalau sabar sikit boleh beli time sale..so..pegi tgk baju yang sama dan perhatikan harga yang sy maksudkan..
Harga dinaikkan kepada RM79.90 dan diberi potongan 50%. So kali ni baju yang sama perlu dibayar pada harga RM39.95. Xtra RM5..hehe..nak marah tak jadi sbb mmg sy beli semalam sewaktu tiada sale masih murah.
Trick ini sebenarnya sy dah maklum lama dulu. Sy pernah kerja sebagai juruwang shopping mall sementara tunggu konvo.. mmg sehari sebelum sale besar-besaran sibuklah dorg menukar tag kat baju atau apa saja barang..so..kadang-kadang sy pelik kenapa org berpusu-pusu shopping ketika sale..

Contoh lain, hubby selalu beli seluar kerja di tempat yang sama, brand yang sama dan tak kira masa. Masa tiada sale harga seluar RM69.00. Pernah lah nak beli time sale..Sekali tgk harga seluar yang sama adalah RM117.30 dan diberi potongan 30%..so harga seluar jadi RM82.70..hehe..lagi mahal..so dr situ juga kami mengamalkan konsep shopping semasa tiada sale kerana itulah harga sebenar barangan tersebut..

Jom jadi pengguna bijak..tp kalau anda rasa jimat shopping time sale, silakan..mungkin mmg untung..tp cuba juga buat semakan dan pantauan macam kami buat semasa tiada sale..Sapa tau kita boleh lebih berjimat..xoxo

*~Entry tidak bermaksud menjatuhkan mana-mana pihak. cuma perkongsian~*

Lynda Che Lah

14 January 2015

BE Januari 2015

Assalamualaikum..
TQ Nuffy..Permulaan 2015 yang baik..xoxo

Lynda Che Lah

Selamat Tinggal B1-31-3A, Pangsapuri Seri Palma, Desa Latania

Assalamualaikum..

Post tertunggak..Kami perlu berpindah dr kediaman rasmi di Desa Latania berkuatkuasa cuti Krismas lepas..Perjanjian dengan owner baru hanya sehingga Krismas..Masa ni tahap stress adalah yang paling tinggi sbb pd hari sepatutnya berpindah..kunci rumah baru masih belum dapat..Tapi hasil perbincangan hubby dan owner baru, dan rezeki Allah, kami dapat tunda serah kunci pada hari Ahad (28 Disember). Dan dengan perancangan Allah, kami dapat kunci rumah baru pada Jumaat (26 Disember)

Urusan pindah randah agak kelam kabut dengan kehadiran 2 anak kecil..si Qhalif sibuk nak berdukung..so urusan packing mmg slow..Hari Sabtu (27 Disember), tinggalkan Qhalif dan Qoid di rumah Onny. Lori (Ayah uruskan) datang untuk urusan pick up big items mcm almari, mesin basuh dan peti ais..dan kotak2 berisi barangan..dah loading kami ikut lori pergi rumah baru di Meru..huhu..padahal tak abis kemas lagi Desa Latania..Ma Adik ngan anak-anak ikut dtg makan tengah hari kat rumah baru..

Petang dlm pukul 4 sambung kemas Desa Latania..Kali ni pack semua angkut masuk plastik hitam je..Pastu campak dlm Exora ngan Unser..Sekali jalan..Dah tak label..Angkut janji clear rumah tu mcm memula masuk dulu..
 
Masa ni dah sebak sebab inilah rumah yang byk mengajar kami susah senang berdepan dengan lawyer masa urusan beli dan masa urusan jual..belajar macam-macam..besarkan Qoid dan Qhalif di rumah ini..belajar kehidupan berkeluarga yang sebenar..Cukup makan ke tak..korek tabung semua di rumah ini T_T dan akhirnya rumah ini selamat diserahkan pada owner baru..
Yang lebih sedih Cina depan rumah selama hampir 5 tahun ni..sy tak tahu nama cuma panggil sister..dtg peluk dan tepuk bahu cakap u macam adik I..(tetiba) ahaha..Entah bila jumpa lagi..sedih u sudah mahu pindah..*tears*..Dia baik tp family dorg mmg bising cakap macam bergaduh siang malam..hehe..
 
 
 
Rumah ni ditinggalkan kosong begini seperti mula-mula beli kecuali tinggalkan kabinet dapur tu..Dapur tempat cari rezeki tambahan meniaga lasagna..Byknya kenangan kat rumah ni yang akan terus jd kenangan abadi..Hubby tanya sedih ke? Adalah sedih sikit kan..tp gembira sbb dpt rumah baru dan anak-anak takyah menapak naik tangga tingkat 3 1/2 lagi..hehe..Syukur dgn sedikit rezeki tambahan..

Terima kasih Desa Latania utk pengalaman yang menakjubkan..nti free share rumah baru..bukan bertujuan apa-apa..kenangan kemudian hari utk anak-anak..Untuk mereka tahu..susah payah Ayah dan Ibu dalam membina kehidupan yang lebih baik dan selesa..xoxo

Lynda Che Lah

13 January 2015

Qoid & Yana 1st Day At School

Assalamualaikum..

Tajuk omputih tak hagak-hagak..hehe..actually hari ni baru Qoid & Yana pegi sekolah..ntah kenapa start hari Selasa tidak diketahui..Qoid & Yana pergi ngan Papa..Papa & Ayah cuti hari ni..Ibu & Mama hati dah kental biar anak pegi sekolah sendiri..tak yah teman..tak yah tengok..Cuma berbakul-bakul nasihat baru diberikan malam tadi sebelum tidur dan pagi tadi sebelum pergi..
Bangun pagi liat sikit sbb dah lama tak bangun pagi..tapi semangat tu ada..Mungkin sbb excited nak jumpa kawan-kawan.. Alhamdulillah..mengikut laporan wartawan lokasi (Papa) semua berjalan lancar..tiada adegan menangis atau cubaan lari dr sekolah..kecuali Yana manja lebih nangis sikit sbb tak ingat muka kawan dia.. :p
Semoga sesi tahun 2015 ini dorg lebih cemerlang..gemilang..terbilang..Qoid Rafif pls! Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi tahun ni ok! Ahaha..Ibu penat nak ulang alik jumpa teacher terima aduan..hihi.. Insya Allah kot semua ok kan..
 
 
So..tunggu dorg balik pukul 12.30 tengah hari nak dengar cerita hari pertama persekolahan 2015..xoxo..

Lynda Che Lah

12 January 2015

Gadis Bertudung Dicium Artis Kpop ~ Sila Bangga dan Tunggu Je Allah Turun Bala..

Assalamualaikum..
sumber:siakapkeli
Memula ingat nak diam..tp makin seronok pula dorg pertahankan diri bangga then marah org lain..
Allah dah tunjuk macam-macam..banjir besar mcm tsunami..jerebu tak sudah..sungai kering kontang..tanah runtuh 2 3 kali sebulan..ini kisah setahun lalu..tahun ni masih baru..entah apa Allah nak hantar lagi..

Tetiba muncul pula anak-anak gadis bertudung dipeluk cium..diraba dengan rela siap muka blushing gembira tahap takleh tidur malam..maybe juga tak mandi sbb perfume artis KPop mata sepet ada lagi lekat..tp dorg tak fikir pula artis Kpop yang peluk cium raba dorg tu kencing berak pun lap pakai tisu je..bangun pagi tak mandi..erk...

Yang paling tak best..fans yang kipassusahmati (die hard fans) Kpop dok smash org ckp pasal macam lah korang pun tak buat dosa..tak pernah peluk pegang tangan bf/gf..Adoilah..adik-adik ku..berpijaklah di bumi yang nyata..Allah Maha Melihat..Maha Tahu..Maha Mempunyai Segalanya..Takutlah kita padaNya..Kerana korang mungkin..kami yang cuba perbaiki diri dan terus mencari redha Allah terpalit sama..

Kalau betul minat pun..agak-agaklah..ni mmg tak beragak langsung..Adik-adik..jom baiki diri..Ya Allah..takutnya apa Allah nak hantar ni..kiamat kecil dah banyak tandanya..Semoga kita tak terus alpa..

Lynda Che Lah

Selamat Bertunang Azwan & Yaya

Assalamualaikum..

Ni antara event terbesar family utk awal tahun 2015. PakLang Azwan bertunang. Ni event pada 3 Januari 2015. Ada event lain yang start Januari..nti share..tak cukup nafas rasanya..hehe..

Yaya tinggal nearby je..so selamat kos menghantar rombongan..ngehehe.. Kami berkumpul kat rumah Mama pagi Sabtu seawal jam 8.30 pagi. Ada buat doa selamat sikit..then bertolak ke rumah Yaya dalam jam 11.30 pagi.. Semua hantaran Pak Ali buatkan..senang..tinggal amik je..makan pun order je..so kira cuci tangan..as usual OP still Majid Aziz..Tq Jid..

 
Tema pihak kami mint purple/purple..jenuh cr baju nak sedondon..hihi..Hantaran 5 berbalas 7..Biasa je lah hantaran kan..janji bertunang dalam setahun ke setahun setengah..so haruslah kakak-kakak ni menyimpan duit nak buat baju sedondon..nak cari shawl sedondon..nak buat goodie bag..handbag baru..kasut baru etc..hehe..
 
Nanti kalau gambar dari OP dah ada..boleh share lagi..Semoga berpanjangan..tabah menghadapi alam pertunangan yang penuh dugaan..I dulu bertunang 4 bulan je..pun macam-macam..ahaha..tp Jodoh, ajal sebaik-baik perancangan Allah..xoxo

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...