Skip to main content

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum..
Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini..
Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama..
Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful.. 
Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz surah..Kat sini pun develop sikap dan adab..Alhamdulillah...xoxo

UPDATE 2016

Alhamdulillah... Baru je tadi booking tempat utk anak saya di LC Sek 27 Shah Alam. Booking kena bayar RM200.

Full day bayarannya RM420/month.
Half day bayarannya RM270/month

Alhamdulillah... sy pun dah booking utk anak sy di LC Mahkota Residence BMC. Anak umur 5 thn. Booking RM1000. Sy ambil yg half day.

Full day monthly RM513
Half day monthly RM328
Lynda Che Lah

Comments

  1. Replies
    1. mahal.?bg sy its worth it la .maaf ckp la..org kita ni bg medical n study mmg berkira tp hp xpa up to date,dreas smua up to date..mofify motor,keta smua blh tp bila mai kat ank nk berkira sangt

      Delete
    2. utk 2016 deposit dh RM300..LC Banjaria

      Delete
    3. @arif aizat : X semua parents berkemampuan untuk pendidikan anak2...semua parents nak yang terbaik utk anak2..
      mmg x dinafikan klu utk medical n study, org kita agak berkira....cth mcm study ni, every month kena commit bayaran monthly fees..fees tahunan lg.. eventhough they provide for installment payment...

      Delete
  2. huhuh..aida pon baru je proceed dengan yuran Aqil..tapi baru bayar deposit je..huhuhu..lepas ni nak mikir nak bayar sekepuk camana..ohohoho..

    ReplyDelete
  3. Assalam sis, deposit saya kena 300 untuk booking. Let say tak jadi proceed, deposit tu burn :(
    Monthly extended prog RM 420 berbaloi tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm
      extended program rm420 adalah standard.. ni kawasan shah alam
      even kat klang area teluk pulai etc pun extended program dah rm400
      LC ni antara the best program..so tempat terhad

      Delete
  4. Nak tanya actually kalau utk day care skali brapa..n sampai pukul brapa?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya actually kalau utk day care skali brapa..n sampai pukul brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. day care kalau shah alam RM400-450
      sehingga jam 6.30 petang klu tak silap
      selepas itu dikira bayaran tambahan RM7 sejam

      Delete
  6. umur berapa boleh start hantar little caliph...kalo anak still pakai pampers boleh ke...atau mesti pandai ke tandas sendiri....anak baru nk masuk 3 tahun...tp nk buat persediaan pendaftaran takut penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap sy utk daycare seawal 3 tahun boleh hantar.
      yg start kindy 4 tahun.
      pki diapers blh hantar puan. tp puan kena sediakan diapers kan.
      Insha Allah dgn bantuan teachers blh praktik free diapers anak-anak

      Delete
    2. kalau nak daftar untuk pertengahan tahun ni boleh ke?anak umur 3tahun,hujung thn ni...

      Delete
    3. puan cuba hubungi pihak pengurusan terus.
      bergantung kepada kindy juga..

      Delete
  7. Anak saya umur 3 tahun tapi speech delay...boleh ke cikgu bantu utk perbaiki komunikasi dia

    ReplyDelete
  8. Kt LC ada playscool utk bayi 1thn 4bln x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Setakat yang maklum, tiada playschool

      Delete
  9. Alhamdulillah... Baru je tadi booking tempat utk anak saya di LC Sek 27 Shah Alam. Booking kena bayar RM200.

    Full day bayarannya RM420/month.
    Half day bayarannya RM270/month

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih share Puan.
      Saya copy dan share dlm entri ye.

      Delete
  10. Alhamdulillah... sy pun dah booking utk anak sy di LC Mahkota Residence BMC. Anak umur 5 thn. Booking RM1000. Sy ambil yg half day.

    Full day monthly RM513
    Half day monthly RM328

    Rezeki anak2 ada Allah beri..Insyaallah.

    ReplyDelete
  11. Klo melaka yuran tahunan bulanan sama tak utk 6 thn half day

    ReplyDelete
    Replies
    1. starting yuran tahunan rasanya takde beza puan.
      Sila ke LC berdekatan puan untuk maklumat lanjut

      Delete
  12. Salam.. klu LC seksyen 19 Shah alam ok tak environment nya.. siapa ada pengalaman..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah bln 10 2016 sudah buat full payment utk full day 2017 di LC Taman Melati utk my boy..

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…