20 November 2014

Qoid & Qhalif Positif HFMD

Assalamualaikum..
Qoid dan Qhalif positif HFMD (Sakit kuku kaki tangan dan mulut) minggu sudah..Ibu Ayah berkampung kat rumah dr hari Selasa (11 Nov) sampai Khamis (13 Nov)..Pastu sambung Sabtu-Ahad. Memula yang kena si Qoid..

Hari Isnin (10 Nov) petang Ibu balik keje peluk Qoid rasa badan panas sgt. Onny kata tadi elok je..then petang tu pegi klinik..suhu dalam 38.5 terus masuk ubat bontot..doctor bg 2 jenis ubat demam..1 buferon..1 pcm..bagi selang seli 4 jam..balik rumah Qoid tidur je tp badan panas berapi tak turun..so ni antara simptom HFMD. demam kuat suhu antara 38.5-37.9C.. Then nampak Qoid lemah..pastu bangun pagi esoknya demam kebah..turun..so..dia aktif balik..main..makan..tp malam tu panas balik badan macam tak pernah baik..bagi lagi ubat..

Bangun pagi 12 Nov..Qoid demam tapi tak kuat..then tgk kat kaki ada bintik merah mcm nak kena demam campak..atau chicken pox..tp yang pelik tanda ruam ngan melepuh ni hanya kat tangan..kaki dan ada ulser kat bibir..so..Google lah kami laki bini..ni rupanya tanda HFMD.
 
 
Ibu Ayah amik cuti kecemasan 12 Nov bawa Qoid pegi DEMC. Kat sana..doctor check simptom semua dan sahkan mmg HFMD. tp Qoid menunjukkan tanda dehydrated..So doctor nak warded suh masuk air..tp kami ckp xpe..kita monitor kat rumah..then terus tanya adakah Qhalif yang berumur 8 bulan akan kena juga..Doctor senyum..
Doctor cakap..actually kuman tu dah tersebar pun dlm rumah sbb penyakit ni paling senang berjangkit..so..kuman ni akan berumah dlm badan Qhalif dalam tempoh 3-5 hari then Qhalif akan demam panas dan seterusnya keluar ruam ni. cara terbaik nak elak..kuarantin kan 2 org ni..tp bayangkan mcm mana payahnya nak separate dorg berdua..sbb dah biasa main sama..lastly Ibu redho je lah..bersedia utk Qhalif pula..

Tp Qoid cepat juga recover..doctor bg ubat spray dlm mulut utk kurangkan sakit ulser yang banyak dlm mulut..then ubat tahan sakit..dan monitor pengambilan air..sbb mmg takde ubat HFMD..akan amik masa 5-7 hari utk sembuh..cuma perlu pemantauan.utk ruam dan kesan melepuh tu sy sapukan Calamine lotion..mmg takde merebak pula..cepat kering juga..

Jumaat (14 Nov) sy dan hubby dah keje tp Qhalif start demam tengah hari tu..petang bawa Qhalif pula ke DEMC dan doctor kata dia ada tonsil. masih terlalu awal nak suspect HFMD. tp Qhalif demam kuat mcm Qoid malam tu membawa ke pagi..Tidur tak berbaju malam tu..Bangun pagi pun masih demam on off. petang tu tumbuhlah ruam bagai tu..so treatment sama macam Qoid..
So..crancky toksah ckp..lagi satu Qhalif suka main air liur kan..so..kat sekeliling mulut ada rashes..tp dia pun cepat recover..Alhamdulillah..dorg dah sihat..hati Ibu Ayah ngan semua dah lega..boleh jalan tgk konsert abg Qoid..nti update..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

3 comments:

  1. Kuman ni mmg cepat merebak. Sian kat bebudak lagi2 dgn ulcer dalam mlut tu. Kite yg tua ni kene pon adududududud

    ReplyDelete
  2. ujian sungguh..
    semoga kedua-duanya semakin sembuh n beransur baik..
    mmg virus ni cpt merebakl

    ReplyDelete
  3. Kesiannya dua ornag sekali gus kena HFMD..aida takde pengalaman lagi bab ni..takut jugak..sebab susah nak handle kan esp Baby..Semoga diorang dah fully recover n kembali aktif macam dulu..AMin!

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Jom Bercuti di Ipoh ~ Heritage Hotel

Assalamualaikum.. Mood cuti-cuti kadang datang bila kita banyak kerja kat ofis, serabut dengan masa yang macam tak cukup. Kan? Tapi na...