Skip to main content

Kesalahan/Kesilapan Dalam Solat ~ Jom Audit Solat Kita..

Assalamualaikum..

Nak share perkongsian hr ni tentang solat..Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. 
Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari :
  • Tidak berdiri lurus. 
    Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. 
    Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  • Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. 
    Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  • Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. 
    Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
    “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
    “Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  • Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 
    7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdaNya yang bermaksud:
    “Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. 
    Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini.
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. 
    Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. 
    Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.
  • Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  • Dada berpaling dari kiblat
Wallahuaklam..yang baik dr DIA..khilaf itu sy..berkongsi sedikit apa yang mampu..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. tq for sharing..
    sama2 kita perbaiki solat kita

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…