Skip to main content

Bila Qoid Bersuara T_T

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah rezeki lasagna melimpah ruah..kdg-kdg buka order nak buat sikit-sikit je abiskan stok daging kisar..tp menderu org nak tambah order..terpaksa tambah stok daging pula..

Sebenarnya..saje suka-suka buat..sy mmg suka masak..so..bila ada org hargai kita dr segi ni..rasa seronok..Hubby pun membantu dr segi tolong hantar..tolong angkat barang naik rumah..tolong beli barang bila dah last minute brg tak cukup..TQ encik Hubby..

Tp dlm seronok ni..ada rupanya yang tak berapa seronok..Setakat ni order byk mmg hari Sabtu dan Ahad..so..semua order sy buat fresh..klu untuk pg Sabtu..Jumaat malam dah buat dlm pukul 12 tgh mlm sbb Qhalif dan Qoid dah tidur..tp klu order petang Sabtu pagi tu br buat..begitulah juga utk order Ahad. Itu belum masuk order harian..Tidur mmg tak cukup klu order byk..takdelah byk mana tp utk homemade kira byk juga..

Kalau delivery tu mmg berangkut semua sekali..ngan Qoid Qhalif..Kami ni family on the go..hihi..semua masuk dlm kereta..start..jalan..so..dah 3 4 minggu Sabtu Ahad ni kami tak dok kat rumah..klu ada kat rumah pun utk sy buat lasagna..Memula..Qoid seronoklah kan..asyik keluar je..lepas hantar lasagna kat customers blhlah menyinggah mana-mana..mesti dia tanya..Ibu..kita pegi mana..biasa sy jwb..hantar barang..dan dia diam..

Tapi bila masuk minggu ke4 begitu..sy rasa dia penat..dan yang paling sedih dan menginsafkan utk Ibu yang gila kerja ini bila..

Qoid : Ibu..kita pegi mana ni?
Ibu : Kita pegi hantar barang..
Qoid : Ish..asyik hantar barang..hantar barang..hantar barang!
Ibu : Ye lah Qoid..Ibu kan cr duit...
Qoid : Asyik DUIT..DUIT..DUIT..DUIT!

T_T Ibu terus diam..Ayah pun..huhu..apakah satu tamparan hebat rasanya..Anak sekecil ini mula bersuara sbb mungkin ms Ibu dan Ayah dah semakin berkurangan dengan dia..Qhalif pun cranky teruk..sikit-sikit nangis..asyiklah minta dukung..Nampaknya..inilah petanda utk Ibu slow down dulu..Hubby pun ckp..kesian anak-anak..sbb Ibu sibuk sikit siapkan tempahan org..sbb Ibu kuat kesian kat rayuan orang..huhu..

So decide..minggu ni last amik order..dan tak amik order brg seminggu dua..biarlah dulu..rehat dan recover..then tumpu anak-anak ngan suami..Insya Allah seminggu dua lagi start balik..Yakin rezeki Allah yang bagi..Betapa sy lupa dan lalai..nasib baik disedarkan cepat..klu tak kesian anak-anak..
TQ Abang Qoid..sbb bangkitkan Ibu cepat..Maafkan Ibu sbb abaikan abang dan adik wlupun taklah terabai sgt kan..hehe..Kena atur masa lagi dan korban lebih sikit..

BTW..2 hari lepas dah start jual brg rumah yang rasa mcm tak diperlukan..nak minimise barang yang dibawa pindah nanti..tp rumah baru tak dpt kunci lagi..Mcm mana ni..huhu..Permudahkanlah hendaknya urusan yang satu ni..xoxo

Lynda Che Lah






Comments

  1. ye la kan, anak2 tak pandai menipu..dia akan berterus terang if dah rasa tak selesa..sama jugaklah mcm anak2 saya kalau saya ade makeup job..tapi saya akan cakap baik2 dgn diorg..lama2 diorg akan faham..

    (lyn, saya beli rumah kat area klang..kunci rumah pun dah dapat..yg saya update tu gambar2 awal tahun aritu..by next year kot pindah sbb nak wat reno skit..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknya Sue dah dpt kunci..ni menanti kunci bagai buah tak gugur..huhu

      Anak-anak apa yang dia ckp itulah kebenarannya kan..pahit tp kena telan..hehehe

      Delete
  2. Break is good. Nanti freshens up semula. Tindakan yang bagus untuk jual barang2 di rumah... Akak tak pernah ada talent untuk buat macam tu, tapi teringin.

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…