Skip to main content

Qhalif Umar 5 Bulan ~ Demam..

Assalamualaikum..

Skip cerita raya dulu sbb ada lagi gambar kat hp hubby tak transfer..Actually kitorg balik beraya kat Besut raya ke3 (Rabu) dan balik ke Klang raya ke5 (Jumaat)..short trip..dan penyudahannya Qhalif yang dah 5 bulan Ahad lepas demam kuat..

Faktor perjalanan jauh mungkin buat dia demam..dan cuaca yang tak menentu..Qhalif start demam on off Sabtu..tp bg ubat dia ok..tp menjelang tengah malam badan panas..suhu antara 38.9C-38C..Tinggi..so pagi Ahad tu bawa pegi klinik  dan bagi ubat..Ahad tu kami beraya ngan Mama dan Ayah..Berkumpul adik beradik..bila Qhalif makan ubat..suhu turun..tp dia sangat lemah..x senyum..x lompat aktif mcm biasa..so masih proses recovery lah kan..
Saya sepatutnya start kerja Isnin tu (4 Ogos) tp pukul 4 pagi mcm tu suhu Qhalif tinggi balik..so..amik EL dan jaga Qhalif kat rumah ngan hubby yang kebetulan cuti. Qoid pegi sekolah pastu transit dok ngan Onny sampai petang..Bawa Qhalif berurut ngan buat air penawar sikit petang tu..lepas setel..suhu mmg turun dan dia tak meragam dah..So..Ibu boleh pergi kerja dengan senang hati Selasa tu..

Tapi..bangun pagi Selasa..tgk muka Qhalif merah-merah timbul ruam..tapi demam takde..so tawakal  je la pegi opis pagi tu..petang balik tgk muka dah penuh ruam..perut..ngan belakang badan..mcm demam campak pun ada..tp dia steady je lah..suh hubby beli air kelapa dan bagi dia minum..malam tu dia mcm meragam taktau gatal ke apa..menangis je dr pukul 9 smpi 10.30 mlm..dr hubby keluar smpi hubby balik x henti nangis..so..decide pegi klinik amik ubat gatal ke apa lah kan..

Sampai klinik lagi sadis bila doktor ckp..anak U ni kena denggi! Adoi..tgh malam kot doktor nak bg berita amat tak gembira untuk kami..terus dia buat surat refer g hospital utk ambil darah..Hubby suggest pegi PPUM tp sy ckp xpelah..kita g HTAR je..dekat..emergency case kan..masuk lah zon kuning (separa kritikal) tp memang takde sapa treat this as emergency..sy tunggu dukung Qhalif dalam zon tu dr pukul 11.30 sampai pukul 1 pagi tapi xde buat apa pun..end up..cakap hubby balik je lah..esok pagi sy pegilah bawa Qhalif amik darah kat tempat lain..

Rabu tu EL lagi..hubby takleh cuti sbb baru je tanggung tugas seorang staff bersalin..so..ajak Mama bawa Qhalif ke DEMC Shah Alam je..buat blood test untuk pastikan kenapa keluar semua ruam-ruam tu..kalau denggi bimbanglah kan..kesian dia kecil sgt..
Amik darah kat jari manis..tak nangis..hehe..dia tgk je org tu picit dan ketuk-ketuk jr dia amik darah..
 
Keputusan ujian darah menunjukkan Qhalif bebas denggi..dia kena viral fever..tu keluar ruam bagai tu..syukur..senang hati Ibu..so..doktor cuma bagi lotion dan ubat tahan gatal..doktor kata takyah antibiotik..biar badan dia lawan sendiri..dan syukur hari ni..ruam tu dah hilang sepenuhnya..lega semua org..dah start senyum dan buat perangai..hehe..semoga anak-anak Ibu terus sihat..nak teman ibu kan..amin..
Nanti ada cerita tentang Qoid si pengembala kambing..haha..tunggu hubby transfer gambar..then baru sambung cerita raya..xoxo

Lynda Che Lah

Comments

  1. GWS syg! demam nk besar ni =)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Lynda n family!!Sian Qhalif..Naqib pun mcm ni ari tu..kuar segala ruam..nasib xder apa2..Cepat sembuh ok! :)

    ReplyDelete
  3. kanak2 senang dijangkiti :)
    singgah sebentar ...

    ReplyDelete
  4. Alahai..buat suspens betul doktor kat klinik tu kan..ada pulak dikata denggi..haih..nasib baik bukan..kesian sangat kalau baby sakit2 macam ni..dia pon tak kuat sangat nak lawan penyakit ..Mintak2 Qhalif cepat sembuh ye sayang..

    ***Tu yang aida cukup tak suka pergi Hosp Kerajaan..sakit hati n penat je dapat..huhuhu

    ReplyDelete
  5. siannya Qhalif..
    moga cpt sembuh ye

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular posts from this blog

Yuran Little Caliphs 2015

Assalamualaikum.. Hari tu janji nak share yuran Little Caliphs kan..Biasanya, dorang akan hantar surat untuk hari pendaftaran. Tapi ni tak dapat lagi..Tunggu je lah..Decide nak Qoid teruskan di Little Caliphs sbb  pencapaian dia bagus di sini.. Klik gambar ye kalau tak nmpk..Qoid & Yana tak amik extended program (DAY CARE) (8pagi-6 petang) so bulanan kami bayar RM250. Ni utk kelas dr pukul 8.30 pagi-12.30 tgh hari..Utk uniform dan baju sekolah..semua akan bagi 2 pasang..nak beli lebih pun boleh..harga sama.. Ni baju dorang..Yang pakai baju warna ungu dan merah ni baju utk hari sukan..dah lepas sukan bolehlah nak pakai setiap hari Rabu..Semua yang dibayar masa pendaftaran ni includes juga 2 kali trip, buku dan modules serta insurans Takaful..  Insya Allah..Siapa yang berminat nak hantar anak-anak..sy suggest juga Little Caliphs ni sbb pencapaian Qoid ngan Yana bagus..So..mmg berkaliber teacher-teacher dorg ni dalam mendidik anak-anak yang zero sampai boleh membaca dan menghafaz su…

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Assalamualaikum..
Baru ni viral pasal kad ATM Maybank kena tukarkan.. Berbondong-bondong pegi Maybank sampai beratur lama sebab nak tukar kad ATM. Sebenarnya ciri keselamatan ni nak applicable juga kepada semua institusi perbankan.
Kad kredit pun dorg nak upgrade sistem keselamatan dengan gunakan PIN instead of tandatangan. Untuk langkah keselamatan terbaru lah..
Setakat ni Lynda dah dapat 3 alert suruh tukar kad..Hubby 2 alert.. Dari Maybank, Dari Kad kredit dan HongLeong Bank.. Dorang nak guna sistem baru ni tahun 2018. So kenalah kita semua tukar kad yang ada lambang Paywave.. Semua kena buat latest by 31 Disember 2016 ni..
So, dalam Maybank2U kita boleh tukar dah kad ATM kita.. Tak payah pegi bank.. Mula-mula log in M2U korang.. Then > Card Management > ATM Debit Card > Replace your ATM Card Then > Isi lah apa yang diminta.. Alamat dan pastikan data korg betul. Sebab ni nak courier.. Pls allow 14 working days untuk dapat kad korang.. Tapi cepat je dapat. Dah dapat ka…

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik…