27 August 2014

Happy 31st Anniversary Ma & Ayah

Assalamualaikum..

Hari ni anniversary ke31 Ma dan Ayah.Didoakan bahagia berkekalan.aman damai dan rukun gembira melayari bahtera rumahtangga.maklum anak-anak dah besar.rajin dating berdua skrg..hehe..Semoga smpi Jannah..xoxo
Gambar cilok WhatsApp mama..xoxo

Lynda Che Lah

2 BE Ogos..

Assalamualaikum...

Nak hujung Ogos ada 2 BE menjengah..TQ Nuffy..
 Semoga lama lah sikit..hehe..xoxo
~* Still exam di Titiwangsa..Abis exam nak terjah Ikea..Iye ke encik suami?*~

Lynda Che Lah

26 August 2014

Stroller Baby

Assalamualaikum..

Sticky Post..
Scroll down for new entry..

Stroller Baby atau Stroller Bayi ini adalah antara barangan yang wajib dibeli. Sebab dengan ada stroller baby ini memudahkan ketika ingin bersiar-siar.

Ok.. kat sini saya ingin kongsi tips membeli stroller baby berdasarkan pengalaman saya. Pertama kita kene tahu jenis, fungsi dan kesesuaian dengan kita.


Budget


Ini paling penting.. Kita kene tahu berapa budget kita. Selalunya kalau jenama mampu milik yang ada dalam pasaran adalah jenama HALFORD. Banyak model dari HALFORD dibawah RM1000 dan ada bawah RM500 juga. Kalau jenama seperti QUINNY harga dia pasti lebih dari RM1000. So... ikut budget anda.

Kalau nak power lagi jenama STOKKE.. memang stylo.

Keselamatan


Kebanyakkan stroller baby memang ada ciri keselamatan seperti 5-point harness yang ada di tempat duduk baby dan boleh dilaraskan.

Satu lagi, pastikan tidak ada sharp or rough edges yang boleh mencederakan baby kita. Pastikan juga stroller kukuh dan cukup kuat dan mempunyai sistem brek pada roda stroller tersebut.

Fungsi Recline


Fungsi ini sangat penting jika anda beli stroller. Saya cadangkan supaya anda hanya membeli stroller yang boleh recline iaitu boleh baring jika bayi anda tertidur.

Tambahan pula jika newborn baby. Sudah pasti stroller anda perlu dibaringkan sebab newborn baby tidak dapat duduk.

Mudah Dilipat


Ini antara perkara yang perlu diambil kira. Pastikan senang untuk dibuka dan dilipat kembali. Paling cantik beli stroller yang ada lipatan yang dinamakan "Umbrella Fold" ... apabila dilipat akan senang disimpan dan kurang makan ruang.

Saiz Stroller


Kebanyakkan yang pertama kali beli stroller pasti akan beli stroller kali kedua. Sebab stroller pertama ibu-bapa akan memilih faktor kecantikkan design stroller dan nampak stylo apabila dibawa jalan-jalan. Kebanyakkan stroller macam ini lelagi stroller yang  beroda 3 apabila dilipat akan sukar dimasukkan di dalam kereta dan seterusnya bonet kereta penuh.

Jadi akan beli stroller yang kedua yang mempunyai lipatan seperti "Umbrella Fold"

Adjustable Handle


Perkara ini tidak kurang penting juga. Jika anda tinggi, pastikan stroller anda mempunyai fungsi ini supaya memberi keselesaan kepada anda ketika menolak stroller anda kerana boleh adjust panjang handle tersebut.

Selain itu, ada juga adjustable handle yg berfungsi untuk foward facing dan rear facing terhadap anak anda. Baby yang dibawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan foward facing sebab baby ini akan rasa lebih selamat apabila melihat wajah ibu bapa sementara baby yang telah 6 bulan keatas sesuai guna rear facing supaya mereka dapat menikmati pemandangan.

Canopy


Yang ini sangat penting.. pastikan canopy dia boleh extend lebih supaya dapat cover baby kita jika kita berjalan tengah panas. Kebanyakkan canopy stroller tidak cover sangat.

Berat dan Material


Berat sesuatu stroller juga penting supaya memudahkan anda mengangkat stroller dari kerata. Material perlulah selesa untuk baby kita dan tahan lasak.


Diatas adalah antara fungsi-fungsi asas yang penting ketika memilih stroller selain fungsi tambahan seperti bakul, tempat letak botol air, umbrella, jaring nyamuk.


Saya rekemen anda untuk memilih stroller baby ini di The Baby Store Malaysia atau www.thebabystore.com.my . Banyak pilihan dengan harga yang terbaik dan anda boleh bertanya terus dan meminta cadangan dan pendapat dekat sales person mereka. Mereka akan layan anda.


Nota Penting : 


  • Pastikan stroller baby ini sesuai dengan umur dan berat baby anda.
  • Jangan lupa mengunci roda stroller baby ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller. Akan menyebabkan stroller tidak stabil.

Entry Raya Yang Last ~ Raya Kat Ofis..

Assalamualaikum..

Dah hujung Syawal..sekejapnya mcm sekejapnya Ramadhan..Semoga ketemu Ramadhan akan datang..dengan anak-anak yang makin membesar dan bijak..So that, Ibu Ayah blhlah nak tarawih kat Masjid..

Ofis buat jamuan raya hari Khamis lepas..kebetulan Jumaat lepas berkabung kan..tak sesuai pula nak up gambar gembira lara kitorg..Saja share sini utk kenangan..Tiada gambar makanan lauk pauk raya..yang ada selfie kitorg je..bolehlah nak tuan tanah glamer kat blog sendiri..

2 jejaka dah berpunya..seorg isteri dengan seorang anak..
 
 
 
Ada gambar Qoid Rafif ngan Arianna Hani sambut raya kat sekolah..Nanti share..xoxo
~*Tgh periksa KPSL kat Titiwangsa..Entry autopublish*~

Lynda Che Lah


25 August 2014

Banner Baru..

Assalamualaikum..

Dah tukar banner baru..Kang kecik pula hati Qhalif Umar tengok gambar Ibu Ayah ngan Abg Qoid je jadi banner..Kalau ada yang perasan dah tukar banner ni hari Khamis..tp tak sempat post sbb bz sambutan raya kat ofis..Jumaat pula berkabung..Ok ke?
 xoxo..

Lynda Che Lah

22 August 2014

Salam Takziah MH17..

Assalamualaikum..
 Untuk yang beragama Islam, semoga dicucuri rahmat..Tenang dan damailah kalian di sana..
#MH17
#prayforMH17

Al-Fatihah

Lynda Che Lah

19 August 2014

Qhalif Umar's Newborn Potrait..

Assalamualaikum..

Saje nak share sedikit gambar si Qhalif..dlm hari dah ada org tanya nak buat newborn pics tak..ahaha..Ibu bajet retis sorok gambar Qhalif sampai hari ni..hehe..tq to OP Majid Aziz..
 
 Qoid takde..tp adalah gambar Ibu Ayah amik..nanti ibu hantar edit k..xoxo

Lynda Che Lah

14 August 2014

Qoid Si Pengembala Kambing..

Assalamualaikum..

Kat Klang ni mmg tak mungkin lah kan nak jumpa kambing jalan-jalan mcm kucing kan..kesempatan pegi jalan berhari raya kat Salor, Pasir Puteh, Kelantan..dapatlah Qoid Rafif merasai pengalaman bagi kambing makan..Seronok dia..dari jauh dah dengar bunyi kambing `live'..hehe..
 
 
Anak-anak..yang lain dari lain mmg menyeronokkan mereka..Insya Allah..ada peluang lain kita bg makan kat harimau pula..ekeke..xoxo

Lynda Che Lah

13 August 2014

Cerita Raya 2014 ~ Part 2

Assalamualaikum..

Baru berpeluang update cerita raya seterusnya..kelmarin EL lagi sbb hubby kena food poisoning..biasalah kan musim raya..mkn mcm-mcm..then Mama tak sihat..

Raya ke2 kami..pagi dah bangun masak lauk pauk buat brunch..sbb klu g beraya umah org ni juadah standard biasalah..mee goreng ke..ketupat rendang ke kan..sy ngan hubby jenis perut takleh kosong..kang abis kitorg tingtong..ngan pening masuk anginlah..so better brunch berat terus kat rumah..Raya ke2 terus g Gombak rumah sedara mara hubby..kami keluar dr jam 11pagi dan balik pukul 11mlm..betul raya sakan..huhu
 
Dahlah balik malam tu pukul 11mlm..nasib baik 2 hero ni dah pengsan kepenatan..mlm tu sy tidur lebih kurang pukul 1pagi..then bangun pukul 5pagi berkemas sebab kami ada trip ke Besut, Terengganu..balik kampung ayah..last-last gerak pukul 9pg lebih juga..tp raya ke3 perjalanan lancar..kami ikut Gua Musang dan menginap kat ATZ Cabinstay, Kg. Tok Raja, Jerteh..Beraya di kampung katakan..heheh..
Kami sampai Jerteh dalam pukul 3.30petang camtu..then siap-siap kemas mandi semua nak dekat Maghrib g umah Toki jumpa mama ayah..malam tu pegi umah Maklong je..Raya ke4 jalan ke Salor, Melor kat Pasir Putih...Jalan jem tak hengat..Kelantan jem hari raya..tak bergerak..perjalanan yang patutnya boleh buat 45 minit jadi 3 4 jam..dah pula..kete mama ayah buat hal..kipas tak pusing..nasib baik ada bengkel buka..tinggalkan kat bengkel dan mama ayah tumpang kami sambung beraya..
Raya ke5 tu..mama ayah nak gerak ke Kuantan dah..kalau ikutkan kami nak balik Raya ke6..tp hubby kata..boringlah dah takde aktiviti..so decide balik juga on the same day..tp lewat petang..sebelum balik pegi cuba nasib kat Pantai Air Tawar..setiap kali balik terjah kedai Pokwi Ais Jagung x buka..Alhamdulillah rezeki kami..Pokwi dah buka meniaga pada raya ke5..
 
Dah kenyang pekena mee sup ngan mee goreng kami gerak balik Klang jam 7 malam mcm tu..gerak ikut Jalan Pantai ke Permaisuri then masuk LPT..jauh..huhu..berhenti 2 3 kali utk hubby take a nap..sampai rumah pukul 4pagi..huhu..
Balik tu yang Qhalif start demam tu..hihi..jalan jauh tgh malam lah katakan..pasni tunggu masuk rumah baru je..dah lama sgt menunggu..konon nak beraya kat rumah baru..ni pula..raya Haji pun tak tentu lagi dapat masuk ke tak..doa-doakan cepat masuk ye..xoxo

Lynda Che Lah

12 August 2014

Tommee Tippee Closer to Nature Royal Baby Gift Pack Princess

Assalamualaikum..

Sticky Post..
Pls scroll down for new entry

Tommee Tippee Closer to Nature Royal Baby Gift Pack Princess
http://www.thebabystore.com.my/?tracking=53cf1889bcb8d
Tommee Tippee Closer to Nature Royal Baby Gift Pack Princess terdiri daripada dua set hadiah yang mengandungi dua botol dan dua puting dalam warna merah jambu atau biru menjadikannya hadiah yang sempurna untuk bayi anda. Setiap botol mempunyai reka bentuk yang unik dengan bunting dan sama ada pengawal diraja untuk kanak-kanak lelaki atau pengangkutan diraja untuk kanak-kanak perempuan, dan datang dalam kotak yang cantik.

Bayi diraja telah tiba! Untuk meraikan hari istimewa ini, Tommee Tippee telah  mengeluarkan edisi terhad untuk menjadikan setiap putera dan puteri kecil berasa seperti keluarga diraja.
Dihiasi dengan reka bentuk yang comel diraja produk edisi terhad masih mengekalkan ciri yang sama seperti produk asal Tommee Tippee.

Set edisi terhad ini mempunyai silikon puting lembut dan fleksibel dan memanjang semasa digunakan untuk keselesaan bayi.Harga yang ditawarkan cuma RM79.90

Jom singgah The Baby Store

08 August 2014

Qhalif Umar 5 Bulan ~ Demam..

Assalamualaikum..

Skip cerita raya dulu sbb ada lagi gambar kat hp hubby tak transfer..Actually kitorg balik beraya kat Besut raya ke3 (Rabu) dan balik ke Klang raya ke5 (Jumaat)..short trip..dan penyudahannya Qhalif yang dah 5 bulan Ahad lepas demam kuat..

Faktor perjalanan jauh mungkin buat dia demam..dan cuaca yang tak menentu..Qhalif start demam on off Sabtu..tp bg ubat dia ok..tp menjelang tengah malam badan panas..suhu antara 38.9C-38C..Tinggi..so pagi Ahad tu bawa pegi klinik  dan bagi ubat..Ahad tu kami beraya ngan Mama dan Ayah..Berkumpul adik beradik..bila Qhalif makan ubat..suhu turun..tp dia sangat lemah..x senyum..x lompat aktif mcm biasa..so masih proses recovery lah kan..
Saya sepatutnya start kerja Isnin tu (4 Ogos) tp pukul 4 pagi mcm tu suhu Qhalif tinggi balik..so..amik EL dan jaga Qhalif kat rumah ngan hubby yang kebetulan cuti. Qoid pegi sekolah pastu transit dok ngan Onny sampai petang..Bawa Qhalif berurut ngan buat air penawar sikit petang tu..lepas setel..suhu mmg turun dan dia tak meragam dah..So..Ibu boleh pergi kerja dengan senang hati Selasa tu..

Tapi..bangun pagi Selasa..tgk muka Qhalif merah-merah timbul ruam..tapi demam takde..so tawakal  je la pegi opis pagi tu..petang balik tgk muka dah penuh ruam..perut..ngan belakang badan..mcm demam campak pun ada..tp dia steady je lah..suh hubby beli air kelapa dan bagi dia minum..malam tu dia mcm meragam taktau gatal ke apa..menangis je dr pukul 9 smpi 10.30 mlm..dr hubby keluar smpi hubby balik x henti nangis..so..decide pegi klinik amik ubat gatal ke apa lah kan..

Sampai klinik lagi sadis bila doktor ckp..anak U ni kena denggi! Adoi..tgh malam kot doktor nak bg berita amat tak gembira untuk kami..terus dia buat surat refer g hospital utk ambil darah..Hubby suggest pegi PPUM tp sy ckp xpelah..kita g HTAR je..dekat..emergency case kan..masuk lah zon kuning (separa kritikal) tp memang takde sapa treat this as emergency..sy tunggu dukung Qhalif dalam zon tu dr pukul 11.30 sampai pukul 1 pagi tapi xde buat apa pun..end up..cakap hubby balik je lah..esok pagi sy pegilah bawa Qhalif amik darah kat tempat lain..

Rabu tu EL lagi..hubby takleh cuti sbb baru je tanggung tugas seorang staff bersalin..so..ajak Mama bawa Qhalif ke DEMC Shah Alam je..buat blood test untuk pastikan kenapa keluar semua ruam-ruam tu..kalau denggi bimbanglah kan..kesian dia kecil sgt..
Amik darah kat jari manis..tak nangis..hehe..dia tgk je org tu picit dan ketuk-ketuk jr dia amik darah..
 
Keputusan ujian darah menunjukkan Qhalif bebas denggi..dia kena viral fever..tu keluar ruam bagai tu..syukur..senang hati Ibu..so..doktor cuma bagi lotion dan ubat tahan gatal..doktor kata takyah antibiotik..biar badan dia lawan sendiri..dan syukur hari ni..ruam tu dah hilang sepenuhnya..lega semua org..dah start senyum dan buat perangai..hehe..semoga anak-anak Ibu terus sihat..nak teman ibu kan..amin..
Nanti ada cerita tentang Qoid si pengembala kambing..haha..tunggu hubby transfer gambar..then baru sambung cerita raya..xoxo

Lynda Che Lah

07 August 2014

BE Ogos..

Assalamualaikum..

Baik hati Nuffy..ada lah 1 BE menari-nari kat blog utk Ogos..jadilah kumpul duit..TQ Nuffy

Lynda Che Lah

06 August 2014

Cerita Raya 2014 ~ Part 1

Assalamualaikum..

Amboi..mcm byk je aktiviti raya..adalah sikit..tahun ni sambut raya ngan org baru..Qhalif Umar...Tahun lepas dia dlm perut ibu..hehe..Baju raya tahun ni warna hijau lumut..cerita baju raya mmg haru sikit..ton colour mmg lain-lain walaupun masih dlm kategori hijau lumut..Actually, hubby dah ada baju Melayu hijau lumut..buat tahun lepas tapi tak pakai..so langkah penjimatan tahun ni..kami sepakatlah warna tu..then usaha mencari baju dua beradik tu..seawal puasa dah g terjah kompleks PKNS cr baju..dptlah ton yang hampir sama sbb contoh kain hubby tak bawa..redha je lah..asal lebih kurang..then baju sy..mmg beli last minute..dan baju yang diidam xda saiz..T____T so jadilah colour yang lain juga..ramai juga yang pakai warna hijau tahun ni sbb baju colour tu habis di pasaran..
 
Tahun ni turn raya ngan MIL..mcm tahun sebelum..kalau raya ngan MIL mmg takkan cukup korum..sbb BIL ke Penang..SIL ke umah mertua..Kalau nak kumpul semua..akan ada tahun MIL raya seorang.so..terpaksalah ikut giliran..Pagi raya juga masak kan MIL nasi tomato..buat makan smpi petang..turn Ma Ayah balik Besut dan Adik balik Melaka..so pagi raya kami berwassap je lah share gambar baju raya..
 
Nti share cerita raya kedua dan seterusnya..tahun ni boleh tahan lah beraya..sapa kata kami takda kampung? tahun ni kami balik beraya kat kampung ayah..pecah rekod raya sakan tahun ni smpi demam si Qhalif ikut Ibu Ayah beraya..hehe..xoxo

Lynda Che Lah


05 August 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum..

Entry baru di bulan baru..selamat dtg Ogos..eh..dah Ogos? cepatnya lah..Ok..cerita Aidilfitri otw..Tahun ni giliran beraya di sebelah hubby..tp kami pun beraya ke Besut..Balik dr Besut Qhalif Umar demam panas..Ahad kelmarin dia dah 5 bulan..more stories to come..xoxo..

Salam Aidilfitri..

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...