27 June 2014

Entry Jumaat ~ Manisnya Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan dah nak datang..Berdoalah semoga ini bukan Ramadhan terakhir..smlm pegi satu majlis ilmu..dgr tajuk Manisnya Ramadan..Sedikit perkongsian..

Di petang akhir Syaaban (asar sebelum masuk Maghrib 1 Ramadan) Allah telah memerintahkan:
  • Ridhuan (penjaga Syurga) bukalah seluas-luasnya pintu-pintu syurga;
  • Malik (penjaga neraka) tutuplah serapat-rapatnya pintu neraka;
  • Jibrail tangkaplah segala iblis, syaitan dan belenggu mereka dan campaklah mereka ke dalam laut supaya tidak terganggu puasa umat Muhammad SAW;
  • Bertaubatlah dengan sesungguh-sungguh taubat sbb Allah akan menerima taubat ini;
  • Mohonlah apa sahaja nescaya Allah akan makbulkan..

Janji Allah..setiap hari Ramadan..akan ada 1 juta umat yang mmg masuk neraka akan dibebaskan dan dimasukkan ke dalam syurga..
Janji Allah juga setiap hari Jumaat di bulan Ramadan..1 juta umat yang masuk neraka akan dibebaskan setiap jam..

Allah tidak akan menerima amalan mereka ini sepanjang Ramadan samada puasanya, solatnya, sedekahnya jikalau dia :
  1. Minum arak
  2. Derhaka pada ibu bapa
  3. Memutuskan tali silaturrahim diantara kaum keluarganya (adik beradik, saudara mara)
  4. Memutuskan tali silaturrahim dengan jiran tetangganya
Inilah masa ubah kebiasaan..istiqamah..menjadi lebih baik drpd semalam..dan semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang juga..Salam Ramadhan..xoxo

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan Nda.. seronok dengan kedatangan Ramadhan ini..

    ReplyDelete
  2. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan..semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti..Amin..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...