Pengalaman Bersalin di PPUM ~ Hospital Mesra Suami 2016

Assalamualaikum..
UPDATE DI <SINI>

Perkongsian terkini 2016
Kini PPUM Mesra Suami 
Suami boleh masuk wad bersalin dan menemani isteri.
assalamualaikum..
hai.. saja nak inform. Untuk tahun 2016, PPUm dah jd hospital mesra suami. suami boleh masuk n teman isteri masa bersalin..


Baru berkesempatan..untuk sharing hari ni..nak share pengalaman bersalin di PPUM..Actually Qoid Rafif pun dilahirkan di PPUM 4 tahun lalu..so kali ni decide utk bersalin di PPUM sebab semua pakar ada..dan rezeki..Bangunan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak dah siap..Semua serba baru..
Picture taken by Hubby while tunggu sy masuk dewan bedah..Thanx syg!
28 Februari 2014
Saya masuk wad jam 11 pagi untuk pemantauan BP, darah dan CTG..tujuan masuk wad awal adalah sebab untuk kelahiran kali ni sy memilih utk czer juga selepas kelahiran pertama. Sebabnya..antara risiko yang dibincangkan adalah rahim pecah sewaktu proses kelahiran (induce atau meneran)..tp bersalin czer pun ada risiko..itu sy cerita next post berdasar pengalaman..Tapi petang dah discaj..

2 Mac 2014
Masuk semula wad untuk persediaan pembedahan esok (3 Mac 2014). Untuk pembedahan, PPUM ada 2 hari je iaitu Isnin dan Rabu..Sy masuk wad jam 4 petang macam tu utk masuk line kat tangan dan CTG..Pemantauan suhu badan dan BP..Encik hubby je teman masa ni..debaran xyah cakap..Almaklum..macam-macam baca tentang 2nd czer..hati berdebar takut tak jumpa encik hubby , Qoid dan Qhalif esoknya..Kepala menerawang bukan-bukan..
Wad ada 4 katil dengan 2 bilik air yang besar..Memang selesa..tapi mana ada orang suka dok hospital kan..Malam sunyi..yang dengar suara nurse ngan baby kalau ada yang menangis..
Santapan terakhir sebelum puasa tengah malam 2 Mac..encik hubby belikan carrot cake..Masa ni makan sambil layan Tonton kat handfon tapi hati tak tenang..Yelah..sorang-sorang memikirkan hari esok..Malam tu tidur tak tenang sbb kebetulan jiran sebelah sakit nak bersalin..Bayangkan..hihi..

3 Mac 2014
Seawal jam 4.30 pagi dah bangun..tak senang hati..pukul 5 lebih dah mandi..dok tunggu solat Subuh..solat terakhir sebelum berpantang..hati lagi tak senang..wassap encik hubby tanya kat mana..otw dr Klang..Subuh kat surau PPUM katanya..lepas solat Subuh nurse datang masuk ubat b*rak..bagi clear perut..then encik hubby datang..dapatlah jumpa sekejap sebab pembedahan dijadual jam 9..

Lebih kurang jam 9, panggil encik hubby masuk wad semula untuk bertemu sebelum ke dewan bedah..Masa ni..hati berdebar..bercampur baur..sedih..takut tapi tenangkan diri..tengok encik hubby pun tenang so pujuk hati supaya jangan panik nanti BP naik..ditolak masuk dewan bedah..disiapkan untuk pembedahan..dikelilingi Anest dan staf dewan bedah yang memang successful dan helpful..Salute untuk dorang sebab sentiasa di sisi saya memberi semangat..Special thanx untuk Dr Ronny Ikmal (my Anest) dan Dr Ang..dan seorg doctor anest Africa (muslim)..Tempoh di dewan bedah lama..Qhalif dilahirkan tepat jam 10.19 pagi tapi sy dalam pemulihan sehingga lebih kurang jam 1 tengah hari..Next post kita cerita kenapa..

Masuk wad postnatal..memang takleh gerak sbb bius separuh badan..Masa ni Ma, Ayah, Qoid, Hubby n MIL ada..pastu dorg balik sbb waktu melawat dah habis (waktu melawat 12tgh hr-2 petang & 5 petang-8 mlm)..PPUM terkenal dengan hospital susu ibu..so..mmg kena BF baby seawal beberapa jam selepas bersalin..Dorg letakkan baby kat tangan kita sambil berbaring dan minta baby BF ngan kita..Even masa permulaan ni hanya ada kolostrum (susu awal ibu) tapi kena kerap bagi utk stimulate breast..Malam pertama sebab takleh bangun..so baby dorang hantar nurseri..baby nangis dorg bagi FM.. 

4 Mac 2014
Disebabkan sy czer jam 10 pagi..maka tiub kencing sy dah dicabut seawal jam 5 pagi..kebetulan masa ni sakit perut nak buang air besar..dengan susah payah..dengan luka pembedahan kat perut..turun katil dan masuk toilet dengan jayanya..masa ni semangat tunggu doctor rounding ward nak pujuk minta balik..Dr sy yang best..Dr Lim, Dr Shadidi, Dr Missdalia dan Dr Doris..dorg awesome..tp Dr Doris pujuk sy balik..stay 1 nite kat hospital utk observation luka pembedahan dan sy boleh balik esoknya..

Pengalaman kat wad postnatal mencabar..anda tidak akan dibantu utk uruskan baby..uruskan diri dan sebagainya sbb anda perlu byk berjalan bagi mengelakkan darah beku yang mungkin berlaku disebabkan pembedahan..Pengalaman melahirkan Qoid di sini byk mengajar..sy dah standby botol susu dan FM utk Qhalif sbb susu badan tak berapa nak keluar masa ni..awal sgt..klu ada kuantiti amat sedikit..Lagipun untuk elak baby kuning..baby kena minum sekerap mungkin..tp sorok botol susu tu..nurse nampak dia rampas dan buang..hehe..tp mmg dorg tak tolong langsung malam tu..dibiarkan ibu ni terkapai-kapai tak tidur semalaman melayan anak bertuah dok menangis asyik lapar..sabar sy tahap paling atas..berserah..

5 Mac 2014
Pagi-pagi dah siap mandi..kemas beg sbb Dr Lim janji..sy org 1st akan discaj hari ni disebabkan perkembangan sy amat baik..sementara tunggu bil..encik hubby pun dah standby awal..tapi end up sy discaj pukul 3 petang instead of 11 pagi kerana sikap tak ambil peduli dan tak profesional nurse PPUM..Nurse kata doctor tak buat summary..padahal doctor dah setel awal summary sy siap sign..ini lah akibat keje sambil lewa dan tak proper..Sedih..sebb habis setengah hr sia-sia mcm tu dan balik kaki bengkak kaw2...

Special thanx untuk Team D wad Antenatal yang diketuai Prof Valli..Dr Missdalia..Dr Shadidi..Dr Doris..Especially Dr Lim..Staff dewan bedah yang bertugas pagi 3 Mac 2014..Anest yang bertugas..Dr Ronny Ikmal..Dr Ang..Staff Wad Prenatal Tingkat 5 dan Postnatal Tingkat 6..Anda semua melakukan tugas dengan baik..xoxo

**Iklan**
Bengkung Khas Untuk Czer

Lynda Che Lah

Comments

  1. pengalaman bersalin czer mmg kena uruskan semuanya sendiri lps cabut saluran air kencing, gigih x gigihlah nak bagun katil kan pg toilet .. kalau jauh mau terkucil huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya..klu nk buang air besar lg haru..hihi

      Delete
  2. Gerun jugak baca orang bersalin Czer ni kak. Sakitnya.

    Alhamdulillah semua selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eka..mmg kene kuat semangat..klu tak terbaring xleh buat apa

      Delete
  3. Ooo..ppum ni considered kerajaan ke half2 ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPUM ni half govt kak Azrine...tp dia ada private wing klu tak silap mcm Putrajaya Hospital

      Delete
  4. Tak pernah ada pengalaman lagi Czer tapi rasanya sangat payah bila after birth kan Lynda..Semoga segalanya dapat diatasi dengan jayanya dan Alhamdulillah semuanya selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida..Lynda x pernah rasa normal..so takleh nak bandingkan..jalan mmg perlahan..sama je kot sbb dua-dua ada jahitan..cuma after birth tu perut ada parut yang besar :)

      Delete
  5. Cantik hosp ppum...takut dgr orng besalin by czer..selamat berpantang ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Yun..Czer ni kena kuat semangat..hehe

      Delete
  6. huhuhu..rasa mcm ngeri pulak bila ada kawan2 bersalin secara czer. setakat ni alhamdulillah, tiga2 anak saya bersalin normal. xpe lynda. itu bahagian masing2 kan. bersalin kot mana pun x kisah. yg penting ibu dan anak sihat hendaknya. selamat berpantang ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..rezeki masing2..sy yang pilih sendiri..tq sue

      Delete
  7. Assalamualaikum kak.. alhamdullilah. semuanya berjalan dengan baik.. takleh sheila bayangkan camne sheila punya turn pula T______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheila xleh takut tau..ahaha..mmg memula takut tp nanti Allah hntr satu semangat yang hanya ibu akan rasa..selamat semuanya

      Delete
  8. Betul..bersalin czer ni part menjaga lepas.bersalin tu la..sy dah 3 kali czer..kali ni jer first time dpt hubby msk OT n dpt breastfeed baby dlm OT waktu obgyn dok jahit perut.
    sapa tak takut sebelum bersalin
    Kuasa Allah time tu kita nak yang terbaik jer untuk anak kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy amal mkn gamogen house of healin dan pil haruan leesa formula.itulah kan..yg penting terbaik utk anak2

      Delete
  9. Assalam... Nak tanya kalo dah masuk 34 minggu blh booking ke kat PPUM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm.34weeks dah 8 bulan lebih kn.sis blh try tanya ppum tp pastikn bwk segala rekod check up sblm ni.

      Delete
  10. Salam. Alhamdulillah, jumpa jugak entry mengenai czer kali ke2. Kebetulan mencari Hospital lain sebab czer kali pertama di HKL. Dan mungkin PPUM dalam pertimbangan. Cuma risau sebab gap baby kedua dgn kakaknya cuma 13 bulan. Harap semuanya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm..
      semoga selamat semuanya..yang penting kuat semangat dan sy doakan awak berjaya tempuhi..

      Delete
  11. Assalam Lynda,

    Nk tanya brpa usia kandungan da bole gi check up kt ppum? N brpa kos utk sekali check up untuk swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi cepat lagi bagus..maksudnya masuk 3 bulan dah bolh booking bersalin kat PPUM..
      Kalau utk check up private wings sy tak pasti..klu nak check up di PPUM utk swasta yang xde GL kena sediakan deposit RM500. Bil setiap kali check up sy tak pasti (mungkin perlu byr/mungkin tak perlu) sbb sy percuma

      Delete
  12. owh ye ke? sy pn bercadang nk bersalin secara czer. kandungan br nk msuk 10 mggu. 6 thn lps anak 1st pn czer gak kt putra jaya. Lynda czer kt ppum brpa kos nyer yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut bil hr tu..kos czer rm1500..ubat-ubatan bergantung kpd jenis ubat..kos bilik bergantung juga pd jenis bilik..

      Delete
    2. O yg bukan private wings pun blh pilih bilik ye.sy kedua dua anak czer kat ppum.2nd anak punye yg ok layanannya.

      Delete
    3. O blh pilih bilik ke walaupun bukan private?

      Delete
    4. bilik tak boleh pilih puan.
      maksud sy di sini..harga bilik bergantung kepada kelayakan puan
      jika kakitangan kerajaan harga dia lain..
      kakitangan swasta dengan GL lain
      yang dtg tanpa GL lain harga bilik.
      harap maklum

      Delete
  13. Assalamualaikum. .lynda
    Saya first bby normal.second pun normal.dua2 bersalin d ppum.yg ketiga ni kira nak ambk ceaser.saya dah daftr kat ppum.tpi bila saya tanye brape kos utk bersalin ceaser kat nurse d kaunter daftr tu..nurse kata kat cni takde bersalin ceaser kecuali ada masalah bru bersalin ceaser.takde choice.saya kata kat blog2 ramai yg cerita pasal bersalin ceaser d ppum.dia tegaskan mmg takde ceaser kena normal.punahnyee...harapannn...huhu..saya nak call mane yer utk maklumat lanjut mcm ni.saya dah 5 bulan da.app kat ppum 21hb okt.jangka bersalin 10.12.2014.skng masi cek up kat pandai dlm.suryani malim desa aman 2 pantai dlm kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy jwb di bawah.apapun puan blh dptkan nasihat doktor sewaktu appointment pertama nti

      Delete
  14. wkumslm..kes sy 1st baby mmg czer sbb problem fetal distress.so sy dah ada sejarah czer.bila checkup mmg doktor akan bg pilihan utk try normal atau czer.condition ni sbb sy dah ada luka czer.tp doktor akan terangkn risiko setiap cara bersalin.mcm puan suryani,mmg xleh pilih czer sbb tiada sejarah czer.prosedur standard hospital.x blh czer melainkan ada masalah.jadi puan dianggap tidak bermasalah utk bersalin normal.maka hospital tidak akan menerima cadangan atau mencadangkan czer.czer hanya akan berlaku jika terdapat masalah semasa hendak bersalin nti.hrp maklum czer bkn pilihan kecuali tiada pilihan lain

    ReplyDelete
  15. Amat menakutkan czer.sakit smp skrg walau dh 9bulan berlalu.takut nk ham8l kali ke 2 sbb czer.kena bius tulang belakang terlupa mkn ubt tahan sakit menggigil sejuk smp ketulang.

    ReplyDelete
  16. dear sis lynda..

    nak tanya .. u czer 3 times, doc ada suggest utk ikat peranakan tak kat PPUM? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru bersalin czer kali ke2..tp kat PPUm kalau bersalin czer kali ke3 mmg doc suggest ikat peranakan.tp terpulang pada puan utk buat keputusan. badan puan kan

      Delete
  17. salam Pn.
    nk Tanya berapa kos ye klau czer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos bersalin czer RM1500.caj lain bergantung keadaan puan

      Delete
  18. Salam nak tanya..sy dh buat check up dekat ppum..amik darah semua tu lah. Then tiba2 doktor tanya ada kad merah dr klinik kesihatan kerajaan tak. Sy cakap tak ada,sbb mmg nak bersalin dekat ppum,thats y buat check up kt ppum. Then doktor suruh buat.. Sebab apa ek? Tp bila tanya nurse, nurse cakap xpayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm cik yunie..
      buku merah sebenarnya langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan yg membuatkan puan x sempat ke ppum.sbb sy dh maklumkan..rekod ppum hanya di ppum.tiada hospital atau klinik lain blh access.contohnya puan sakit di luar kawasan.sy cadangkan puan buat juga buku merah dan buat checkup utk 2 3 kali dn inform klinik kesihatan puan akan bersalin di ppum dan mohon ditransferkan pemeriksaan ke ppum.klinik kesihatan akan tutup rekod puan cuma bila puan bersalin.kk yg akan buat check up lanjutan.sbb ppum x sediakn checkup lanjutan slps bersalin

      Delete
    2. kalau buat check up lanjutan kt klinik biasa boleh ke?ke mmg kena dekat klinik kesihatan?sbb area rumah ni xde klinik kesihatan yg terdekat..sorry byk soalan..hehe kalau xleh gi klinik swasta biasa,kena pegi juga lah mana2 kk..

      Delete
    3. reason kenapa kena g klinik kesihatan adalah..sbb segala rekod berada dgn kita.dr jenis darah ke jenis kandungan semua bersama kita.jika puan ke klinik biasa..tiada rekod utk simpanan puan.buku merah ni terpakai di semua hospital kerajaan..hospital swasta dan pusat bersalin.tujuan utama mmg utk kes kecemasan.jd doc minta puan buat juga utk tujuan yg x dpt dijangka kelak

      Delete
    4. Betul ke sekarang ppum rules dia nk amik patient yg ada kes saja,sape boleh explain stress la xdpt bersalin sana

      Delete
    5. ini sy x pasti.sy 2 kali bersalin di ppum.sy tinggal di klang.so far dorg x tolakla klu sy nk bersalin di situ.mungkin kes puan dikategorikan kecemasan dan mungkin kandungan puan bermasalah.itu sbb penting terus booking check up ngan ppum seawal tahu kita pregnant.sbb dorg dpt track record dan tau setiap masalah pesakit.mslh bilik penuh atau x cukup kakitangan tu x mungkinla sbb new building dan staff ramai

      Delete
    6. Ni nak masuk anak no 4, nak pegi register sekali nurse cakap tak amik patient yg xde kes seperti kencing manis,darah tggi dan sakit jantung...mmg selesa bersalin ppum sbb tu nak situ jugak,sedih teramat sedih rules mcm ni

      Delete
  19. soalan kat atas ni sama dengan saya. sy akan ke PPUM nanti dah ada jawapan yg SAHIH sy kongsi di sini. boleh ke?

    ReplyDelete
  20. soalan kat atas ni sama dengan saya. sy akan ke PPUM nanti dah ada jawapan yg SAHIH sy kongsi di sini. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.atiqah blh kongsi pengalaman di sini.bantu para mommies lain yg mungkin ada beberapa ketidakpastiaan.dialu-alukan..:)

      Delete
  21. As salam puan Lynda.. t.kasih atas info yg menarik.. sy mmg tgh cari info ni.. disini saya cerita pengalaman sy skit ya.

    Hari ni sy baru blk dari PPUM utk urusan pendaftaran bersalin untuk anak ke-2. Anak pertama sy bersalin secara normal di PPUM tapi ada byk komplikasi ketika kelahiran.. cabaran bersalin ketika bulan puasa 2012 anak sy sangkut selama 20min kerana agak besar 3.8kg dan retak tangan kanan.. kemudian ada masalah pernafasan. Ketika itu juga sy megidap kencing manis (hanya waktu mengandung).Pengalaman yg amat berharga.. dengan doktor,nurse dan staff pelatih yg byk membantu dan memberi semangat.. sy mmg amat berterima kasih dgn usaha mereka. Tak terbalas budi rasanya.

    Jadi, anak ke-2 ni sy tetap pilih PPUM walaupun dh berpindah agak jauh.. sy tetap yakin dgn ppum. Cuma td lps selesai pemeriksaan.. bila jmpa doktor,sy mungkin kena bersalin secara Czer sbb rekod anak sblm ni.. aduhai gigil kejap.. kalau boleh nk normal kan.. harap2 semuanya dipermudahkan.

    Untuk pertanyaan kwn2 diatas.. setahu sy PPUM terima je semua pesakit.. cuma cara bersalin tu terpulang pada keadaan kita ketika itu slps pemeriksaan.. nasihat saya supaya anda pg lah daftar cepat2 sbb akan cpt penuh.. PPUM ni dh jd hospital favourite warga lembah klang... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi berkongsi pengalaman puan.harap juga dpt membantu yg lain.sy doakan segalanya dipermudahkan utk puan disaat melahirkan.czer adalah pilihan.tp diharap puan dpt bersalin normal bila tiba masa..ppum mempunyai perkhidmatan berkualiti tu sebb jd pilihan :)

      Delete
  22. Salam. Hr ni baru sy berkesempatan pg sendiri ke PPUM. Sedih sangat sbb betul rupanya perbualan sy dgn staff nurse tempoh hari. Hanya anak 1 dn ke 5 yg x de kes sahaja akan dilayan di PPUM berkuat kuasa sejak 2 bulan lepas. Anak no 2,3,4,6 dan seterusnya kalau nk bersalin di PPUM mesti kene ada kes. Alasan mereka sbb skrg ramai yg nk bersalin di sana. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. ni peraturan baru..
      so semua readers..tolong bc dan maklum..nti sy update dlm post..
      Tq Atiqah share..tp tu lah..sbb ramai sgt kot so dorg penuh..
      tp servis dorg the best..Itulah pula nak buat mcm mana kan..

      Delete
  23. huhuu....sy skng diberi mc sbulan smpaila bsalin...prof valli kata akn bg sy bertahan smpai 37 mgu shj sblm induce...ank sulung dlu czer n klo leh kali ni nk normal birthla...tp betul mmg servis ppum terbaik...hrp2 yg akn smbut bby sy nt pn sume ppuanlah....sbb suami xleh masuk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPUM itulah..belum mesra `suami' hehe..
      semoga dipermudahkan Puan

      Delete
  24. salam,

    blh x share tentang kos bersalin di PPUM. alhamdulillah dh dpt booking di PPUM, skrg tgh duk saving utk kos bersalin pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm.
      kos bersalin di PPUM bergantung kepada kaedah bersalin (normal/czer)
      Ubat-ubatan berkaitan..
      Harga bilik berkaitan dengan kelayakan puan
      Sy nasihatkan puan bertanya terus dengan mereka utk info harga bilik yang puan berkelayakan.
      Mengikut pengalaman yang lalu.
      Elective Czer berharga lebih kurang RM1200 belum bercampur dengan harga bilik.
      Pesakit dengan GL harga bilik lain.
      Yang pekerja swasta harga lain..
      Puan boleh ke kaunter bayaran utk minta mereka salinan anggaran perbelanjaan.

      Delete
  25. As salam..klu check up dn buku merah buat di klinik swasta kmudian nk brsalin di ppum blhke...atau kna checkup few times jgk kt ppum bru blh.Pastu mmg ppum x blh booked bilik yg famili blh teman klu kte plan utk zcer sbb 1st anak czer...lg satu sya nk tnya klu plih utk czer...doktor akn bgi tarikh atau follow due date kt kad merah ye...trima ksih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan,
      PPUM ada sistem rekod sendiri.wlupun buku merah puan full of info dorg tetap akan start dr mula.amik darah..ujian gula etc
      PPUM x blh family teman wlupun kita czer.kena berdikari wlupun xleh bgn etc.mmg family xleh stay sama.cuma masuk waktu melawat.
      dorang nak kita czer mummy byk bergerak utk elak blood clot.

      Then.klu nak pilih tarikh czer biasanya berdasarkan kiraan minggu ke 38 atau sebelum bergantung pada keadaan puan

      Delete
  26. Salam Lynda,

    Maaf nak tanya, if kita tak booked dan dtg je ke PPUM dorang terima ke tak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm Aida
      PPUM hospital yg sesak.kemungkinan puan ditolak ke mana-mana adalah tinggi.
      jika didapati puan tiada masalah dr segi kandungan etc,mereka akan reject puan.
      kecuali kecemasan tp biasanya dorg akan reject sbb dorg xde rekod puan
      sy suggest buat temujanji dan lakukan checkup di PPUM jika mmg bercadang bersalin di situ

      Delete
  27. Btul tu...rsnya diorang x terima..ms sy g booking aritu pon dorang kata dh ramai sngt yg booking kat stu..sy sempat la check up 2x kat situ n dtg blik ms nak bersalin nanti jer...doktor suh check up mcm biasa kat klinik kesihatan yg biasa kta pegi...

    ReplyDelete
  28. Klinik Desa yang wife saya check up suggestkan register kat PPUM seawal kandungan berusia 20 minggu. Senang untuk dapat kan tempat. Walaupun dah start check up kat PPUM, wife masih check up kat klinik desa untuk rekod sehingga bersalin. In case ada emergency tak sempat ke PPUM wife still boleh bersalin di mana-mana hospital kerajaan dan swasta.

    ReplyDelete
  29. berapa kos brsalin czer ye sis kt ppum tu? ni sis ambik yg private wing ke yg biasa ye. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy amik wad biasa puan.
      kos czer dlm RM1.5k. tak termasuk harga bilik dan lain-lain.
      tp ni harga 2014.
      mungkin dah naik sikit.

      Delete
  30. mgkin skrg dh msuk 2k la kot kn. cmne ye nurse2 yg lyan sis. skrg ni pening gk pkir nk deliver kt mne kt kl ni. tkut plak kne mrh2 maki2 kt nurse seme tu. hrp ok la nnti. xpilih lg nk ppum @ hukm @ hospital selayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      nurse ok puan..
      cuma biasalah bila mereka penat duty so moody sikit..
      tp kalau puan bersalin czer, mmg puan kena byk bergerak..
      dan standby barangan baby sebab kita kena handle baby sendiri..
      PPUM kena booking awal sikit kan..
      klu tak nanti dorang full.
      tp sy doakan dipermudahkan utk Puan.

      Delete
    2. oo cmtu ye. kebanyakkan hspital kne urus sndri kn. cmne la nk bwt xreti hehe. kne tgk pengalaman kwn2 la nnti. insyaallah amin hrp dipermudahkan

      Delete
  31. Sis nak tahu harga total bil...sebab saya pun bercadang nak bersalin kat sane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total bil sy masa tu RM1310.
      Sy elective czer, duduk wad 4 hari.
      Tp as govt servant sy ada GL
      So suami bayar RM10 je..

      Delete
  32. Sis nak tahu harga total bil...sebab saya pun bercadang nak bersalin kat sane.

    ReplyDelete
  33. Puan lynda.. Nk tya klau brsalin d ppum ni suami bolh temankan x. Pastu nk pgi booking tu hri ape je boleh buat.ke hr2 ape je ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan,

      PPUM suami tak boleh teman dalam LR.
      Sebab masih belum `mesra suami'.
      Tapi sy tak pasti sekarang.

      Utk booking, puan boleh pegi hari apa-apa waktu pejabat utk amik form.
      Lepas tu puan akan diberi tarikh untuk buat appointment pertama.

      Delete
  34. Hi..good morning puan
    Saya warganegara malaysia isteri saya warganegara thailand...so i nak tanya berapa kos bersalin? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos bersalin bergantung kepada jenis bersalin,
      kelayakan wad dan rawatan serta ubatan.
      Tuan perlu ke PPUM sendiri untuk sebarang pertanyaan.

      Delete
  35. assalamualaikum..
    hai.. saja nak inform. Untuk tahun 2016, PPUm dah jd hospital mesra suami. suami boleh masuk n teman isteri masa bersalin..

    ReplyDelete

  36. aslm.. saya dah checkup di ppum n akan bersalin 5/1 ni secara ceaser sbb baby songsang.. kat sini saya nak tanya utk persediaan.. sebelum ni checkup semua free sbb pakai GL suami, bayaran lepas bersalin mcmn adakah free sbb ada GL.. ke2 betul ker suami blh teman skg utk ceaser mcmn memandangkan ini pertama kali nak drsalin di ppum n sebelum ni xpenah czer 2 anak sblm ni normal.. di wad lepas bersalin suami@ ibu blh temankan ker.. terima kasih kepada puan lynda n semua yg berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas bersalin wlupun ada GL, tetap akan ada byrn lain yang GL tak support.
      Tapi biasa tak banyak.

      Mengikut maklumat terbaru,suami boleh masuk LR.
      Tp operation room sy tak pasti.

      Delete
  37. As salam..akk nk tnya,brp bln dh blh check up di ppum?ni ank akk yg keempat..ank first thn 2004 di ppum normal,kdua dn ktiga czer di Hkl.dn yg ke4 ni cdg nk di ppum..mntk2 yg last ni brsalin secara normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumslm.
      seawal usia kandungan 3 bulan dah boleh check up.
      sbb semua ujian dilakukan seawal kandungan.
      Insha Allah dipermudahkan untuk puan.

      Delete
  38. Ala.. risau la plk baca komen.. anak 2,3,4,6 dan seterusnye perlu ade kes baru boleh bersalin di ppum. Sebelum ni mmg deliver anak pertama pada tahun 2013 di ppum secara czer sbb baby songsang... skg alhamdulillah kandungan ke2 berusia 14 weeks tapi masih belum bukak buku lagi.

    ReplyDelete
  39. Salam, inshaAllah sy plan nak bersalin di ppum dlm bln 9 dan mungkin czer, sbb 2 ank sy pun kena czer. Klau ada info, sy nak tau bilik bedah suami dibenarkan masuk tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts