25 February 2014

Masalah Kuning Pada Bayi Baru Lahir..

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian..Pengalaman dulu masa bersalinkan Qoid Rafif..mmg zero..masa tu xde akaun FB lagi..so..x byk info yang dpt..Google pun tak berapa nak pandai pakai..mmg untung ibu zaman kini yang ada FB untuk perkongsian...dan celik IT..



Qoid Rafif lepas lahir mmg ada kuning..dok kat wad lama juga..dok bawah lampu biru on off sbb selalu kena angkat sbb dia tak tahan panas dan lapar..so kali ni pengalaman memang mengajar..Selepas bersalin 2 3 hari susu ibu memang tak berapa nak keluar..yang keluar tu susu awal ibu..so mmg baby tak puas minum..kali ni akan standby FM utk baby Q utk pastikan dia cukup minum untuk turunkan kuning..



Mengikut kefahaman, kuning ni terhasil sbb hati baby masih  belum boleh berfungsi sepenuhnya..jadi..proses perkumuhan mengambil masa utk berfungsi dan bertindak..baby kena banyak minum utk membantu proses perkumuhan itu..tapi sedikit perkongsian di bawah yang sy kumpulkan  untuk panduan bersama :)


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  • Makan bayam dengan banyak terutama di trimester ketiga (bayam merah/bayam biasa)
Tapi..kita boleh mencuba segala yang di atas tapi kalau masih ada kuning pada baby mungkin kaedah di bawah boleh diamalkan.

ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
  1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 
  2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
  3. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
  4. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
  5. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
  6. Mandikan bayi dengan air daun inai.. 
*Perkongsian dr Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan teman terdekat..Ada sesiapa nak tambah petua..dialu-alukan..Sharing is loving kan!
Harap-harap kali ni berkat pembacaan dan pengalaman lalu boleh digunapakai utk baby Q..mcm contoh skrg..
Perut dah turun..mengeras..mencucuk pinggang macam nak period..tapi ini lah yang dikatakan false alarm..masa Qoid dulu sakit sikit terus g hospital..serah diri di cek bukaan VE..tp masih tak buka..kali ni tahan dengan `macho' dan bgtau hubby..selagi tak turun darah dan pecah ketuban (Qoid dulu pecah ketuban) x payah pegi hospital..lagipun baby Q masih bergerak aktif dalam perut Ibu..golek sana sini..sampai sakit perut tegang-tegang kena siku ngan lutut..
Malam ni gigih nak keluar pegi beli barang yang masih belum beli...wish me luck..Hubby kata biar dok lama sikit dalam perut..bijak sikit..hihi..xoxo

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. anak pertama dulu teruk kuningnya tiap2 hari ambik darah sampai umur dia sebulan...bagi la petua apa pun x jalan...lama2 kuning hilang sendiri, tapi anak kedua sue amalkan minum susu kambing hi-goat start preggy 6 bulan...alhamdulillah kuning sikit je...papepun semoga selamat bersalin ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue..haah..Hi Goat susu kambing tu pun Lynda minum..tp on off sbb selalu sakit oerut mayb tak sesuai sgt..tp minum juga..tq sharing :)

      Delete
  2. wah..thanks diatas perkongsian ye dear...boleh bagi tau my sister ni...

    ReplyDelete
  3. Boleh gunakan tips ni for third baby nanti..thanks lynda sebab sudi kongsi info ni..dulu Medina Pro longed Jaundice tapi tak teruk tapi jenuh jugak ulang alik hospital..huhuhu

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...