11 February 2014

Makan Cheese Naan - RSMY Jalan Medan Tuanku KL

Assalamualaikum..

Actually dah lama mengidam nak makan Cheese Naan tahap leleh punya kat KL tu..Ada sekali masuk paper hari Ahad..pastu JJCM..pastu MamaTisya dok sibuk up kat blog.. So..up kat FB memujuk Encik hubby g makan juga sebelum I bersalin..Tak kira..dah pernah  makan kat Syed Bistro Shah Alam..minta xtra cheese tapi hampeh juga..

So..pujuk juga Adik n Suami bawa kan kami sbb sy dan hubby adalah buta jalan KL..hihi..setahun tak tentu lagi sekali jejak KL..So..pas g umah MIL..Bawa Qoid naik komuter dr Pdg Jawa ke Subang Jaya..sbb BIL pick up kat Subang Jaya..Terus direct ke KL..Dan sampai KL melilau cari kedai di Medan Tuanku..Orang Klang manalah arif jalan KL kan..berpusing-pusing cr Medan Tuanku berpandukan address yang di Google..Last2 call Abang encik Hubby tanya jalan..berpusinglah kitorg ikut SME bank..bagai..rupanya Medan Tuanku dok depan Maju Junction..Kat Bangunan Jobstreet tepi jalan tu je..Memang buta jalan..tp kan senang kalau bagi landmark..Ok..Medan Tuanku dekat ngan Maju Juction..Ada restoren Lotus ngan  Bangunan Koperasi Ukhwah tu..confirm kitorg tau..Jumpa RSMY House of Real Briyani (Restoren Selera MY)..Signboard takde lampu di celah remang senja..Haishhh...

Sampai dah Maghrib..Orang penuh..Duduk amik tempat dan order..sementara tu melayan Qoid yang menangis sibuk nak tidur hotel..Hubby ngan BIL pegi cr surau untuk solat Maghrib..bertunggu lah sy dengan adik..Tandas agak kotor..dan takde tempat solat..persekitaran oklah..kedai ramai orang takkanlah nak kemas sentiasa kan..
 
Semua gambar hasil Google..
Malam tu kami order Cheese Naan..Garlic Cheese Naan..Ayam Tandori yang best sebab tak keras..Beef Keema..Nasi Beriani..Cheese Naan order 2 kali..Memang marveles..Tip Top..Cheese melimpah ruah..Puas makan..Oklah..servis boleh dikatakan laju dengan keadaan orang yang ramai tu..Yang tak syiok dtg pakcik jual belon pelbagai karakter tiup sendiri (pakai mulut) berharga RM5..Si Qoid dan Arianna dok berzikir bila nak beli belon..makan pun tak senang..Ckp ngan hubby..klu pakcik ni dok ulang alik lagi depan kami..sy sendiri tumbuk dia..hihi..Makan 4 orang malam tu RM60..Oklah..setel hajat..namapun org mengandung..Thanx sekali lagi BIL, Adik n Hubby..Kenyang perut suka hati..xoxo

*Mengidam kari kepala ikan Kg. Attap ngan nak makan scones kat Cameron Highland..Haishh...*

Lynda Che Lah

15 comments:

  1. Hehehehe akhirnya baby Q makan gak cheese nan terboekk tu.

    Erkkk nak makan scones ke kak? Dah nak due kan? Tunggu lepas pntang la yer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Eka..kalau boleh mcm nak naik Cameron sebelum due boleh? :P

      Delete
  2. popularkan nan cheese kedai ni huhuhuhu.. jauhnya nak pg makan.. kt pun buta jln kl kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Masya..kena g hari minggu kepada kita yang buta jalan KL ni..klu Klang pejam mata pun boleh kan..ahahaha

      Delete
  3. terbaek la. sy yg dok kl x sampai sampai lg. hihi

    ReplyDelete
  4. Jauh tu Cameron..hehe..tapi kena tunaikan jugak takut baby kat dalam tu terliur..tapi tengok cheese lelah tu,aida tak preggy ni pun teringin nak makan..hehe..boleh pergi ni nanti..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengada kan Aida smpi nak cameron..Scones tu ada je kalau pandai cari..tp itulah manalah nak sama kan :)
      Should try Naan Cheese tu k :)

      Delete
  5. Replies
    1. Kak Izwa syiok lah
      Maju Junction tu pun food heaven kan..hihi

      Delete
  6. tak pernah tau pun. hehe. nak try la nanti.

    visit my blog mizajasni.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. ramai kengkawan kata sedap, itulah cam nak pi je tapi tak de masa yang sesuai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh follow kami di instagram : @rsmy_ untuk update terkini. Tq

      Delete
  8. Puan Lynda. Terima kasih atas kunjungan ke RSMY. Terima kasih utk entry kt blog ni. Terima kasih atas komen dan pandangan. Segala kelemahan akn kami perbaiki. Alhmdulillah RSMY berkembang berkat sokongan anda semua. For yr info, caw ke 3 tlh dibuka di Danau Kota. Blkg Hospital Columbia. Sebelah NZ.

    ReplyDelete
  9. Memang sdap.... Layanan mmg bagus cepat dan mesra...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...