27 February 2014

Anak-Anak

Assalamualaikum..
Nak share gelagat anak-anak sempena kehadiran orang baru..Qoid Rafif dan Arianna Hani mungkin dah bersedia menerima kehadiran orang baru..tp tak pasti sejauh mana..Qoid Rafif kadang-kadang memang buat perangai..sangat2..tp tahap kesabaran Ibu dan Ayah memang di tahap paling maksima sbb kami cuba memahami perubahan sekeliling yang bakal dia hadapi..To be nice..harap-harap semuanya berjalan lancar..
Dua-dua dah ok ke sekolah..Alhamdulillah..seronoklah tu..balik rumah ada je perkongsian..harap berterusan..
Ok..ini keadaan bila persiapan baby Q dah selesai..Dua-dua kata tak pernah tidur dlm baby cot..ahaha..adoilah..so..layan je..dua-dua nmpk excited tapi kita tunggu dan lihat je lah kan..xoxo

Lynda Che Lah

25 February 2014

Masalah Kuning Pada Bayi Baru Lahir..

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian..Pengalaman dulu masa bersalinkan Qoid Rafif..mmg zero..masa tu xde akaun FB lagi..so..x byk info yang dpt..Google pun tak berapa nak pandai pakai..mmg untung ibu zaman kini yang ada FB untuk perkongsian...dan celik IT..



Qoid Rafif lepas lahir mmg ada kuning..dok kat wad lama juga..dok bawah lampu biru on off sbb selalu kena angkat sbb dia tak tahan panas dan lapar..so kali ni pengalaman memang mengajar..Selepas bersalin 2 3 hari susu ibu memang tak berapa nak keluar..yang keluar tu susu awal ibu..so mmg baby tak puas minum..kali ni akan standby FM utk baby Q utk pastikan dia cukup minum untuk turunkan kuning..



Mengikut kefahaman, kuning ni terhasil sbb hati baby masih  belum boleh berfungsi sepenuhnya..jadi..proses perkumuhan mengambil masa utk berfungsi dan bertindak..baby kena banyak minum utk membantu proses perkumuhan itu..tapi sedikit perkongsian di bawah yang sy kumpulkan  untuk panduan bersama :)


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  • Makan bayam dengan banyak terutama di trimester ketiga (bayam merah/bayam biasa)
Tapi..kita boleh mencuba segala yang di atas tapi kalau masih ada kuning pada baby mungkin kaedah di bawah boleh diamalkan.

ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
  1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 
  2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
  3. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
  4. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
  5. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
  6. Mandikan bayi dengan air daun inai.. 
*Perkongsian dr Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan teman terdekat..Ada sesiapa nak tambah petua..dialu-alukan..Sharing is loving kan!
Harap-harap kali ni berkat pembacaan dan pengalaman lalu boleh digunapakai utk baby Q..mcm contoh skrg..
Perut dah turun..mengeras..mencucuk pinggang macam nak period..tapi ini lah yang dikatakan false alarm..masa Qoid dulu sakit sikit terus g hospital..serah diri di cek bukaan VE..tp masih tak buka..kali ni tahan dengan `macho' dan bgtau hubby..selagi tak turun darah dan pecah ketuban (Qoid dulu pecah ketuban) x payah pegi hospital..lagipun baby Q masih bergerak aktif dalam perut Ibu..golek sana sini..sampai sakit perut tegang-tegang kena siku ngan lutut..
Malam ni gigih nak keluar pegi beli barang yang masih belum beli...wish me luck..Hubby kata biar dok lama sikit dalam perut..bijak sikit..hihi..xoxo

Lynda Che Lah

24 February 2014

Dari Rumah..Dan Selamat Pengantin Baru Shida :)

Assalamualaikum..
Hari ni bersiaran dari rumah..Ye..dah start cuti..amik seminggu awal dr EDD..Nak rehatkan badan..rehatkan fikiran..Mama dan Ayah masih di Besut..Toki sihat..Qoid Rafif ke sekolah..rumah sunyi..esok lusa riuhlah kan..Encik Hubby masih bekerja..Mild contraction dah ada..so..standby je..

Hari Khamis dan Jumaat all out setelkan keje..kebetulan scheduled meeting ditukarkan..so..mmg kelam kabut buat persiapan meeting..Thanx to semua yang bantu..especially Emy, Faiz, Wan yang mmg all out hari Jumaat hari tu..Berkat kesabaran korang..semua siap on time..Senang hati I nak bersalin :p  
 
Keadaan meja sewaktu ditinggalkan Jumaat hari tu..Ye..semua filing setel dengan bantuan Faiz..Takde pending task..Lega..serah tugas pun dah buat..pepandailah kome menghandle nye ye..Harap-harap masuk balik hujung bulan Mei nanti keadaan meja masih seperti ini..ahaha..mungkinkah?

Tengok tajuk pun tau nak ucap Selamat Pengantin Baru dear adik sayang..Shahida Suhaimi..teman seofis..teman meja sebelah..teman gosip..teman sakit hati ngan sistem opis..Semoga kekal smpi Jannah dan dikurniakan keamanan dan kebahagiaan bersama pasangan..

Jumaat lepas all out buat persiapan meeting kami satu opis pegi terjah pengantin yang selamat dinikahkan di rumah Shida lepas Asar..Dengar ada sate 3000 cucuk..so..mmg rezeki kami lah..satu opis pegi..
With me @ 38weeks...Adalah gambar kenangan pregnant kan..
Gambar cilok FB..Ni masa bersanding kat Dewan Hamzah..Gigih sarung jubah..lilit tudung..jalan macam penguin nak gak makan kenduri sebelum berpantang..hehe..cepat2 dapat baby..ahaha..
Insya Allah, doakan yang baik-baik untuk semua..kat opis ada 2 bunga lagi belum disunting..Seorang kumbang on da way majlisnya..tapi yang itu memang tak dpt nak hadirlah kan..Dalam pantang..Kirim bodyguard je ke..hehe..Doakan juga yang baik-baik utk sy..Perut dah start mengeras..Baby dah dok menurun dan menekan..Semoga segalanya berjalan lancar..Akan update jika punya kesempatan..xoxo

Lynda Che Lah

21 February 2014

14 Days To Go!

Assalamualaikum..
Ye..tambah tolak 14 hari..maknanya..bila-bila masa..hari terakhir kerja..tp xleh lepak rehat sbb scheduled meeting next week tp paperwork kena setel hari ini juga..Bos tanya pagi tadi..Lynda..u boleh bertahan lagi ke..ahaha..bertahan lah ni but Isnin I is dah cuti...xoxo

Lynda Che Lah

20 February 2014

Kelmarin..Semalam..Dan Hari Ini...

Assalamualaikum..

Macam-macam yang jadi 2, 3 hari ni..Semalam sy cuti..final check up di PPUM sebelum warded on 28 Februari ni..Plan asal mama teman sy ke PPUM tapi Qoid Rafif tetiba demam kuat Subuh semalam..so..bertabah drive sendiri ke PPUM..Keluar awal pagi jam 6.45pagi macam tu tapi sangkut dalam jammed macam biasa kat Subang selama setengah jam..Tapi nasib baik giliran di PPUM tak lama..Daftar pukul 8.30 pagi..dalam pukul 10.30 pagi dah setel..Minggu ni last keje..jadi byk nak disetelkan..Dengan scheduled meeting yang dah set cantik tunggang langgang disebabkan kerenah birokrasi..letih melayan...

Toki di Besut masuk hospital balik..Mama Ayah akan bertolak ke Besut Subuh esok..Encik Hubby currently kursus di Sepang sejak hari Selasa..tu sebab dia takde all this while..takpe..bertabah..senyum selagi mampu..Redha je sebab nama pun makan gaji..Saya Yang Menurut Perintah kan..Jangan nanti sampai masa..perintah ke mana..hati yang panas diturutkan..hehe..

Kelmarin dikejutkan dengan perkongsian status seorang pelajar di FB yang share perginya bekas pensyarah kami di kolej 10 tahun dulu..Pensyarah Akaun dan Taxation Almarhumah Aizam Abdul Aziz..Sy share kan status tersebut di FB kelmarin dan tag teman-teman lama..
Status ni mendapat byk komen..tp tetiba..ada komen-komen masuk yang mengatakan almarhumah masih ada dan bergantung pada life supported machine..macam-macam spekulasi di buat dengan status ini dan mcm kelam kelibut pun ada..Ye lah..nyawa mana boleh buat main..but pray for the best masa tu..Hubby sms sy tanya macam mana sebenarnya..tp info yang sy dapat dari ahli keluarga paling dekat almarhumah..so..sy tutup mata dengan komen alam maya ni..but..sy dah stated there..final update akan sy buat based on family statements only..

Finally pagi ni..Adik Almarhumah sendiri stated as below
Semoga roh Almarhumah ditempatkan di kalangan para syuhada..Almarhumah dikesan mempunyai brain tumor selepas mengadu sakit kepala selama 2 minggu dan sedang mengandung 6 bulan++..Dibawa ke HTAR dan koma kerana sawan..Semua berlaku sekelip mata..Bayi dalam kandungan berjaya dilahirkan melalui pembedahan dan di bawah pemerhatian doktor..Usia bayi dianggarkan 7 bulan..Almarhumah seorang pensyarah yang lemah lembut tapi tegas dan semoga ilmu yang disebarkan membawa sinar cahaya indah untuknya di alam barzakh..Sedih..sbb beliau meninggalkan 5 cahayamata yang masih kecil..tetapi Allah Maha Tahu...

Tinggal hari ni dan esok untuk keje..pastu cuti..dan Insya Allah..sbrg update dr rumah..Doakan juga urusan sy dipermudahkan..Qoid Rafif kembali pulih dr demam..Risau Ibu dan Ayah..semoga segalanya dipermudahkan..xoxo

Lynda Che Lah

18 February 2014

Qoid dan Yana Birthday Bash!

Assalamualaikum..

Sy dah sarat so birthday Qoid Rafif yang jatuh pada Sabtu lepas telah dibuat bersekali dengan Nur Arianna Hani yang lahir pada 1 Februari..memula degil nak buat kat rumah sendiri..masak..dan layan tamu tapi akhirnya sy mengalah..Tak boleh dan nasib baik tak buat..Ni pun mcm nak patah pinggang wlupun semua urusan kemas mengemas famili yang buat..Order katering je..dan kek..
Menu : Nasi Tomato, ayam Masak Merah, Bihun Spore, Kuih Cendol, Air Mangga dan Teh Tarik..
Rainbow Cake dr Nazeha Cakehouse..TQ Zeha..Best!
5 Tahun..4 Tahun..
Bergaya dengan hadiah harijadi...
Tahun ni buat kecil-kecilan untuk kaum keluarga je..Sbb nanti Baby Q nak buat Akikah lagi..masuk rumah baru lagi..hehe..Mama buatkan doa selamat sikit untuk sy yang bakal bersalin..sambil tu untuk anak-anak ini semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan mereka dunia akhirat..TQ Ma, Ayah, Paklang, Poksu, Angah, Shah dan semua kaum keluarga..dr Along dan Nol..

Hadiah hari tu semuanya dr famili juga.Qoid tahun ni bertuah sbb dapat apa yang dihajati..Dan semua kebetulan tema superhero..Yana almaklum perempuan..Girly things la..nti share hadiah k..mungkin boleh jadi ilham buat mummy-mama-ibu lain nak beli apa untuk anak-anak kita..xoxo

~BTW, congrats to my SIL selamat bersalin baby girl 17 Februari 2014 di HTAR..tunggu giliran sy pula..masih kumpul pahala..bertabah :) Insya Allah..

Lynda Che Lah

15 February 2014

Selamat Ulangtahun Ke4 Qoid Rafif

Assalamualaikum..
4 tahun dulu..jam 3.30 pagi ketuban pecah atas katil..Bangun..bersiap..mandi dan bertolak ke PPUM dengan iringan encik Hubby, Mama dan Ayah..Bertahan dengan kesakitan contraction dr jam 5 pagi ke 8 pagi sebelum decide epidural..Tapi xde rezeki mau normal juga sbb fetal distress jam 3.30 petang..Maka..lahirlah Qoid Rafif bin Zainol Ariffin tepat jam 4.10 petang melalui LSCS.
Hari ni genap 4 Tahun usia permata hati kami..Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik..kebijaksanaan yang baik..menjadi pemimpin yang baik dan mulia untuk semua..dan jadi abang yang penyayang kepada bakal adik..Ibu dan Ayah sayang Qoid Rafif..Semoga dilindungi dan dipayungi rahmat Ilahi..xoxo

*Malam tadi tidur terjaga..teringat 3.30 pagi ketuban pecah..janganlah baby Q pun nak ikut keluar sama mcm abang Qoid..hehe..

Lynda Che Lah

14 February 2014

Tidak kepada Hari Valentine!

Assalamualaikum u'olls..


Entry 14 Februari 2012..Share semula hari ini..masih relevan..Jom jangan sambut!

Tarikh keramat ke hari ni? haha..Sy tidak pernah sambut tarikh ini dan tidak akan sambut..Hairan dan pelik bilamana..pelbagai cara dan penceritaan yang disampaikan tetapi masih ada orang Islam+Muslim+Melayu masih menyambut+mengucapkan+memperingati hari ini..Tak perlu agaknya nak diceritakan sejarah Hari Valentine sebb byk dah diceritakan sejarahnya di blog2..di dada akhbar dan FB sendiri..

Telah jelas dan nyata sambutan itu bertujuan untuk mengingati St. Valentine, seorang Kristian dan adalah amat tidak wajar untuk seorang Islam meraikan hari ini..Jadi..jauhilah sebarang bentuk memperingati..meraikan dan apa saja yang boleh memesongkan akidah kita sebagai seorang Islam..

`Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.'
Riwayat Abu Daud
~ingatan utk diri sendiri~
Terima kasih ILuvIslam
NolynQoid xoxo

13 February 2014

Rezeki 2014

Assalamualaikum..

Semalam cuti check up di PPUM..ye..jenuh..Federal Highway sesak jam 9 pagi..so sampai PPUM pukul 10 pagi..kemudian tunggu nombor naik nak jumpa doctor pukul 12.45..huhu..pegi ngan Hubby..Minggu depan last check up pastu ready for deliver :) dan last minggu keje sbb apply cuti seminggu awal nak rehat dan tenangkan fikiran :p

Pagi ni smpi ofis nampak ni atas meja..dalam plastik hitam pula tu..hihi..saspen je..TQ Emy..buat pakai dlm pantang..
Sabtu ni birthday Qoid Rafif..Adalah sambutan kecil-kecilan sebelum Ibu pantang..Thanx to Mama n Adik yang berdegil utk amik katering..masa setting hari tu rasa yakin boleh masak..nasib baiklah Ma ngan Adik lagi degil dr sy..so..setel satu hal..hehe..
Jebat sy dan Mastura..(ahaha..penangan BKATC)..Dah seronok pegi sekolah..belajar Matematik..Belajar warna in English dan baca doa..Syukur..seronoklah tu..Ingat nak bawa Qoid Rafif jalan-jalan sebelum berpantang..tengoklah kan kalau ada rezeki..Ibu tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi..Macam-Macam jadi minggu ni..Desa Latania dah ada buyer..Insya Allah berjalan lancar..Rumah baru dah nak dapat kunci..Baby Q on da way..Erk..2014 yang awesome..Alhamdulillah..semoga terus melimpah ruah segala rezeki..xoxo

Lynda Che Lah

11 February 2014

Makan Cheese Naan - RSMY Jalan Medan Tuanku KL

Assalamualaikum..

Actually dah lama mengidam nak makan Cheese Naan tahap leleh punya kat KL tu..Ada sekali masuk paper hari Ahad..pastu JJCM..pastu MamaTisya dok sibuk up kat blog.. So..up kat FB memujuk Encik hubby g makan juga sebelum I bersalin..Tak kira..dah pernah  makan kat Syed Bistro Shah Alam..minta xtra cheese tapi hampeh juga..

So..pujuk juga Adik n Suami bawa kan kami sbb sy dan hubby adalah buta jalan KL..hihi..setahun tak tentu lagi sekali jejak KL..So..pas g umah MIL..Bawa Qoid naik komuter dr Pdg Jawa ke Subang Jaya..sbb BIL pick up kat Subang Jaya..Terus direct ke KL..Dan sampai KL melilau cari kedai di Medan Tuanku..Orang Klang manalah arif jalan KL kan..berpusing-pusing cr Medan Tuanku berpandukan address yang di Google..Last2 call Abang encik Hubby tanya jalan..berpusinglah kitorg ikut SME bank..bagai..rupanya Medan Tuanku dok depan Maju Junction..Kat Bangunan Jobstreet tepi jalan tu je..Memang buta jalan..tp kan senang kalau bagi landmark..Ok..Medan Tuanku dekat ngan Maju Juction..Ada restoren Lotus ngan  Bangunan Koperasi Ukhwah tu..confirm kitorg tau..Jumpa RSMY House of Real Briyani (Restoren Selera MY)..Signboard takde lampu di celah remang senja..Haishhh...

Sampai dah Maghrib..Orang penuh..Duduk amik tempat dan order..sementara tu melayan Qoid yang menangis sibuk nak tidur hotel..Hubby ngan BIL pegi cr surau untuk solat Maghrib..bertunggu lah sy dengan adik..Tandas agak kotor..dan takde tempat solat..persekitaran oklah..kedai ramai orang takkanlah nak kemas sentiasa kan..
 
Semua gambar hasil Google..
Malam tu kami order Cheese Naan..Garlic Cheese Naan..Ayam Tandori yang best sebab tak keras..Beef Keema..Nasi Beriani..Cheese Naan order 2 kali..Memang marveles..Tip Top..Cheese melimpah ruah..Puas makan..Oklah..servis boleh dikatakan laju dengan keadaan orang yang ramai tu..Yang tak syiok dtg pakcik jual belon pelbagai karakter tiup sendiri (pakai mulut) berharga RM5..Si Qoid dan Arianna dok berzikir bila nak beli belon..makan pun tak senang..Ckp ngan hubby..klu pakcik ni dok ulang alik lagi depan kami..sy sendiri tumbuk dia..hihi..Makan 4 orang malam tu RM60..Oklah..setel hajat..namapun org mengandung..Thanx sekali lagi BIL, Adik n Hubby..Kenyang perut suka hati..xoxo

*Mengidam kari kepala ikan Kg. Attap ngan nak makan scones kat Cameron Highland..Haishh...*

Lynda Che Lah

07 February 2014

Ready For Launch? Erk.. @ 36weeks..

Assalamualaikum..
 
Sila jangan macam-macam wahai Baby Q..Hehe..bagi Ibu cuti seminggu dulu rehat kat rumah..EDD was 8 Mac 2014. Tunggu check up kat PPUM 12 Februari ni..then baru kita decide bila nak launch tu..tp dah bagitau Encik Hubby malam tadi..Bersedialah untuk sebarang kemungkinan..Mungkin akan keluar awal..Kaki dah bengkak 2 belah..perut dah ketat tapi rasanya kepala belum engaged..Tapi semoga semuanya dipermudahkan..Pray for me frens..xoxo

Lynda Che Lah

06 February 2014

Fall In Love Again..

Assalamualaikum...

Jatuh Cinta Lagi..dengan Sharnaz Ahmad a.k.a Jebat..penangan Bukan Kerana Aku Tak Cinta..I is tak suka sgt tengok dia dalam Juvana..tp dlm citer ni nak tengok byk2 kali pun takpe..kang terkenan pula Baby Q ngan dia..ahaha..oklah tu..Si Qoid Rafif dah botak penangan Jebat..Dialah Jebat di hati Ibu..Sempena dengan menanti hari nak deliver ni kami dah pindah ke rumah Onny..so..tak dapatlah menghadap Jebat pukul 10 mlm sbb Tok Ayah conquer TV..So..kena tunggu weekend baru dpt tengok..
No wonderlah kan Qi Razali sasau tgk semua ni..hihi..Semalam nampak Emy bc novel BKATC..tp hati berbelah bagi nak tumpang baca ke tak..ahaha..keputusan yang diambil..xmo baca novel..nak tunggu walaupun lamalah lagi..So..Encik Hubby..sabar ye...jom hayati kisah ni dengan jayanya..xoxo

Lynda Che Lah

04 February 2014

Tak Sihat..

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke 36 kesihatan amat merosot..tekak sakit..batuk dan selsema..mungkin sbb cuaca..Rahim atau peranakan mungkin agak ke turun ke bawah jadi malam tak boleh lelap tidur dan takleh pusingkan badan sbb mcm collapse dr pinggang ke bawah..Bangun pagi adalah tempoh paling azab..Langsung tak boleh berjalan..tekanan yang kuat buat rahim rasa terlalu sakit..Malam tadi..mmg tak tahan dan menangis tengah-tengah malam..Encik hubby pujuk suruh sabar dan taktau nak buat apa..dan sy sendiri tak tau nak buat apa..cuba tidur dan dalam tidur terdengar bisikan..cuba minum Air Zam-Zam..

Pagi tadi Qoid Rafif dimandikan oleh ayah..disiapkan dan pegi sekolah ngan ayah..Ibu takleh bangun..keluar lambat sikit ke opis..Janganlah hari-hari begini..

Sekarang cuma tunggu appointment lanjut di PPUM 12 Februari utk dapatkan surat doktor..nak amik cuti bersalin awal sbb kudrat ke opis dah tak berapa nak ada..kandungan kali ni agak mencabar..terutama di akhir2 minggu..Semoga sy diberi kekuatan tahap luarbiasa utk menghadapi semua ni..xoxo

Lynda Che Lah

01 February 2014

Selamat Hari Hijab Sedunia

Assalamualaikum..

Hari ni dinamakan Hari Hijab Sedunia..Sebenarnya kempen memakai hijab ini bermula pada tahun  2012 oleh Nazma Khan, dari New York, Amerika Syarikat. Beliau yang berasal dari Bangladesh melalui pengalaman perit sebagai remaja yang berhijab di kota raya Amerika Syarikat itu.

Bagi yang belum berhijab..jom sama-sama ubah diri ke arah lebih baik..Hidayah Allah sampai lama dah..Seru Allah tu pun lama dah..Ini perkara wajib yang perlu dilakukan..No excuse sbb Allah dah suruh..salute utk semua hijabster sedunia..semua pemakaian hijab kita betul dan mengikuti syarak..xoxo

Lynda Che Lah

Happy 5th Birthday Nur Arianna Hani..

Assalamualaikum...

Special post untuk Nur Arianna Hani nun di Kesang Jaya..
Semoga panjang umur..dipermudahkan semuanya..jadi kakak yang baik untuk adik-adik (yes..she is..sgt sabar melayan kerenah Qoid wlupun mereka hanya sepupu..) rajin-rajin belajar..membesar dengan sihat..Maklong..Paklong dan Qoid sayang kakak..Hadiah dah beli nun jauh dr China..tunggu sampai ye..xoxo

Lynda Che Lah

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...