13 January 2014

Dugaan..Ujian..Kerenah Rakyat Malaysia..Dan Kak Nora Berkisah..

Assalamualaikum..

Tajuk tak hengat..semua ada kaitan..Dari semalam membawa ke pagi ni..lelah tak hilang lagi..bateri kereta kong..Dua-dua kereta..

Semalam pegi kenduri di Sungai Sireh, Tanjung Karang..Staff Encik Hubby..Bawa Honda..Sebelum bertolak ke Kuala Selangor singgah kedai sparepart dan beli bateri baru..RM130..Sebelum tu dah beli bateri juga kat Tesco tapi sekejap je pakai..kong juga..lepas tukar berdesup gak pegi Kuala Selangor ..lega..Kerugian RM290 berbaloi..Smpi Sungai Sireh..enjin mati..try hidupkan tak boleh juga..tapi positif..biar bateri charging sementara makan kenduri..

Setel makan kenduri..try hidupkan enjin tak boleh juga..nasib baik cuaca redup..menunggu lah dalam kereta..Qoid pun ok bersiar-siar di laman org..Dan orang Malaysia..jangan kata tanya..jenguk pun tidak..sambil hubby mencuba dan tukar bateri 2 3 kali..Yang lalu lalang usah cakaplah..entah berapa puluh motosikal dan berapa puluh kereta yang lalu..sorg pun tak berhenti bertanya..End up..call Emy (opismate sy) yang tinggal kat Tanjung Karang..Minta bawakkan `jumper'..nasib baik Emy ada..TQ Emy..Dptlah start kereta lepas jumper..apalagi..Pecutlah meninggalkan Sungai Sireh..

Tapi asal berhenti kat traffic lite..hati berdebar..Janganlah mati..kereta auto kan..tekan je lah minyak..tp dah takde rezeki..smpi kat depan McD Kuala Selangor..Entah kenapa traffic lite lama bebenar..dr dok cuba mengawal minyak..sudahnya mati juga kat tgh jalan tu..Kali ni mati mmg takleh hidup..Hubby pun tolaklah kereta ke tepi..disebabkan taknak menganggu lalulintas..hubby ngan bantuan 2 org mamat melayu ni tolaklah kereta masuk Mee Udang Banjir kat tepi jalan Kuala Selangor tu..Berkampunglah kami kat situ..nasib baik ada surau dan tandas..

Mulalah buat call sana sini..sbb memang orang Malaysia..tak suka kacau tepi kain org..mungkin..sbb dalam berpuluh kereta keluar masuk makan kat kedai tu..xde sorg pun tanya..bantuan pun takde..maka..call lah kawan yang ada..tp takde yang terdekat..last2 call adik sy..minta dorg dtg dr Klang..Memang adik beradik atau famili je yang boleh tolong kita..berumahtanggalah kami kat situ..tunggu adik dan adik ipar dr Klang dekat 2 jam..sepanjang tempoh tu..takde sape bertanya kenapa..takpelah..sy pun malas nak explain..kami dok kat tepi kereta..nasib baik ada bangku dan tempat wuduk..bolehlah Qoid berehat-rehat..

Tapi bayangkan 8 month pregnant lady dok kat bangku batu..naik tercabut pinggang..Takpe..sy taknak belas kasihan org..cuma mungkin sedikit perhatian..Alhamdulillah..Allah coba kan kami dengan dugaan ini..Terima dan telan..Lepas adik ipar datang..pindahkan Qoid ke mereka sbb kereta yang kong bateri takleh buka aircond..sian Qoid..so..sy dan hubby terus drive balik umah..sampai umah pukul 8 mlm..terus mandi dan solat dan tunggu Qoid balik..Hari minggu berlalu begitu saja..

Pagi tadi lain pula cobaan nya..Viva pula kong bateri..ahaha..bangun punye awal..keluar punya awal..hari yang indah tapi kereta takleh start..tukarlah bateri yang byk kami beli tu..dan masih takleh hidup..Solution, encik hubby tolak (nasib baik manual) dan hiduplah kereta tu dengan jayanya..Memula encik hubby tolak sorang..dan seperti biasa..orang Malaysia tengok je..paling kurang bunyikan hon tanda sokongan! TQ Malaysian..Sy berbangga dengan anda..Sudahnya..dtg mat Bangla 2 org tolong tolak kereta..terus hantar hubby g keje..then tanpa matikan enjin hantar Qoid ke tadika..Sy smpi lewat ke opis..Ruined my day actually..tp redha..Allah ada sesuatu utk kami..utk mengingatkan kami..Apa? Kami sendiri masih mencari..Cuma mungkin dugaan kami tak sekuat dugaan Kak Nora.

Doakan juga keselamatan utk Soleh..ujian kak Nora lebih berat..Soleh masih di bilik pembedahan..semoga segalanya dipermudahkan..xoxo..

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. Disaat kita memerlukan ...x ada yg sudi membantu..tp kalau eksident tepi jalan..semua pakat nak tengok sampai jalan jem..bukan membantu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tu rakyat msia amat prihatin..smpi jammed berbatu-batu pun xpe..

      Delete
  2. huh!memang tak patut betul kan bile dah tgk org tolak keta sorang-sorang tu tolong lah kan..haih..*Emo! Semoga Kak Nora terus tabah!AMin! dan aida pon sama jugak awal-awal tahun ni keta semua nak baru..memang kopak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian mmg tak patutlah Aida..sedih bila mcm tu..
      Utk Kak Nora..Soleh masih kritikal selepas pembedahan berjaya..semoga dipermudahkan segalanya :)

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...