Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Soleh Dah Pergi..Aman Tenteramlah Wahai Penghuni Syurga..

Assalamualaikum..
Inalillahiwainnailahirajiun..Al Fatihah Utk Almarhum Soleh (Anak Syurga Kak Nora) telah kembali ke Rahmatullah semalam jam 12.30 tgh hari..Saya tau melalui FB semasa check up di PPUM semalam..Menangis dalam diam..sebak tak terkata..tenangkan diri sebelum jumpa doktor..
Tenanglah kamu di sana wahai Ahli Syurga..Utk kak Nora..bertabahlah..sesungguhnya Allah telah menjanjikan sesuatu untuk kalian..Dipermudahkan segalanya utk kalian sekeluarga..xoxo
Lynda Che Lah

Hasil Kerja Qoid Rafif

Assalamualaikum... Qoid buat ni semalam kat sekolah.oklah..Nanti Ibu buat log book utk letak hasil kerja tangan Qoid..Alhamdulillah ada peningkatan.sikitpun jadilah kan..dr dok umah tgk kartun je..live update dr PPUM.jenuh menunggu giliran dr pukul 9.30 td..xoxo Lynda Che Lah

Rumah Baru..

Assalamualaikum..
Sabtu lepas g tengok rumah baru yang masih dalam pembinaan. Selalu tengok dr jauh je tp kali ni dapat masuk..Lompat bintang..ahaha..sebab mmg nak tgk sgt mcm mana rupanya..tgk pelan lantai tak faham kan..tinggal sikit lagi sbb payment progress dah 75%..Insya Allah by hujung tahun dah masuk kot..Baby Q membesar kat rumah baru..macam Qoid Rafif membesar kat Desa Latania. Takdelah besar mana tapi cukuplah untuk famili kecil kami..Sayangnya kami terpaksa letgo rumah di Desa Latania..Rumah yang mengajar kami susah senang kehidupan sendiri..rumah yang banyak kenangan dalam membesarkan dan mendidik Qoid Rafif..tp kenangan akan terus jadi kenangan paling indah buat kami..Sedih sebenarnya tapi redhalah kan..tapi balik dr tengok rumah ni Qoid demam panas..adalah tu kot kan..so masuk rumah baru kena hati-hati..Takpe..dah buat appointment ngan Pakcik Zali..hihi..ntah bila lah baru boleh masuk..
Ada sesapa nak beli apartment tak? Boleh pm atau email k..hikhik..xoxo
Lynda Che Lah

Mizz Nina Hanya Menyanyi Depan Wanita - Tabik Spring!!!!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Sy pernah tgk klip video beliau zaman dahulukala..sgt daring tapi syukur..hidayah Allah itu pasti..Dan betapa kuatnya hati beliau..disamping istiqamah itu..semoga segalanya dipermudahkan jalan utk beliau..Stop share gambar lama beliau..harap2 nanti dptlah delete segala bagai gambar dahulukala itu..Cerita lanjut di sini
Tabik Spring!!! Semoga istiqamah..dan hidayah itu milik kita semua. Girl's power! (erk..girl ke..hikhik) xoxo
Lynda Che Lah

Tahniah Abang Lang..Konvo MSU 2014

Assalamualaikum..
Adik ke 3 sy konvo Sabtu lepas di MSU Shah Alam..Kalau konvo biasanya Ibu Ayah je boleh masuk tgk istiadat kan..yang lain tunggu kat luar..tp itulah..keadaan sy yang agak sarat tak mengizinkan nak g join..xpela..janji semuanya dipermudahkan.. So..mlm tadi Ma Ayah belanja dinner kat Tupai Tupai Shah Alam..tp kami balik awal sbb Qoid Rafif tetiba demam panas Sabtu malam..cuma lepas ke klinik petang semalam..kebah dah demam dia..hari ni tak pegi sekolah..biar dia rehat kat rumah Onny..Bila tanya nak sekolah tak..dia jawab..eh..cutilah Ibu..hehe..esok harap sihat dan bertenaga nak pegi sekolah..kakak Arianna Hani g sekolah sorang-sorang..hehe..xoxo
Lynda Che Lah

Minggu ke 34

Assalamualaikum..
Dah 34 minggu..sepatutnya dah engaged..Brixton Hicks dah mula..False alarm pun ada..tapi buat taktau je lah kan..Berkira-kira nak amik cuti awal tak..sbb time Qoid Rafif dulu amik awal 2 minggu..abis cuti baru Qoid Rafif keluar..ahaha..tgklah kan..
Malam tak berapa boleh tidur..kepala berserabut..macam-macam yang datang..emosi tak stabil..macam nak nangis..nak jerit..kdg2 org ckp sikit sentap lebih..tapi istighfar..tenangkan diri then tenang semula..kena juga kawal diri sendiri kan..kalau tak sapa nak tolong..banyak pula benda kena decide..dan keadaan sekeliling tak membantu pula..ke sensitif ganda 23 dah ni..Next week Rabu check up...Ok dah..Jom bertenang! xoxo
Lynda Che Lah

Arianna Rose VS Bukan Kerana Aku Tak Cinta..

Assalamualaikum..
Sekarang demam Arianna Rose (TV3) dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Mustika HD)..Arianna Rose semua org dapat tengok sbb kat TV3 kan..tp Bukan Kerana Aku Tak Cinta kat stesen berbayar..tp pilihan utama kami suami isteri..Bukan Kerana Aku Tak Cinta..Kenapa? Sebab :
BKATC mengisahkan Jebat gangster bertatu yang dah insaf dan kembali ke pangkal jalan.. Solat..pegi masjid..Jadi org baik..menyesali  perbuatan silam..takut sgt bila org memandang betapa baiknya dia.. Bertaubat dan menangisi taubat itu.. Seronok tengok gelagat kelakar Sharnaz Ahmad yang muka ketat gila tapi cute..ahaha.. dan percintaan dengan Mastura digambarkan suci dan clean.. takde adegan peluk...ranjang.. yang penting disiarkan lepas solat Isyak..
Tapi dalam Arianna Rose..Tengku Adam digambarkan sebagai lelaki Melayu Islam yang hidup bebas..seks bebas.. kaki perempuan walaupun kaya dan bersedekah dengan pelbagai badan kebajikan..(matilah kena kutuk kaw2 ngan fans Tengku Adam).. asyiklah babak ranjang wala…

Perkongsian - Sambungan Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.. Sambungan dr entry ini   * Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
Qoid sejak sekolah amatlah suka bercerita..dlm kereta..sebelum tidur..kena dgr wlupun kdg2 tak paham dia citer apa :p

* Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. (peluk..cium dan pujuk kalau dorg rasa alone atau tertekan..)

* Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

* Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). Kami memang akan sambut birthday walaupun hanya dengan family members..

* Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Merek…

Wordless Wednesday #65

Assalamualaikum..
True Indeed..hehe  CP from FB..
Lynda Che Lah

Anak Ayah..

Assalamualaikum..
Memang anak ayah..Manja ayah..Lelaki pun kan..peneman Ibu..takpe..janji jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat..Malam sebelum tidur kena main 5 perkara ngan ayah..Khemah-khemah..tangkap ikan..Main tangkap dan ikat dengan selimut..Masak-masak dan makan-makan..then minum susu sebelah ayah..tp sejak ke sekolah ni..tidur awal..kadang-kadang tak sempat main apa pun..tu sbb ayah pun dah start rindu dia..hehe..so..pagi-pagi wlu macam mana pun ayah akan hantar ke sekolah..naik moto merah ayah..tu yang rajin tolong basuh..ngan Ibu dah tak heran..petang boleh naik kereta ngan Ibu.. Pegi sekolah dah ok..semalam belajar A `aa'..B `baa'..Oklah..bila sebut `attention' Qoid Rafif jawab `Allahuakbar'..Well done Teacher :) xoxo
NolynQoid

Nuffnang..

Assalamualaikum..
Check Nuffnang semalam..ada CPUV tapi dah credited..tak perasan pula ada advs ni..hr2 dok buka Nuffnang tapi tak nmpk juga iklan ni..xpelah..rezeki tak panjang..hehe.xoxo Lynda Che Lah..

Farah Lee Mengandung..

Assalamualaikum..
kongsi berita baik..isteri Ally Iskandar..Farah Lee dah mengandung..mengikut FB beliau..just sharing here.. :) Tahniah..dan semoga perjalanan kandungan ini dipermudahkan..selamat semuanya hingga ke akhir..xoxo
Lynda Che Lah

33 Minggu..6 Minggu Lagi..

Assalamualaikum.. Ye..Asyiklah Ibu ni gi toilet terkencing..and Encik hubby gelakkan cara jalan I..Ok..6 minggu lebih kurang kalau sempat..Then..I kurus balik (padahal sekarang takdelah gemuk mana kan)..jalan steady je..Check up pun dah jadi 2 minggu sekali sebab takde problem..xoxo
Lynda Che Lah

Ragam Anak-Anak Balik Sekolah.

Assalamualaikum..
Saje nak share ragam anak-anak balik sekolah..Alhamdulillah pagi ke sekolah dah takde masalah..tak nangis..tak banyak alasan..mandi pun senang..Syukur mereka seronok ke sekolah..Tapi balik je dr sekolah..ada je aduan dan perkongsian cerita..PakNgah orang pertama dengar segala masalah negara tu sbb PakNgah yang ambil..then..Mama..Onny..dan Ibu Ayah..Kang petang cerita pula kat Tok Ayah..kat Poksu..kat Paklang dan Pakchik..Semua versi cerita adalah sama..Namapun budak-budak kan..mana reti putar belit cerita.. Masih terlalu awal utk tahu progress..tapi syukur setakat ni Qoid Rafif boleh baca doa makan walaupun tak berapa teratur dan jelas..Tp teacher ckp dia taknak masuk kelas 4 tahun sbb dia nak dok kat kelas 5 tahun..bertemankan kakak..xpelah..Pandai teacher lah ye nak buat mcm mana..Ibu Ayah kat rumah dah ckp elok2..sambil tu berdoalah kan..Arianna Hani pun kdg2 terdengar dia melagukan zikir..Syukur..To early for any progress..Pray for the best! xoxo
Lynda Che Lah

Mendobi Semalam..

Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul..Yes..actually semalam..tp nak buat post tak lepas-lepas..Jika Rasulullah masih ada :'(  Terus amalkan Sunnah Baginda..tak payah tunggu Maulud Nabi baru nak buat semua..Sentiasa berselawat dan semoga kita menjadi umat yang terbaik..Insya Allah..
Sempena cuti semalam..ambil kesempatan mendobi semua baju Baby Q..Basuh katil sekali..Actuallly ni katil Qoid Rafif dulu..Dan keadaan masih elok..so..basuh dan nanti kita sambung balik..Thanx to Mama yang bantu dan petang kang..bolehlah melipat segala bagai baju dan alas katil tu..dah siap hantar ke rumah Mama sebab pantang kat sana..Tinggal beberapa minggu..takut tak sempat buat apa-apa..Pasni boleh fokus pada birthday Qoid Rafif dan Arianna Hani..Then setelkan hal opis sebelum cuti panjang..
Tapi cuaca pun tak berapa panas semalam..so..pg ni baju masih di luar rumah..tunggu bebetul kering..Tak byk lagi nak beli..tinggal napkin dan tilam kekabu..itu pun dok pk nak beli ke tak..sbb yang ada masih dal…

Dugaan..Ujian..Kerenah Rakyat Malaysia..Dan Kak Nora Berkisah..

Assalamualaikum..
Tajuk tak hengat..semua ada kaitan..Dari semalam membawa ke pagi ni..lelah tak hilang lagi..bateri kereta kong..Dua-dua kereta..
Semalam pegi kenduri di Sungai Sireh, Tanjung Karang..Staff Encik Hubby..Bawa Honda..Sebelum bertolak ke Kuala Selangor singgah kedai sparepart dan beli bateri baru..RM130..Sebelum tu dah beli bateri juga kat Tesco tapi sekejap je pakai..kong juga..lepas tukar berdesup gak pegi Kuala Selangor ..lega..Kerugian RM290 berbaloi..Smpi Sungai Sireh..enjin mati..try hidupkan tak boleh juga..tapi positif..biar bateri charging sementara makan kenduri..
Setel makan kenduri..try hidupkan enjin tak boleh juga..nasib baik cuaca redup..menunggu lah dalam kereta..Qoid pun ok bersiar-siar di laman org..Dan orang Malaysia..jangan kata tanya..jenguk pun tidak..sambil hubby mencuba dan tukar bateri 2 3 kali..Yang lalu lalang usah cakaplah..entah berapa puluh motosikal dan berapa puluh kereta yang lalu..sorg pun tak berhenti bertanya..End up..call Emy (opisma…

8 Bulan..

Assalamualaikum..
Ikut kiraan minggu..hari ni minggu ke-32..Maknanya 8 bulan..ada lebih kurang 1 bulan 10 hari kalau ikut bulan utk tidur tanpa bangun malam..Tanpa tangisan si comel sbb Qoid Rafif mmg dah tak bangun malam..tambahan pula sejak dah sekolah mmg tidur awal..hehe..decision dah buat..dan semoga tempoh bertenang ni berjalan lancar..Kena ready basuh bj baby..basuh katil dan tilam baby..dan standby semua benda dlm kereta.. Lepas 4 tahun br nak tambah..mcm nak dpt anak pertama pula debarannya..hehe..semoga segalanya berjalan lancar..Encik hubby outstation Penang hr ni smpi Ahad..so..bermukimlah kat umah Mama dan Ayah..X larat nak tinggal sorang dah..xoxo
Lynda Che Lah

'BLOGLIST 2014 MSRED'

Assalamualaikum..
GA MsRed..hr tu dah tgk..terlupa pula..esok last :)
Segmen ini akan tamat pada 10 January 2014. Pada yang bertuah akan dapat something special. Mr Random yang akan pilih.
Lynda Che Lah

GIVEAWAY 1ST BIRTHDAY MEMORY BY MOMMYAIDA

Assalamualaikum..
Join GA MommyAida..Wish me luck :) First bday Qoid Rafif 1st-giveaway-by-mommyaida-blog-1st.html
Lynda Che Lah

Wordless Wednesday #64

Assalamualaikum..
 Lynda Che Lah :p

Pengalaman Hari Pertama Sekolah - Qoid Rafif dan Arianna Hani

Assalamualaikum..
Semalam cuti sbb hantar Qoid Rafif ke sekolah..Pengalaman pertama Qoid ngan Ibu..Arianna Hani sekali..So..bangun pagi cergas..gumbira..hati berbunga-bunga..pakai baju sekolah dan puji-pujian sikit..semangat tu ada..huhu..
Masuk kereta masih ok..tp smpi separuh jalan tanya nak pegi mana ni..hihi..nak pegi sekolahlah..Qoid penatlah ibu..Qoid nak pegi umah Onny..main ngan kakak..pujuk dan pujuk..hehe
Sampai tadika..kakak berpisah ngan dia..masa ni dah nmpk lain macam..terus hantar dia ke kelas 4 tahun..cikgu bg salam dan panggil masuk..elok buka selipar..nak melangkah masuk tak jadi..Cikgu pula tarik tangan suruh masuk..apalagi..keraslah kat depan pintu..pujuklah elok-elok suruh masuk..tp kuat pula tangan pegang pintu takmo masuk kelas..dtg cikgu..tarik dan dukung..unsur paksaan di situ..apalagi..meraung lah..sbb Qoid ni keras hati..dtg sorang lagi cikgu cakap..`Puan balik dulu ye..tinggalkan kat sini'..
Hati sy sebak berbelah bagi tp sy dah set..apa jadi..kena jug…

Birthday Encik Hubby Hari Itu..

Assalamualaikum..
Simple celebration actually..malam 31 Disember tu nak g makan kat Islamic Steakhouse tapi tetiba Qoid Rafif kata nak makan kat kawasan rumah je..Dia ni dahlah susah  nak makan..so..kalau dia ckp nak makan kenalah ikut dia..so..mlm tu celebrate kat Papa Tomyam..hihi 1 Januari..g bawak Qoid beli barang sekolah sikit..Ayah shopping dan Ibu pun shopping maternity blouse 2 3 pasang..pastu g makan kat Islamic Steakhouse again..dan mayb last time pegi kot sbb Encik hubby tak puas hati..
Total makan hari tu RM86. Tapi ntah kenapa dengan servis..Orang belakang marah-marah katanya dah sejam tunggu untuk Nachos je..Air dia dah abis baru makanan sampai..So..minta upgrade service dan kualiti makanan..Ingat nak g makan Pavlova kat Serai Empire..tapi hasrat berkubur lagi sbb tak larat nak jalan..Nanti lah ajak Encik Hubby..Ada Pulut Mangga best kat Shah Alam..tak sempat nak share..Next time k..Oh..semalam check up 31weeks PPUM..dalam dilema...xoxo
Lynda Che Lah