31 December 2013

Selamat Hari Lahir Sayang..

Assalamualaikum..
 
Akhir tahun..Selamat Hari Lahir Cinta Hati..3 Series suda..hihi..
Selamat melangkah ke usia 30 tahun..
Semoga segalanya jadi kenyataan..
Dikurniakan kesihatan yang baik (jom jaga kesihatan..1 Jan start joging..makan makanan sihat :p) Dilimpahi Rahmat Ilahi..
Dipermudahkan segala urusan dan amalan ibadah..
Sayang awak ketat-ketat..
Dan kerana tak larat nak keluar g shopping maka I dah belikan U hadiah thru online je..Lazada lah..mana lagi kan..
And actually ikut kalendar Islam..hari ni Qoid berusia 4 tahun..Selamat ulangtahun ke-4 Qoid Rafif..
Dia pun nak juga..Takkan bday ayah je..bday Qoid? soalan dia pagi ni..haiisssh...
Erm..malam ni `Turun' jom...ahaha...xoxo

Lynda Che Lah

30 December 2013

Balik Besut..

Assalamualaikum..

Actually entry lama..percutian tanpa dirancang ke Besut Terengganu..Alkisahnya..Sabtu 14 Disember dapat call mengatakan Toki sakit kuat..Ma dan Ayah including Angah nak gerak balik Besut..Sy kata takpelah..balik lah..nanti sy jagalah Qoid..Tapi hati tak sedap..Encik Hubby tanya..takmau balik ke? Tak balik  nanti menyesal..End up..kami pun decide ikut balik..

Packing baju pun kelam kabut..tp plan nak bertolak pun mungkin lepas Zohor..kebetulan ada urusan yang perlu diselesaikan hari Sabtu tu..Selesai urusan..lepas solat Zohor kat umah kak Seally..kitorang makan nasi beriani dulu kat depan Masjid Meru..Then mulakan perjalanan ke Besut thru LPT..LPT lancar..Then kami cuma berhenti sekali di RNR Temerloh utk solat Asar dan beli minuman..Then amik exit Jabor..

Smpi Jabor masa ni betul-betul Mahgrib..Masuk Jabor ni mencabar..Kelapa sawit..jalan gelap berkabus..mcm masuk alam lain..ekeke..nasib baik kami bertiga..kalau sorg mau kecut perut semua..lama lah sgt nak masuk LPT balik yang boleh exit Permaisuri..Ada gaklah sejam kat Jabor..Smpi Permaisuri terus isi minyak sbb sepanjang Jabor dan LPT baru takde stesen minyak..Ko mampu bertenang ke bila minyak dok berkelip-kelip tapi kiri kanan hutan? hihi..

Sampai Besut terus cr hotel bajet..kami menginap di Penginapan Kota Putera kat Kampung Raja..Ke Kuala Besut 5 minit je..Smpi pun pukul 11.30 malam..kaki krem bagai dah dok lama dalam kereta..Ma. Ayah. Angah smpi lebih kurang time macam kami..tp dorg ikut Gua Musang..Lagi azab sbb dorg gerak awal pukul 12.00 tgh hari tapi time sampai sama macam kami..huhu..
Pagi tu bangun then g bfast Nasi dagang Ikan Tongkol..Adoilah..Balik Ganu no diet..
 
Aktiviti wajib..G Pantai Air Tawar..tapi takleh mandi..Laut bergelora hujung tahun ni kan..Tgk je..

Tujuan utama balik Besut..Toki diserang lelah..demam dan darah tinggi..Pakai gas..Dia nmpk ayah balik terus buka gas dan boleh makan..Mungkin rindu kat ayah..Kami cucu dan cicit pakat balik juga..sbb last balik tgk Toki Aidiladha 2 tahun lepas kalau tak silap..
 
Selain jenguk Toki..aktiviti utama cari makanlah..tp hampa sbb Pokwi Ais Jagung cuti pula smpi 25 hb..Dapat makan Mee Koboi kat jeti je..Maggi Ketam tapi tak makan pun..Balik beli kopok..Insya Allah Aidiladha tahun depan bawak balik Baby Q pula..Janganlah Pokwi tutup lagi..Kalau tutup..kita bako..xoxo

NolynQoid


27 December 2013

Amanville Space U8 Shah Alam

Assalamualaikum..

Cuti Krismas baru ni bawa anak-anak pegi Amanville Space U8 kat Shah Alam..Playground moden..dalam bangunan dan ada aircond..Almaklum sekarang musim hujan..Tak dpt dorang main kat luar..

Entrance fee RM20 (3 tahun ke atas) dan mesti pakai stokin..kalau takde stokin boleh beli ngan dorang RM3. Dah bawa Qoid Rafif hari Ahad lepas..pastu dia suh ajak Arianna Hani pula..So..bawalah dua org..Masuk byr sekali dan unlimited..Doklah main anak smpi lebam..buka dari 10 pagi-10 malam..ada konsep drop & shop..tp sy takdelah shopping..Parents boleh dok lepak sambil bc majalah dan layan web browsing (FB) sbb free wifi. Encik Hubby siap tgk movie :)
Contact No Amanville..Nak buat birthday party ke semua boleh call dorang..
 
 
Tengoklah muka merah padam..ada jual minuman ringan mcm Milo kotak..dan ada jual Fries dan Nugget..
 
 
 
 
Dorang paling larat pun main nonstop 3 jam..lepas tu g makan..balik pengsan tak hengat dunia...hihi..xoxo

NolynQoid

26 December 2013

Dinner Celebration @ Islamic Steakhouse, Bukit Tinggi Klang (Now Amansara Steakhouse)

Assalamualaikum..

Susulan kejayaan Ayeed dalam PMR..malam itu juga kami satu famili g makan kat Islamic Steakhouse, Bukit Tinggi Klang..Concept mcm Chilis (sy tak pernah makan kat Chilis tapi Angah kata sama je senarai menu dia) tapi di Islamic Steakhouse confirm Halal sbb dorang takde serve any alcohols..Minuman takde Margarita bagai..Thanks to Abg Lang yang suggest..
Ok..restoren ni terletak seberang jalan dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi..Shoplot yang banyak-banyak tu..terlalu byk kedai..tp senang notice dr luar jalan besar tu sbb dia corner lot..cozy dan layanan adalah tiptop..ada surau juga..servis lancar wlupun mlm tu ramai..
Operation Hours
 
Kami order macam-macam malam tu..ada kombo platters (ayam, daging, kambing, lobster)..ada nachos..ada spageti..ada pizza..Gambar adalah nan ado sbb sume mcm piranha masa makanan sampai..Insya Allah lain kali pergi boleh upload gambar..
Courtesy Islamic Steakhouse..TQ
Harga not bad..bolehlah utk yang order tak hengat dunia..Tq Ayah sbb belanja kami malam tu..
Kami cerewet sikit pasal kedai atau restoren serve Arak atau Alcohol ni..sbb timbul rasa Syubhah kan..kalau ada rasa Syubhah eloklah tak payah makan..so..tak payah g Chilis, TGI Fridays atau Tony Roma's..Sini sume ada yang sama..Dan sedikit perkongsian tentang rasa Syubhah makan di restoren yang menghidangkan arak <klik sini>..xoxo

NolynQoid

24 December 2013

Dinner @ Sibling's Kitchen, Taman Maznah

Assalamualaikum..

Entry makan-makan..dinner yang sempoi balik dr Besut..Citer Besut update kemudian..

Dinner kat depan rumah je..kat Taman Maznah..Actually ni kedai MPK. Kedai baru..so..saja lah nak try makan kat kedai baru ni..
Sibling's Kitchen..Boleh like FB mereka..Hospitality amat baik..Auntie dan Uncle very nice..Suka borak..hehe..itu yang best sbb ngan customer tak sombong..Makanan overall sedap..portion untuk daging/chicken chop besar tapi side dish mayb kena tambah lagi..sbb sy n hubby suka sidedish..so..portion sikit sgt untuk kami..
Total dinner malam tu lebih kurang RM25. Air order tembikai dan Kopi O..Qoid macam biasa makan nasi ngan telur dadar order kat kedai sebelah..Kalau nak try boleh ke Taman Maznah..deret kedai MPK yang banyak-banyak tu..xoxo

NolynQoid

23 December 2013

TQ Nuff..

Assalamualaikum..

Pagi ni senyum sbb akhirnya ade BE menari-nari bila buka Nuffnang tadi..Thanks to Nuffnang..Harap-harap adalah bertambah..buat belanja sekolah Qoid Rafif :) Kawan-kawan yang bertandang rajin-rajinlah klik..mcm Rara ckp..rajin-rajin klik ads kawan..Insya Allah kawan pun akan rajin klik ads kita..
Ni yang tengah menari-nari..Rajinlah klik ye :)
Setelah lama menanti :)
 Senyum sampai telinga wlupun 1 je tgh ongoing..harap-harap bertambahlah rezeki.xoxo
 NolynQoid

20 December 2013

Check Up di PPUM - Bersalin di PPUM

Assalamualaikum..

Hari Rabu amik cuti pegi 1st check up kat PPUM. Appointment pukul 8 pagi tapi jammed yang amat kat Federal-Kat LDP..sempena apa taktau..hihi..so..kami smpi di PPUM hampir pukul 10. sempat pegi kaunter pendaftaran dan dapat no.

PPUM memang dah efficient teramat..Memula sampai kami terus g wad baru PPUM. Ni khas untuk ibu dan anak..Klinik antenatal terletak di Aras 2. parking banyak..tak mcm dulu..terus ke kaunter pendaftaran. amik no..tunggu tak smpi 2 minit dah panggil ke kaunter utk pendaftaran.
Dah dapat kad..terus g stesen jururawat..amik berat dan tinggi serta urine test..pastu amik BP. then tunggu nurse screening untuk tgk perlu ambil darah atau tak..So..sy inform..sy tak buat air gula lagi..dah puasa dr malam tadi..so..nurse hantar g amik darah then minum air gula dan tunggu 2 jam. dalam tempoh 2 jam..lebih kurang tunggu dlm 1 jam doktor dah panggil buat check up..Baby Q is breech again..harap pusinglah hai anak menjelang minggu-minggu akhir nanti..semua urusan tamat dalam tempoh kurang lebih 2 jam setengah.. so moral of da story..eloklah dtg pukul 10 tu..x lama sgt menunggu dari pagi..

Result air gula adalah on border > 7.8. so sy kena control diet..next appointment 2 Januari 2014. nak scan sekali..rasanya amik time slip je kan..tapi kali ni pegi PPUM memang efficient..Mungkin sebab bangunan baru so staff pun motivated lebih kan..hehe..
 Ada post celebration utk Ayeed..then nak share tempat makan best..xoxo

NolynQoid

19 December 2013

Tahniah! 8A

Assalamualaikum..

Hari ni amik result PMR kan..Ayeed antara salah seorang yang berdebar pagi tadi..dan debaran tu dah berakhir..

Tahniah! Tercapai segala impian..Kami bangga dan gembira utk kamu..Teruskan usaha..ada SPM pula..wlupun memula mcm tak percaya..tapi dah dibuktikan..Alhamdulillah..xoxo

NolynQoid

17 December 2013

Bercuti

Assalamualaikum..
masih di rumah.smlm tiba dr besut jam 7 mlm.kami sekeluarga dpt emergency call dr besut.toki x sihat..so bergegas balik hr sabtu tgh hr.mama n adik masih di sana.alhamdulillah toki stabil.sy balik dulu sbb esok appointment kat PPUM.semua kena stabil..gula, BP..hopefully checkup esok ok...xoxo
ayah dan toki..ayah balik toki terus blh buka pam dan makan..😊

Nolynqoid

13 December 2013

Perkongsian - Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum..

Perkongsian Jumaat hari ini..sedikit tips mendidik anak dan mendidik diri kita..Semoga anak-anak kita jadi insan terbaik..semoga menjadi anak soleh yang mendoakan Ibu dan Ayah kelak..ameen..

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. 

Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

 *Sambungan menyusul...Insya Allah..xoxo

NolynQoid

12 December 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Astro Mustika HD

Assalamualaikum..

Selepas citer Jodoh Itu Milik Kita abis..ada pula citer baru kat Mustika HD tu..dan terjebak lah juga sebab suka tgk Sharnaaz Ahmad..dulu masa mula-mula dia berlakon Bicara Hati dengan Cristine Suzanne suka sgt tgk dia sbb mcm sweet..pastu berlakon Juvana mcm menyampah pula..kali ni dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta dia bawa watak Jebat..nice..kelakar walaupun muka ganas gila..Encik hubby tergelak tengok dia kalau berlakon kali ni..oklah..enjoy..takdelah romantik meleret-leret..al maklum dah masuk 3 series ni mana layan citer romantik leleh bagai ni..hihi..Baru 3 episod..so far ok..Nelydia pun ok..boleh enjoy tgk malam-malam wlupun x sampai setengah jam..
*Semalam ada org dtg tgk rumah..erm..xoxo

NolynQoid

06 December 2013

Lunch @ The Sumbs, Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum..

Semalam sambil masuk group tgk post terkini kat FB, ternampak satu post menarik share pasal lunch..Apalagi..tengah hari semalam juga call encik hubby ajak lunch kat The Sumbs, Seksyen 13. Restoren baru menghidangkan makanan western dan ada juga set kombo untuk lunch. Itu try lain kali..

The Sumbs terletak di Pusat Perniagaan Worldwide..Dia di bangunan belakang bersebelahan dengan Hotel Goodhope, Shah Alam. Kalau dr Federal Highway..masuk ikut Petron/Shell Batu Tiga, belok kiri di terus smpi belakang..The Sumbs on your left..Kalau dr Tesco Extra Bulatan Kayangan itu, belok kanan dan The Sumbs on your right. Senang cr.
Kami order Panna Cotta..hubby penyokong kuat Luca, juara Materchef US yang baru tu..tp mmg creamy Panna Cotta ni..RM4
Semua serve dalam box mcm ni..air pun serve dalam gelas pakai buang..


Carbonara RM9.90
Bolognese RM9.90
 
 
Call 017-2888658/019-2755444 atau website www.thesumbs.com.my
Makanan ok..harga pun boleh tahan murah..kedai baru..so space biasa je..nak buat jamuan mayb boleh call dulu nombor kat atas dan book tempat..tengah hari tak lalu makan nasi boleh g lunch sini..lain kali nak try chicken chop..nmpk menarik..xoxo

#Tutup hari JUMAAT
NolynQoid

05 December 2013

Banjir di Kuantan..Takziah dari Kami..

Assalamualaikum..

Banjir di Pantai Timur makin teruk..pagi td dengar di Sinar.fm..TNB maklumkan terpaksa putuskan bekalan elektrik secara berperingkat sbb nak elak kejadian tidak diingini..Yang terjejas teruk antaranya Kuantan dan Kemaman..Memang Pantai Timur akan banjir di hujung tahun kerana monson Timur Laut..tp tahun ni kira yang paling teruk..
 
 
 
Sy ada family di Besut..Toki..Wo..Ayah Su..ramai lagi..setakat ni tak dengar pula berita mereka kena banjir teruk..Takziah dr kami..Semoga tabah menghadapi dugaan maha berat ini..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Kawan-kawan di Pantai Timur khususnya..hati-hati dan semoga anda dilindungi..xoxo
#Update : Ayah Teh sy di Kuantan antara yang terjejas teruk kerana banjir..Besut sudah mula dinaiki air..

NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...