01 November 2013

Qoid Rafif Nak Masuk Sekolah Dah..

Assalamualaikum..

Dah masuk November.. Sekejapan je rasa..dan Qoid Rafif ada tempoh lebih kurang 2 bulan untuk berpoya-poya di rumah Onny sbb tahun depan nak masuk sekolah dah.. Sekolah main-main a.k.a makan-makan..So kami decide hantar dia dan Arianna sekali ke Little Chalips Seksyen 7. So lepas ni urusan menghantar dan mengambil 2 orang anak bertuah ni diserahkan seratus-peratus kepada Ayah dan Papa..Ibu n Mama siapkan pagi je..Hihi..
Masa isi borang rasa tak percaya..kejap je Qoid Rafif dah besar. Rancangan nak hantar Qoid Rafif ni dibuat sbb dia byk main..Biar g sekolah belajar sikit..At least dia tau sbb kat rumah memang kalau ajar..main-main..sbb Ibu ngan Ayah kot..so..mengada lebih..Yuran pendaftaran dalam RM1060. Termasuk bayaran bulan Januari 2014. Hari tu ms amik borang bayar deposit RM50 je..so..balance akan diselesaikan menjelang hujung tahun 2013.. Syukur juga sbb encik hubby dapat bonus sebulan gaji (ye..kakitangan Selangor yang beruntung)..So yuran ayah belanja :)

Bulanan RM250. Oklah..memang standard rate..Plan ke sini cuma smpi Qoid Rafif 5 tahun je..Masuk 6 tahun terus hantar ke pra sekolah. Pakai baju seragam sekolah yang bebetul punye..Nnti sy share rate yuran pendaftaran tu.. X ingat letak mana dah..

Selamat melangkah ke alam persekolahan dear Qoid Rafif dan Nur Arianna Hani.. Ibu takleh bayangkan apa akan terjadi kat sekolah tu dengan kehadiran korang..hihi..Tak sabar nak amik cuti awal tahun 2014 dan tengok anak-anak masuk sekolah..Encik hubby kata nanti Ibu yang nangis..Mungkinkah? Wait n see..ahaha..xoxo

NolynQoid

1 comment:

  1. Waaa Qoid dah nak masuk skolah dah. Hehehehe

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...