Detailed Scan @ UMRA, Shah Alam (3D Scan)

Assalamualaikum..

Hari ni nak share pasal Detailed Scan kat UMRA Shah Alam..Sy buat follow up check up kat 2 tempat..satu kat KK dan satu lagi kat UMRA. kat UMRA setiap kali check up mesti scan so encik hubby dan Qoid Rafif dapat tengok baby..

Masa buat check up untuk 18 minggu kalau tak silap, dorang dah setkan appointment untuk buat detailed scan (3D scan) pada minggu ke 22. lebih kurang usia kandungan 5 bulan. Masa ni dah nampak jelas tumbesaran baby terutamanya part muka, kaki dan tangan serta blood circulation dalam jantung, keadaan buah pinggang dan keadaan otak. Tapi semuanya tertakluk juga dengan ketentuan Ilahi kan..Kita cuma merancang dan sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa..

So, harga detailed scan di UMRA adalah RM180. Dapat satu CD yang ada gambar baby dan video pergerakan baby. Kalau nak dorang print gambar tambah RM5 sekeping. Masa pergi scan encik hubby tak ikut sbb sangkut kat JPJ Padang Jawa so dapatlah dia tengok baby bergerak kat rumah je..Itupun tak tengok lagi sbb x transfer gambar dan video lagi..

Seronok masa scan ni sbb sonographer (org yang scan) berbual ngan baby dan nampak excited..So..dptlah tgk baby berpusing, tutup muka, tgk keadaan bibir, keadaan injap jantung dan blood circulation dalam buah pinggang..Alhamdulillah semua ok..Dapat juga tgk jantina baby..hehe..itu tunggu baby Q keluar ah ye..So, tempek satu gambar baby Q..mana tutup tapi dah kelip-kelip..xoxo
NolynQoid

Comments

  1. Hehehehe tak sabo tunggu baby Q nie.

    Adik eka aritu scan camni dekat klinik private RM 100.00 termasuk CD video ngan gambo skeping.
    Semua kami masuk. hehehe. Sepatutnya bole tgok kat tv beso, tapi tv problem. So tgok kat screen scan tu je.

    Macam best je tgok dia kat dalam tu. Doc kata maybe pmpuan. Sebab tak nampak anu. Mula2 dah nak nampak, bulat je. Pastu tengok lagi skali dia tutup pulok.. Pastu dia asyik duduk dekat uri, pegang uri.

    Dapat dengar jantung dia, doc tunjuk bibir, tunjuk idung heheh..

    Semoga selamat semuanya nanti. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Eka..hehe...akak sdg bercaturan mau ke kenduri kamu di Slim River ke atau ke Seremban sahaja..hehe..nak jumpa Eka..hihi

      Delete
    2. Hehehehe datang dua2 pun dialu2kan hahah. Kalau nak rasa lauk2 perak, boleh dtg perak. Nak rase lauk n9, bole datang seremban. Kitorang punya kenduri selang dua minggu

      Delete
    3. hehe..Insya Allah..tgklah nanti..tp nti kalau tak larat nak tunggu Eka sanding akak serbu kat bilik je lah..hehe

      Delete

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Popular Posts