11 October 2013

Bulan Merah Jambu, Pap Smear dan Mamogram

Assalamualaikum..

Pagi tadi on the way dtg keje..dgr kat Sinar FM pasal mamogram dan kanser payudara..Actually Oktober dijadikan Bulan Merah Jambu ataupun bulan Kanser..especially kanser payudara..Dgr sedikit sebanyak tentang mamogram (pemeriksaan payudara utk mereka berumur 40 tahun ke atas). Lagipun peratusan pesakit mendapat kanser di Malaysia agak tinggi untuk kaum wanita..Dan kebanyakan kanser yang dihadapi oleh wanita adalah kanser rahim (serviks) dan kanser payudara. 

Sy ada sejarah keluarga menghidap kanser payudara..iaitu nenek tiri sy. Beliau pun dah buang sebelah payudara sewaktu kanser dikesan pada  tahap 2 kalau tak silap sekitar tahun 2003. Dan alhamdulillah, kerana keputusan awal tu, nenek sihat sampai hari ni dan tiada lagi sel kanser dikesan dalam tubuh.

Bercakap tentang kanser rahim (serviks), Pap Smear memang boleh membantu dalam mengesan kanser ini di peringkat awal. Pap smear boleh dilakukan kepada wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Sy dah 2 kali buat sepanjang tempoh selepas melahirkan Qoid dan Alhamdulillah keputusan baik. Takde sakitlah..cuma kena bersedia mental dan fizikal..lagipun nak ambil sample sikit je dr dalam vagina..mcm kena seluk time nak check bukaan vagina..yang penting relaks..prosedur tak sampai 10 minit pun..
Mamogram pula digunakan untuk mengesan kanser payudara dari peringkat awal. Mamogram dilakukan pada usia 40 tahun dan ke atas. Insya Allah cara ini akan mengesan sebarang ketulan atau tisu yang boleh menjadi kanser jika tidak dibuang atau dirawat. Mama dan Moksu sy dah buat mamogram dan dorang kata tak sakitpun..ala..kepit payudara kat mesin je..hehe..dan prosedur pun tak mengambil masa yang lama. Macam yang didengar pagi tadi di radio, mamogram dilakukan selepas 10 hari dr tarikh period sebab masa ni payudara dah tak sensitif terhadap sentuhan. Maklumlah kan..kalau period kan badan kita ni sakit-sakit, payudara bengkak so mamogram dilakukan selepas keadaan badan kembali normal..
Semua gambar sumber dr Google
So..jom jaga kesihatan sebagai wanita sebab kita kan istimewa..mcm-mcm nak buat..kalau kita tak sihat siapa nak jaga keluarga kan..Pencegahan awal lebih baik..tapi kuasa Allah juga lebih besar tapi ikhtiar sebelum mengalah..xoxo

NolynQoid

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...