31 October 2013

Bersalin di PPUM

Assalamualaikum..

UPDATE TeRKINI

Sepatutnya hari ni cuti nak buat check up kat PPUM tp PPUM sekarang dah ada prosedur baru.. Kena buat appointment dulu baru boleh buat check up dan booking bersalin kat sana.

Nasib baik sy call hari Selasa lepas tanya prosedur..dorang bagitau untuk mendapatkan tempat bersalin di sana dan follow up check up datang dulu amik borang dan set appointment untuk first check up..apalagi..sepantas kilatlah drive dr Klang ke PPUM Selasa tu nak amik borang dan buat appointment. Yang bestnya..Klinik antenatal PPUM dah x mcm dulu (masa bersalinkan Qoid)..Dah luas..selesa..x crowded..dan banyak kaunter. So urusan amik borang dan set appointment cuma memakan masa lebih kurang 15 minit. (gambar nanti sy amik ms first check up)

Kalau nak bersalin di PPUM ni memang ada booking..Kalau main terjah, risiko anda ditolak adalah tinggi. Kalau betul-betul nak bersalin sini, mereka akan set kita as patient yang akan deliver kat sini..Mcm Qoid dulu pun sy dtg booking awal seawal usia kandungan 5 bulan. Lepas tu..terus dorang setkan appointment untuk check up..Masa ni semua ujian akan dibuat semula..sbb maklumat dlm buku pink dr Klinik Kesihatan tu dorang rujuk je..tp untuk rekod dorang..dorang akan buat urine test dan blood test all over again..Minum air gula pun buat balik wlupun ada result dengan KK.

Masa pegi hari tu, dorang setkan tarikh 18 Disember 2013 utk sy first check up. Untuk sementara ni teruskan check up kat KK atau klinik swasta..Terpulang..tp mcm 2 3 kali keje kan..hihi..xpe..selagi kandungan ok xpela..

So..Disember tu akan amik cuti..Encik hubby pun sbb mungkin makan setengah hari gak..Ada yang tanya kenapa PPUM? Qoid Rafif dulu pun di sana..follow up check up semua kat sana..PPUM ni semua pakar ada mcm HKL. So..kami sekeluarga mmg decide ke sini utk elak ditendang ke sana sini bila kes takleh setel. Lagipun kos tak terlalu tinggi mcm hospital swasta lain..Sebagai kakitangan kerajaan..kami pakai GL je.. Jauh mmg jauh tapi redha je lah kan..almaklumlah Federal Hway during peak time atau non peak pun memanjang jammed..tp Alhamdulillah rezeki Qoid dulu nak bersalin..sakit pukul 3 pagi so pecut lah atas Federal tu sbb clear..harap-harap baby Q pun keluar time-time gitulah..senang ayah tak panik..hihi..

Baca juga Pengalaman Sy Di Sini

Bila dah start check up kat sana, sy share lagi. Kat bawah gambar perkara yang perlu dilakukan untuk first appointment nanti..xoxo
NolynQoid
 

34 comments:

  1. nak bersalin kat PPUM kena book dulu eh? on weekend dia bukak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kena book..ofis hour shj..8-5 monday to friday :)

      Delete
  2. Suami blh tman ke mse bsalin tu.. Klw kki tgn krajaan byran dy brpe plk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPUM suami tak boleh masuk labour room..all alone..kakitangan kerajaan cuma bawa GL..FOC..cuma mayb kena byr harga bilik..bergantung kepada keadaan lepas discaj

      Delete
  3. kak..tumpang tanye...sy kakitangan swasta dan kandungan wife sy da msk 6 bln...boleh x klu wife sy bersalin kat sne...n kne charge rm500 je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm500 deposit je..nti dah bersalin bil lain kena setel juga..tp setakat ni yg tau kos czer rm550.caj2 lain madih murah juga

      Delete
  4. sy kakitangan swasta dan kandungan wife sy da masuk 6 bln da selame ni checkup ngan klinik gov.. buku pink tu...klu sy nak wife sy bersalin kat ppum ni boleh ke? dan charge die rm 500 je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bwk buku pink KK tu dan deposit rm500.bil lain akn dicaj kemudian.tp still murah nk banding dgn swasta

      Delete
  5. bini sy masuk 9 bulan boleh berdaftar lagi kew??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pasti..cuba terus ke kaunter atau call PPUM terus

      Delete
  6. Maaf tumpang tanye..kalo dh check up kt ppum blh x kalo x yh check up kt KK?

    ReplyDelete
  7. Kalo kita dh check up kt ppum....boleh ke kalo stop check up kt KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah check up kt ppum blh stop check kat kk.tp pastikn mmg nk bersalin kt ppum.sbb rekod yg ada cuma kt ppum.klu emergency case x dpt rujuk hospital lain sbb buku pink x update.sy stop kt kk sbb mmg nk bersalin kt ppum

      Delete
  8. Sy kakitangan badan berkanun dan mempunyai GL. So maknanya xperlu la deposit 500 kan ? Masa daftar booking tu perlu apa2 payment x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, kalau ada GL tiada sebarang bayaran dikenakan. cuma selepas bersalin akan ada kos tambahan bergantung kepada jumlah hari tinggal di wad. macam sy, bayaran selepas bersalin adalah RM10. (ikut bil dan rawatan)

      Delete
  9. Assalam sis.. Masa nk amik borang daftar/booking tu perlu bwk ape2 doc ke? Atau masa 1st appointment br bwk doc yg di perlukn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumslm
      - masa amik borang, akan ditetapkan tarikh appointment yang pertama.
      - masa appointment pertama br bawak segala docs yang diperlukan dalam borang seperti gambar di atas..

      Delete
  10. Blh request doktor perempuan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg ada team..dlm team tu ada byk doktor..masa appointment..requestlah dr awal nak doktor wanita..dan keep asking..

      Delete
  11. Sis nk tny..kandungan bru 3bln..igt nk checkup & deliver trus kt ppum..awal2 mcm ni blh reg ke?blh x suami je dtg amik borg & bwt kn appoinment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah blh register.hubby blh g amik borang dan set appointment dulu.dia akan bg tarikh utk appointment pertama

      Delete
  12. salam. sy nak tanya sikit mungkin awk tahu mengenai maklumat utk bersalin di ppum. sewaktu kandungan sy berusia 20 mggu sy dh call ppum tanya prosedur nk bersalin. die just ckp dtg amik borg dan set app. tapi skrg kndungan dh 24 mggu nurse jawab. untuk anak no 2,3,4,6 dan seterusnya dorg terima kalau kita pernah ada sejarah penyakit jr. contoh kencing manis darah tinggi dll. kalau x de sakit dorg x amik. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan, kalau semasa puan call dan mereka kata dtg dan set appointment..maknanya mereka terima puan.utk kes sy kelahiran pertama pada 2010 sy ada kencing manis. masuk kandungan kedua pada 2013 pun ada kencing manis. tp taktahu pula ada peraturan begitu utk first timer..mungkin juga kerana jika puan disahkan sihat sepanjang kehamilan, risiko masalah ketika bersalin adalah zero..jadi puan boleh ke mana-mana pusat bersalin untuk bersalin.cuma nasihat sy, puan terus ke ppum dan amik borang serta set appointment..hanya dengan cr itu puan boleh dpt maklumat lanjut. melalui telefon mungkin ada percanggahan daripada org yang berlainan

      Delete
  13. terima kasih ya. sy dh hubungi semula PPUM. Benar ada percanggahan maklumat melalui tel. esok akan terus ke PPUM. terima kasih ya :)

    ReplyDelete
  14. Ade cntact number tk utk sy call ppum?

    ReplyDelete
  15. Assalam..sis nk tnya if sis tau ppum akn refund blk x duit reservtion yg 500 tu if kte xjd bslin kt sne? Sbb after dpkr2kn blk mcm kne blk bslin kt kmpung je.. my hsbnd kje swasta n dia xbleh on the spot tgglkn kje dia.. buat nye ttbe nk bslin awl sblm due dte kn,jnuh jgk nk drve tgh skt sorg2 g ppum tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumslm.rasanya blh minta balik.tp kena informlah puan x jd bersalin di situ.sbb duit rm500 tu utk belanja perubatan dan bersalin puan nti.cuba tanya masa g check up dn bgtau mereka

      Delete
  16. Salam sis, sy pon kerja gov jugak. masa book nk bersalin sana kena buat payment jugka ke?
    kalau tiap kali checkup dia akan beri time slip atau mc tak? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak book xde bayaran.
      tp kena bawa GL.
      time slip mmg bagi. tp MC bergantung kepada keadaan puan

      Delete
  17. Hi sis, nak tanya.. kandungan saya masih 2 bulan dan tiada buku merah. Sebab saya selalu check dkt klinik swasta. Boleh ker saya bukak buku dkt PPUM terus kalau saya nak buat appointment kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh puan.
      PPUM ada buku sendiri.
      cuma pastikan puan mmg nak bersalin di sana.

      Delete
  18. Salam. Nak tanya. Kalau lahir luar nikah kt ppum, ada jkm akn dtg x? Plus ibu remaja. Maaf brtanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa itu standard procedure untuk kelahiran begini.
      Setiap hospital kerajaan perlu melapor kepada KKM dan JKM.

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...