31 October 2013

Bersalin di PPUM

Assalamualaikum..

UPDATE TeRKINI

Sepatutnya hari ni cuti nak buat check up kat PPUM tp PPUM sekarang dah ada prosedur baru.. Kena buat appointment dulu baru boleh buat check up dan booking bersalin kat sana.

Nasib baik sy call hari Selasa lepas tanya prosedur..dorang bagitau untuk mendapatkan tempat bersalin di sana dan follow up check up datang dulu amik borang dan set appointment untuk first check up..apalagi..sepantas kilatlah drive dr Klang ke PPUM Selasa tu nak amik borang dan buat appointment. Yang bestnya..Klinik antenatal PPUM dah x mcm dulu (masa bersalinkan Qoid)..Dah luas..selesa..x crowded..dan banyak kaunter. So urusan amik borang dan set appointment cuma memakan masa lebih kurang 15 minit. (gambar nanti sy amik ms first check up)

Kalau nak bersalin di PPUM ni memang ada booking..Kalau main terjah, risiko anda ditolak adalah tinggi. Kalau betul-betul nak bersalin sini, mereka akan set kita as patient yang akan deliver kat sini..Mcm Qoid dulu pun sy dtg booking awal seawal usia kandungan 5 bulan. Lepas tu..terus dorang setkan appointment untuk check up..Masa ni semua ujian akan dibuat semula..sbb maklumat dlm buku pink dr Klinik Kesihatan tu dorang rujuk je..tp untuk rekod dorang..dorang akan buat urine test dan blood test all over again..Minum air gula pun buat balik wlupun ada result dengan KK.

Masa pegi hari tu, dorang setkan tarikh 18 Disember 2013 utk sy first check up. Untuk sementara ni teruskan check up kat KK atau klinik swasta..Terpulang..tp mcm 2 3 kali keje kan..hihi..xpe..selagi kandungan ok xpela..

So..Disember tu akan amik cuti..Encik hubby pun sbb mungkin makan setengah hari gak..Ada yang tanya kenapa PPUM? Qoid Rafif dulu pun di sana..follow up check up semua kat sana..PPUM ni semua pakar ada mcm HKL. So..kami sekeluarga mmg decide ke sini utk elak ditendang ke sana sini bila kes takleh setel. Lagipun kos tak terlalu tinggi mcm hospital swasta lain..Sebagai kakitangan kerajaan..kami pakai GL je.. Jauh mmg jauh tapi redha je lah kan..almaklumlah Federal Hway during peak time atau non peak pun memanjang jammed..tp Alhamdulillah rezeki Qoid dulu nak bersalin..sakit pukul 3 pagi so pecut lah atas Federal tu sbb clear..harap-harap baby Q pun keluar time-time gitulah..senang ayah tak panik..hihi..

Baca juga Pengalaman Sy Di Sini

Bila dah start check up kat sana, sy share lagi. Kat bawah gambar perkara yang perlu dilakukan untuk first appointment nanti..xoxo
NolynQoid
 

30 October 2013

Wordless Wednesday #62

Assalamualaikum..
 
 
Share pasal anak-anak sbb ini saja penenang jiwa..Kuah kari ayam nak bawak bekal ke opis tumpah bertaburan kat lantai pagi tadi..Encik hubby kata ada hikmah mungkin kalau makan kuah kari tu sakit perut..Alhamdulillah ada rezeki lain (mama belanja tosai Rawa)..Erk..dah tak wordless dah..xoxo

NolynQoid

28 October 2013

Preloved Item

Assalamualaikum..

Nak buat preloved.. Sbb baju masih elok, takde koyak, x turun warna. Pakai masa tunang dan nikah :)
Memang tak  muat dah..Encik hubby tanya takkan xnak simpan mana tau badan turun balik mcm dulu..ahaha..na mungkin hei..so..nak letgo murah2 sbb masih cantik.

Tp untuk size sy boleh dianggap S atau XS. Utk size hubby size M.
Baju Melayu Size M. SOLD
 
Kebaya Coklat RM100 (nego) size S-AVAILABLE
Kebaya Pink RM80 (nego) SOLD
Berminat emel ke nolyn_1509@yahoo.com. xoxo

NolynQoid

27 October 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..
Selamat Pengantin Baru adik along..sorry x dpt tunggu..weeding bertempat kat Pulau Indah.hujan turun tanda rahmat. nasi putih kena pula ngan ikan masin lemak nenas yg heaven gila..ayam goreng,ulam dan sambal belacan yg tiptop.Dear Umiey, semoga bahagia smpi syurga..amin.xoxo

Nolynqoid

25 October 2013

Diana Amir Bergelar Isteri

Assalamualaikum..
tahniah buat Diana Amir dan suami. Barakallah..semoga smpi Jannah.xoxo

Nolynqoid

24 October 2013

Check Up KK @ 20 Weeks..

Assalamualaikum..

Semalam antara malas dan rajin g lah gagahkan diri jejak Klinik Kesihatan buat check up 20weeks.. Dtg lambat dalam pukul 11 mcm tu sbb ms tu dah tak ramai orang..Acara wajib confirm kena amik darah dan urin. Tunggu tak lama lah kalau pegi time tu..Smpi kol 11 lebih dlm 15 minit dah panggil amik darah..Tunggu 10 minit dah panggil amik BP.

Keseluruhan semalam berat ok..Naik 2 kg utk sebulan (0.5kg seminggu)..darah ok..HB ok..so..xyah makan iron tablet bagai..Tak pasal-pasal sbb dulu mengandungkan Qoid ada GDM nurse suh dtg balik minggu depan minum air gula..nyampah..tp bagitau nurse..xpe..next week sy g menyerah diri minum air gula kat PPUM sbb plan nak bersalin kat sana macam Qoid dulu..So..next week kena amik cuti sbb ofis ni bengong sikit bab check up ni..baik amik cuti dr bertekak ngan bos..

Tapi mulut dah 3 hari tak rasa apa..semua deria rasa takde..kebas semacam..malas nak citer ngan nurse sbb mcm-mcm ujian kena buat..makan apa pun tak rasa..perut tak kenyang..hmm..2 3 menjak ni pun Maghrib kat luar sbb nak terus makan then balik rehat kat umah..Malam tadi Qoid ajak lepak mamak..Tak sempat amik gambar..Amik Insta Video je..Itupun x dpt post sbb tenet mcm tut.....

Hari ni byk keje nak disetelkan. try setelkan segala tok nenek filing sblm cuti panjang..ahaha..padahal ada lah dlm 4 bulan lagi baru cuti panjang..tp sy nak meja sy clear sblm cuti..hehe..nti nak share citer Qoid..ada masa nti..xoxo

NolynQoid

22 October 2013

Kelly Clarkson dah Kahwin..

Assalamualaikum..

Ntah apa mimpi hr ni smpi 2 kali update..sbb nak share gambar-gambar cantik je..Ni Kelly Clarkson yang nyanyi lagi Because of You dah kawin..Cantik kan..Minat lagu dan suara dia tapi takdelah smpi beli album..Tengok gambar lah..
 
 
 Gambar semua dr FB Kelly..xoxo

NolynQoid

Kate Middleton dah kurus!

Assalamualaikum..

I is jarang sgt update pasal artis ke apa ke..tapi saje nak share gambar Kate yang terbukti boleh kurus lepas bersalin..Apa dia buat ye..nanti Google dan cari jawapan..lepas bersalin ni boleh buat..hihi
 
 
Tq Yahoo News..xoxo

NolynQoid

18 October 2013

Rezeki Milik Allah Jua

Assalamualaikum..

Baru bersiaran sebab seminggu ni anak bertuah Qoid Rafif tak sihat..Batuk, demam, selsema dan Ibu kena amik cuti dok berkurung dalam rumah..Alhamdulillah hari ni dah sihat dan dah ikut Tok Ayah dan Onny jalan-jalan..Kebetulan Onny n Tok Ayah beraya kat kampung sbb Tok Ayah masuk korban kat sana..Kali ni giliran encik hubby so..beraya kat Klang je lah..

Pagi raya masakkan MIL masak lodeh, kuah kacang ngan sambal udang..Then beraya ke umah nenek..Habis 1 hari raya dok lepak je..tak kemana pun..MIL pun tak masuk korban memana tahun ni..Takdelah kami pergi menengok lembu korban..tambahan pula cuaca tak sihat..Qoid pun tak sihat..Ibu mengandung apatah lagi..

Sepanjang tak ke opis mcm-mcm hal..tapi sy tertarik nak kongsi sesuatu dari kak Neena :

`Rezeki itu bukan di tangan manusia tetapi rezeki itu datangnya dari Allah! kalau kite rasa takot pada manusia dgn beranggapan yg rezeki kite akan terjejas hanya kerana menegakkan kebenaran... maka kite boleh jatoh Syirik kerana secara tidak sedar yg kite telah percaya pada kekuasan manusia dlm memberi rezeki dan bukan nya percaya pada kuasa Allah!
Insyallah.. seandainya kite teraniaya, Allah pasti menjanjikan sesuatu yg berharga buat kite satu hari nanti!'
Nice qoute sbb kalau bukan kita yang menegakkan kebenaran siapa lagi kan..kebenaran utk diri sendiri dan pastinya untuk orang lain yang tak mampu..Jangan biar diri kita ditindas..dan jangan takut dalam menegakkan kebenaran...xoxo
 NolynQoid 

12 October 2013

Isu Kahwin Aeril dan Wawa Zainal

Assalamualaikum..
Isu kahwin Aeril dan Wawa Zainal yg hangat..again,pendapat peribadi sy, syukur Alhamdulillah sbb mereka dah bernikah.kenalah faham rukun nikah kan.lengkap semuanya, maka sahlah pernikahan itu.cuma di Malaysia ni pernikahan perlu didaftarkan.kesilapan mereka cuma x mendaftar dan sepatutnya dikenakan denda. mcm nikah kat sempadanlah..cukup2lah komen yg tak berapa bijak yg ada..media Malaysia especially wartawan hiburan Msia ni suka sensaikan cerita dgn soalan bukan2. x pk ke kalau soalan tu berbaur fitnah..kan ke x elok. yang penting, doakan yg baik2 utk mereka. syukur sekurang2nya mereka menjauhi zina..
Buat Aeril dan Wawa..semoga bahagia sampai Jannah. Xoxo

Nolynqoid




ohartis-gambar-nikah-aeril-zafrel-wawa-zainal-2

11 October 2013

Bulan Merah Jambu, Pap Smear dan Mamogram

Assalamualaikum..

Pagi tadi on the way dtg keje..dgr kat Sinar FM pasal mamogram dan kanser payudara..Actually Oktober dijadikan Bulan Merah Jambu ataupun bulan Kanser..especially kanser payudara..Dgr sedikit sebanyak tentang mamogram (pemeriksaan payudara utk mereka berumur 40 tahun ke atas). Lagipun peratusan pesakit mendapat kanser di Malaysia agak tinggi untuk kaum wanita..Dan kebanyakan kanser yang dihadapi oleh wanita adalah kanser rahim (serviks) dan kanser payudara. 

Sy ada sejarah keluarga menghidap kanser payudara..iaitu nenek tiri sy. Beliau pun dah buang sebelah payudara sewaktu kanser dikesan pada  tahap 2 kalau tak silap sekitar tahun 2003. Dan alhamdulillah, kerana keputusan awal tu, nenek sihat sampai hari ni dan tiada lagi sel kanser dikesan dalam tubuh.

Bercakap tentang kanser rahim (serviks), Pap Smear memang boleh membantu dalam mengesan kanser ini di peringkat awal. Pap smear boleh dilakukan kepada wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Sy dah 2 kali buat sepanjang tempoh selepas melahirkan Qoid dan Alhamdulillah keputusan baik. Takde sakitlah..cuma kena bersedia mental dan fizikal..lagipun nak ambil sample sikit je dr dalam vagina..mcm kena seluk time nak check bukaan vagina..yang penting relaks..prosedur tak sampai 10 minit pun..
Mamogram pula digunakan untuk mengesan kanser payudara dari peringkat awal. Mamogram dilakukan pada usia 40 tahun dan ke atas. Insya Allah cara ini akan mengesan sebarang ketulan atau tisu yang boleh menjadi kanser jika tidak dibuang atau dirawat. Mama dan Moksu sy dah buat mamogram dan dorang kata tak sakitpun..ala..kepit payudara kat mesin je..hehe..dan prosedur pun tak mengambil masa yang lama. Macam yang didengar pagi tadi di radio, mamogram dilakukan selepas 10 hari dr tarikh period sebab masa ni payudara dah tak sensitif terhadap sentuhan. Maklumlah kan..kalau period kan badan kita ni sakit-sakit, payudara bengkak so mamogram dilakukan selepas keadaan badan kembali normal..
Semua gambar sumber dr Google
So..jom jaga kesihatan sebagai wanita sebab kita kan istimewa..mcm-mcm nak buat..kalau kita tak sihat siapa nak jaga keluarga kan..Pencegahan awal lebih baik..tapi kuasa Allah juga lebih besar tapi ikhtiar sebelum mengalah..xoxo

NolynQoid

10 October 2013

Popeyes Sunway Pyramid

Assalamualaikum..

Ok..ni penangan Cik Eka yang dok update makan kat Popeyes, buat sy tertanya-tanya betul ke sedap ni..sebab macam best..pernah lalu depan Popeyes kat Sunway Pyramid tapi xde hatilah nak menyinggah..tp sejak si `Q' ada, teringin je confirm encik Hubby carikan..ahaha..TQ syg!
 
Ayam is juicy..lebih sedap dr KFC wlupun amik bahagian kepak yang mmg berisi tu kan..coleslaw nyummeh..mash potato Ya Allah marveles..hihi..Sy tertarik dengan mash potato sbb Cik Eka kata best!
Oklah kan harga macam ni..mkn KFC pun mau dekat RM30....tgk tarikh 14 Sept..mmg entry basi..hihi
Nak try boleh g Sunway Pyramid..Tu yang nearby ngan kami lah..tempat lain yang ada Popeyes boleh check kat Popeyes..happy dining..xoxo

NolynQoid

08 October 2013

BBQ..

Assalamualaikum..

Actually buat BBQ sempena birthday Ayeed..Kesian dia birthday kena time PMR..so celebrate kat belakang umah je..buat BBQ di tengah hari Ahad.. Mama yang perap ayam, udang, sotong and ikan..Then buatkan sambal air asam..MakNgah buat sambal kicap kaw..and sy buat lasagna..1st attempt dan berjaya..tetiba rasa nak meniaga lasagna..Boleh? hehe..
Inilah 2 orang yang paling happy sebab dapat main kat belakang umah time panas terik..actually taklah panas sgt sbb ada banyak pokok..siap bentang tikar n pasang khemah lagi..
Ayah yang hidupkan bara then PakNgah tolong jaga..
Ni PakChik jaga..Pakchik is sexy..so..dpt gambar tangan je..
Birthday Boy yang release tension ngan makan `lazatnye' (bak kata Yana) dengan banyaknya..Sedap ye Along masak :p
Lama sebenarnya tak buat BBQ..tu request buat..dah tu semua free tengah hari Ahad je..jadilah dr tak buat kan..Alhamdulillah semua ada..dapatlah berkumpul wlupun ada orang tak tahan panas..Anak omputih betul..ekeke..xoxo

~Baru balik amik borang tadika Qoid...oh anakku sudah mau masuk sekolah? huhu~

NolynQoid

03 October 2013

Bawa Anak-Anak Main Pasir

Assalamualaikum..

Actually entry lama.. sempena birthday sy dan adik Julai lepas..kami ke Port Dickson..Saje bawa anak-anak jalan-jalan..Menginap di Glory Beach Resort. Amik apartment 2 bilik je..Oklah untuk menginap 1 malam. Penuh PD masa tu sbb itu minggu last sebelum puasa..
Yang seronok confirmlah dorang berdua kan..
Mandi pool ngan ayah..
Kami pergi ni hari Sabtu dan Ahad dah balik..Ahad malam..Paklang nak belanja makan steamboat n grill..so kami pegi Q-Thai Steamboat & Grill kat Laman Seri Business Park..Sekepala cas RM29++ kalau tak silap..huhu...lama dah punya cerita..so tak ingat..
Tq Paklang
Ada cerita PD lagi..bilalah baru boleh upload..hehe..senang pegi PD sebab dekat tp makan kat PD tak berapa bestlah..biasa je..Second time pegi baru ni sempat makan Sup Power..nak sy update k..xoxo

NolynQoid

02 October 2013

Jobdirumah.com

Assalamualaikum..

Baru berjinak-jinak..saja tambah income.Nanti boleh cerita lanjut..
NolynQoid

Wordless Wednesday #60

Assalamualaikum..
 Wishlist 1 selesai..TQ Mama..

~Salam takziah utk Moksu Suzila sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta..Al-Fatihah~

NolynQoid

01 October 2013

Happy Birthday Ayeed..

Assalamualaikum..

Hari ni besday Ayeed..dan esok dia dpt hadiah yang best..PMR..ahaha..so all da best my lil bro..Insya Allah semuanya dipermudahkan..

(Gambar pakai Iphong je)
 
 
Semalam ma masak bihun goreng buat minum petang dan RV cakes utk celebrate..Memandangkan permintaan mak buyung a.k.a sy lebih penting..(ahaha)..Ahad nanti baru celebrate besar sikit. Buat BBQ..sbb dah lama tak buat..

To Ayeed.. happy birthday..Semoga panjang umur..murah rezeki..dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berjaya seperti yang diimpikan..Make us proud! xoxo

NolynQoid..

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...