27 September 2013

Yang Pertama

Assalamualaikum..

Share dari FB. Betul juga kata si empunya entry..Orang pertama cipta telefon kenal tp yang pertama tulis Bismillah tak tau..Buatnya si Qoid buat-buat soalan Pop Kuiz esok lusa dah sekolah..kan ke jenuh tu nak menjawab..Jom share :)

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :  
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :  
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :  
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :  
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :  
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :  
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :  
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :  
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : 
Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam :  
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW :  
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :  
Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
 Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :  
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :  
Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:  
Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :  
Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW :  
Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :  
Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : 
Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :  
Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :  
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:  
Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 
Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :  
Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :  
Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :  
Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :  
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :  
Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :  
Nabi Muhammad SAW.
 
Ada  juga yang sy tak tahu..xpe..berkongsi..xoxo

NolynQoid

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...