02 August 2013

Disapa Orang Tidak Dikenali

 
Serious cakap..sejak akhir-akhir ni rasa takut pula duduk kat Malaysia ni..yes masih aman takde perang bagai tp kes jenayah hari-hari berlaku..terbaru isu tembak..senang je..tak puas hati tembak..kena hati-hati je sekarang..nak kemana-mana pun takleh sorang-sorang..tp bila nak keluar bekerja tu takde pilihan..kena g asing-asing ngan hubby sbb arah berlainan..Semalam je terserempak dengan orang tak dikenali di bank..Ceritanya begini :

Belah petang lepas balik keje,singgah Ambank Klang utk bayar kereta..selesai bayar kereta..masuk kereta..lock dan on enjin..pastu pandang kiri nampak seorang lelaki Melayu rambut blonde melambai-lambai panggil sy..then dia dtg ketuk tingkap kereta..dlm hati risau tp tetap juga buka tingkap dlm 2 inci je..untuk dgr suara dia..

Lelaki itu : Kak, akak tinggal mana?
Sy : Kampung Kuantan..
Lelaki itu : Kat mana ye tu?
Sy : Eh, awak nak apa ni..(nada sy dah keras sikit)
Lelaki itu : Mcm ni kak..kereta sy sebenarnya habis minyak....
Sy : Tu kan stesen minyak..(BHP sebelah kanan sy dalam 10 langkah)
Lelaki itu : Ye..tapi sy tak bwk kad ATM..Sy nak balik Shah Alam..xde duit langsung..nak isi minyak kete..
Sy : Abis tu nak berapa? (dlm wallet tinggal RM90) sambil tgn sy menghulur RM20 sekeping..
Lelaki itu : nak isi minyak balik Shah Alam..akak bagilah RM50..

Dengan rela hati sy bagi RM50..manalah tau masuk duit tol semua..cukuplah untuk dia beli apa-apa on da way dr Klang ke Shah Alam sebab biasanya jammed..Pastu sy bersedialah nak tutup tingkap..tapi :

Lelaki itu : akak bagi no fone akak dan no akaun..nti sy ganti balik duit..ataupun kita jumpa kat sini esok..
Sy : erm..awak bagi no fone awak..(kat tangan dia ada handfone)

Lepas dia bg no..sy terus call dan dapat..mmg no dia..tp dok terfikir-fikir nak bagi no akaun ke tak..

Lelaki itu : Kak..sy ingat..klu sy isi minyak ni pastu patah balik Shah Alam amik ATM kad..x cukup..sbb sy nak pegi bazar Ramadhan kat Klang ni..Boleh tak akak bagi RM100..
Sy : (start pelik..apa kejadahnya ko ni dah balik Shah Alam nak patah balik Klang semata-mata nak pegi bazar Ramadhan..Apa kat Shah Alam tu takde bazar ke?) 
Sorilah..itu je yang sy ada..sy baru je bayar kereta..xde duit dah..
Lelaki itu : (muka kelat)..xpelah kak..nti bagi no akaun sy ganti..

Terus sy tutup tingkap dan beredar..dlm hati fikir macam-macam tapi hari baik bulan baik..bersangka baiklah sy..end up sy decide xnak bg no akaun sy kat dia..anggaplah itu bantuan sy untuk dia..entah esok lusa sy pula yang habis minyak dan takde duit langsung..manalah tahu kan..ataupun ntah adik-adik sy ditimpa masalah mcm tu..

Nak bersangka tak baik pun boleh juga untuk jadi orang yang lebih berhati-hati..yang penting sy selamat..

Tp mama pula ada cerita berlainan..sbb dr pagi semalam ada budak yang dtg ke rumah dan minta jelaskan pembayaran sistem alarm yang kami pakai..padahal baru je buat payment kelmarin...Mama musykil tp tak buka pintu pun..semua thru window..pagar mmg berkunci..Mama bagitau dia..klu nak payment tunggu hujung bulan sbb baru je buat payment..Lepas call Abg Lang..abg Lang forward no fone company tu..Mama call dan dimaklumkan..mereka tak pernah hantar orang untuk collect duit kat rumah..semua thru system..So..dorang nasihatkan..jgn bagi apa-apa dan jangan bagi dorang masuk..suruh report polis tp report polis pun xde makna kot..hihi..polis kata takde kes..so..kami kena beware sendiri..

Untuk readers especially ladies..hati-hati..kita dilihat mangsa mudah tp sy tau kita mampu mengatasi masalah ni kalau tidak panik dan bersedia..safe and beware..xoxo

NolynQoid

4 comments:

  1. ya Allah... takutnya.
    sama2 kita sentiasa beringat. dan semoga Allah bagi sebaik2 perlindungan. akak skrg tiap kali nak kluar rumah akak selawat dan baca Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim (Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui).

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sharing Kak Ina..mama pesan..sblm keluar bc ayat Kursi dan Al-fatihah..semoga kita terus di bawah perlindunganNya

      Delete
  2. Ya Allah.so awak bg duet kat dye? baiknya awak.rara dh kena gak.tp rara mmg x bagi.trus blah.takut gila taw,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..balik umah citer ngan family ada yang marah ada yang diam je..hihi..hubby kata kena pukau ke? hikhik..taklah..sy sedar..xpelah..rezeki dialah duit agaknya..

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...