19 July 2013

Isu Ashraf Muslim Kahwin Lagi...

 
Ok..isu ni yang tgh hot skrg..BTW sorry lama tak update sbb sepanjang Ramadhan ni aktiviti agak berkurangan..pegi keje..balik umah Mama atau MIL berbuka..then malam rehat..rutin yang sama..Encik hubby nak exam so..takde kemana..Kalau iftar kat luar pun takde mood nak amik gambar bagai dan buat post..huhu..

Berbalik kepada isu Ashraf Muslim-Dayana-Sakinah..masing-masing ada pendapat peribadi..Sebagai wanita of coz sy rasa agak terkilan dengan apa yang dilakukan sang suami..tambahan pula sebab musabab berkahwin lain tu agak tidak munasabah dan sukar diterima..Ada juga orang yang dah kahwin 6 7 tahun masih tak dikurniakan cahayamata tapi syukur masih bersama setia..tp itu semua kan kehendak Ilahi..

Dan di laman FB dan blog berlegar puisi nukilan Dayana yang dikatakan ditulis oleh Dayana sendiri tp sy tidak pasti samada sumbernya benar atau tidak..terpulang untuk menerima dan mempercayai..tp siapalah kita untuk menjadi hakim dalam rumahtangga mereka..Komen-komen di FB dan blog mungkin boleh menambah luka di hati Dayana atau mungkin juga melukakan hati seorang lagi wanita iaitu Sakinah..Maaf..ini pandangan peribadi..Sy tidak minta anda setuju atau tidak..

Jika sy sendiri..berdepan dengan dugaan ini..tidak pasti bagaimana sy bertindak atau menerima..Allah Maha Hebat dalam setiap perancangan..Maha Tahu dalam setiap keadaan..Dia yang mengatur perjalanan hidup kita dan jangan sesekali lupa bahawa Jodoh, Ajal dan Maut sudah tertulis sejak di Loh Mahfuz lagi..Kita hanya merancang dan Allah yang Maha Menentukan..
Allah Saja Yang Tahu....
 Bersangka baik di Ramadhan Barakah..xoxo

NolynQoid
 

10 comments:

  1. yg rara pertikaikan skrg,kalo sbb nk anak sgt.KENAPA sampai kena kawen kat thailand?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Rara..tp kita taktahu masalah yang dihadapi Ashraf..Terbaru video bapa mertua dia terkilan dengan Ashraf..tp mungkin Ashraf terpaksa ke Thailand kerana dia ketua kepada keluarganya (dan mungkin mengelak zina drpd berlaku)..dan khabarnya Dayana seorang yang taat..Ini yang jadi masalah bila MIL, FIL or even our own parents mempunyai pandangan masing-masing dlm rumahtangga anak-anak..Mungkin anak-anak redha tp kerana pandangan pandangan umum ni..mengeruhkan keadaan...erm...

      Delete
  2. hurm sama dgn Linda jugak, as a wife/women of coz akak pon kecewa. berat kite yg melihat, berat lagi mereka yg menanggung. betul, walopun alasan ahsraf tu mmg tak boleh diterima pakai (even die rase hak/logik) tp jika berbalik kepada ketentuan Allah, xde sape dpt menandinginya. berdoalah agar mereka sentiasa berada ditempat yg benar. InsyaAllah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Nisah..amin..semoga ada jalan lebih baik utk kesemua mereka..Insya Allah

      Delete
  3. Hai Lynda Che Lah, nice blog.....good writing.

    ReplyDelete
  4. mmmm.susah la nak komen bab ni. jngan la dijadikan itu sbgai alasannya.
    kalau bab anak, ciksu pon terasa la juga kan.ye la dah nak masuk 6tahun ni tp ALLAH masih lagi menguji.huhu

    macam mana kalau Allah nk uji ashraff. dia nikah dgn sakinah ttap tiada zuriat.

    adakah akan muncul insan ketiga pulak yg mengatakan kenal ashraff sebelum beliau berkahwin dgn dayana dan sakinah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 kan ciksu..harap bertemu jln bahagia utk semua..kita xtau keadaan sbnr..erm...

      Delete
  5. Susah nak cakap bab ni. mereka bertiga punya masalah kan. Tak boleh masuk campur. Tapi sebagai wanita. Memang kita dapat rasa apa yang Dayana rasa.

    Akak, jap nak tanya, suami akak study ukm ke? sama ngan tunang eka rasanya. Dia panggil suami akak, abg long. ekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..hubby kat ukm..abg longlah sgt..ekeke..
      isu ni sbnrnya hal dlm kainlah eka..media malaysia suka bikin huru hara..ermmm..

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...