28 June 2013

Selesai..

 
 Selesai exam untuk tahun ni...sejak Selasa-Khamis merempit g amik exam kat Jalan Ampang..Tunggu je lah result kan..hehe..Jawab mmg boleh jawab..lulus tu tak pasti..tp Insya Allah..ada rezeki..adalah kan..
Special thanx to Encik Hubby yang rajin hantar I g Jalan Ampang tu..even boleh drive tp takmo pening cr parking dan hadap jem..xoxo

NolynQoid

24 June 2013

Mungkin Alam Mula Bosan.......

 
Credit to mohamadazhan.com

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Ebiet G. Ade Berita Kepada Kawan

 Mungkin...

Jerebu makin teruk..hujan dah lama tak turun..semoga kita mendapat rahmat dan hidayahNya daripada peristiwa ini...
credit to sunnahnabi.blogspot.com
Wallahuaklam..semoga segalanya pulih seperti sediakala..amin..
Jaga diri..Byk minum air..Kurangkan aktiviti luar jika boleh..xoxo

NolynQoid

22 June 2013

Tahniah Poksu!

 
Source gambar FB mama
Tahniah to Poksu Ayeed untuk Anugerah Kecemerlangan 2012 pagi ni..Mama inform semalam kalau tak silap but sorry sebab Along kene keje..ahaha..Sapa kata orang gomen keje Isnin-Jumaat je..Sy setiap Sabtu masuk keje..adoi..

Teruskan usaha semoga tahun ni PMR dapat A semua dengan jayanya..Boleh jadi Best PMR Student next year..We are proud of you!

NolynQoid

21 June 2013

Terpanggil Untuk Berkongsi...

 
Susah sy nak menaip sebenarnya..sebab mungkin sy ada khilaf yang sy sendiri tidak pasti dan nampak..cuma sejak akhir-akhir ni sy terganggu sedikit dengan status teman-teman di FB..tambahan pula teman-teman wanita yang sy sayang..Tp mungkin sy terpanggil pagi ni untuk berkongsi..

Dear my beloved frens...Pls..jgn share status yang sebenarnya :
  • merugikan kita..
  • menampakkan aib kita..
  • menampakkan sifat bongkak dan bangga diri..(tanpa sedar)
  • menampakkan masalah dalam rumah tangga..
  • menunjukkan rasa tidak senang/tidak puas hati dengan orang lain
  • membuka pekung di dada (sebaik-baik org adalah yang menutup aibnya sendiri)
  • membuatkan sahabat maya lain bercakaran sesama sendiri
  • membuatkan orang rasa cemburu dengan kita
  • membuatkan orang lain melihat aurat kita yang sah milik suami shj (secara sedar atau tidak sedar)
  • berhias untuk dilihat oleh orang lain selain suami di FB
Ye..dulu sy jahil..kejutan FB mungkin..ada juga status marah dan geram di FB..tp sekarang kalau rajin..sy scroll balik dan delete semua tu..Takkan selamanya mahu jahil..Sy tidak baik tapi sy berusaha menjadi baik..menjaga maruah suami sy..mama dan ayah sy..juga menjaga maruah sy sebagai ibu kepada seorang cahayamata..Payah..memang payah..sy mula labuhkan tudung dan sesetengah teman menegur (dengan cara negatif)..Tapi sy cuma senyum dan semoga mereka juga menerima anugerah mcm sy..Alhamdulillah..ada teman-teman yang sudah mula melabuhkan tudung..permulaan yang baik..Susah sebenarnya untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi tabu dlm kehidupan..Sy tidak baik tapi sy berusaha menjadi lebih baik dan doa sy juga untuk teman-teman..Maafkan sy klu jelas khilaf sy pada anda..Tegurlah sy jika sy masih silap..Berkongsi dengan sy pandangan dan pengalaman anda..xoxo

NolynQoid

18 June 2013

Tabik Spring Utk Surirumah Semua!

Ok..sy bercuti sehingga hari ni sbb mama n ayah balik kampung tengok Toki yang tak berapa sihat..Cuti bukan saje-saje..Cuti jaga anak sendiri dan anak buah..Jaga adik-adik juga even dorg dah besar panjang.. Senang cakap jadi surirumah sepenuh masa..Bangkit tido subuh..keje non stop smpi tengah malam..

Ye..sy seorg wanita yang bekerja..kdg2 klu hari bekerja..bangun pagi semata-mata untuk solat Subuh..iron baju..then siap dan terus pegi keje..huhu..xde fikir nak breakfast sebab kejar masa..takut jalan jem..dan satu hari duduk kat ofis.. 

Berlainan bila duduk kat rumah ni..Rutin harian bukan 8 to 5 tapi 6 to 12 midnite..Dari bangun Subuh..masak air..mandi..buat breakfast..iron baju..kejutkan semua orang..buat air..basuh pinggan/periuk/botol susu..isi air dalam  bekas minum..serve org breakfast..tgk org pegi sekolah/keje..basuh baju guna washing machine..anak-anak nak susu..mandikan anak-anak..breakfast utk anak-anak.layan FB/blog kejap..sidai baju..defrost lauk nak masak..layan anak-anak bergaduh..anak-anak nak susu..masak makanan tengah hari..basuh pinggan/periuk yang bertimbun balik..mandikan anak-anak tengah hari..solat Zohor..tidurkan dorang..layan Korean drama jap then tertido sekejap..bangun Asar then buat minum petang..angkat baju kat ampaian..mandi petang anak-anak..Fikir nak masak apa untuk dinner..Layan drama kejap..solat Maghrib..masak makan malam..serve makan malam..basuh pinggan/periuk kalau rajin..dok depan TV sambil lipat kain/baju..masak air sbb stok air dah habis..refill termos..tidokan anak..check pintu rumah..Semua ni berlaku dari jam 6 pagi ke 12 tgh malam..Dan sy rasa kebanyakan surirumah melalui proses ini..Rutin..

So..mmg saya tabik spring pada surirumah sepenuh masa yang memang tabah dan sabar menjalankan rutin harian ni..Bila fikir balik mmg seronok duduk rumah macam ni..takde dateline nak kejar..takde jumpa orang yang menyakitkan hati..hehe..tenang je..tapi mungkin masanya belum tiba..Encik hubby pun kata mcm relax macam ni..Kalau tak pagi-pagi kelam kabut..Ok..boleh nak dok umah..tp elaun yang kita bincangkan tu jadi ye..kehkehkeh..

Lagi satu..bercuti tak semestinya rehat kan..so..x payahlah bos sibuk nak tanya sy cuti  buat apa..bukan sy terbaring dr pagi smpi malam..ada je benda nak buat..lagipun..bukan selalu dapat cuti dan enjoy kehidupan..yes..this is life..dari sudut dan pandangan yang berbeza..xoxo

NolynQoid...

17 June 2013

Jerebu Melanda Negara Semula..

Patutlah sejak seminggu ni kesihatan agak tidak memuaskan..dengan  tekak kering..batuk..selsema..makan ubat dah berkali-kali pun still tak baik..cuaca mcm mendung tapi bahang yang amat... cakap ngan hubby..cuaca tak elok..seminggu ni sy tidak di ofis..kursus di Ampang..then..tgh hari semalam br berkesempatan buka TV tengok siaran berita..rupanya..Malaysia dilanda musim kering dan jerebu...

Indeks bacaan pencemaran udara agak tinggi..Kat bawah ni info sehingga jam 7 mlm semalam..Wlupun berada di peringkat sederhana tapi tetap tak sihat..Kalau boleh kurangkan aktiviti luar..banyakkan minum air..kerap mandi..more info boleh semak kat sini 

NolynQoid xoxo

API

Status

Areas

%

0-50Good714%
51-100Moderate3975%
101-200Unhealthy611%
201-300Very Unhealthy00%
>301Hazardous00%
SelangorBanting93*97*96*
SelangorKuala Selangor84*87*90*
SelangorPelabuhan Kelang102*104*103*
SelangorPetaling Jaya82*86*86*
SelangorShah Alam82*85*85*

10 June 2013

Salam Syaaban

 

Rasulullah SAW pernah menyebut Syaaban adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.


Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." 
Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
 

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. 

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."
 
sumber : rakanmasjid 

Insya Allah..dlm tempoh 30 hari kita akan bertemu Ramadan yang penuh mulia..semoga kita berkesempatan bertemu bulan penuh barakah ini..Dah habis ganti puasa tak? sambil tu..jom sama-sama ambil berkah Syaaban..xoxo 

06 June 2013

Salam Isra' Mikraj...

 
Isra' Mikraj adalah 2 perjalanan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam masa semalam saja. Kejadian ini merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam, kerana pada peristiwa ini Rasulullah SAW mendapat perintah untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. 

Isra' Mikraj terjadi pada tahun akhir kenabian di Makkah sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Terdapat banyak pendapat tentang tarikh sebenar Isra' Mikraj..Tetapi tidak ada satupun yang pasti. Dengan demikian, tidak diketahui secara tepat bila terjadinya Isra Mi’raj. Antara tarikh yang sering disebutkan adalah 27 Rejab sblm Hijrah..Wallaluaklam..

Peristiwa Isra' Mikraj terbahagi dalam 2 peristiwa yang berbeza. Dalam Isra', Rasulullah SAW menunggang Buraq dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Dalam Mikraj pula Rasulullah SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini Rasulullah SAW mendapat perintah langsung dari Allah SWT untuk menunaikan solat lima waktu.

Bagi umat Islam, peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang berharga, kerana ketika inilah solat lima waktu diwajibkan, dan tidak ada Nabi lain yang mendapat perjalanan sampai ke Sidratul Muntaha seperti ini. Walaupun begitu, peristiwa ini juga dikatakan memuat berbagai macam hal yang membuat Rasullullah SAW sedih.

Perjalanan dimulai Rasulullah menaiki Buraq bersama Jibrail. Jibrail berkata, “turunlah dan kerjakan solat”.
Rasulullahpun turun. Jibrail berkata, “dimanakah engkau sekarang ?”
“tidak tahu”, kata Rasulullah.
“Engkau berada di Madinah, di sanalah engkau akan berhijrah “, kata Jibrail.

Perjalanan dilanjutkan ke Syajar Musa (Masyan) tempat penghentian Nabi Musa ketika lari dari Mesir, kemudian kembali ke Tunisia tempat Nabi Musa menerima wahyu, lalu ke Baitullhmi (Betlehem) tempat kelahiran Nabi Isa AS, dan diteruskan ke Masjidil Aqsha di Yerussalem sebagai kiblat nabi-nabi terdahulu.

Jibrail menurunkan Rasulullah dan menambatkan kenderaannya. Setelah Rasulullah memasuki masjid ternyata telah menunggu Para nabi dan rasul. Rasul bertanya : “Siapakah mereka ?”
“Saudaramu para Nabi dan Rasul”.

Kemudian Jibrail membimbing Rasul ke sebiji batu besar, tiba-tiba Rasul melihat tangga yang sangat indah, pangkalnya di Maqdis dan hujungnya menyentuh langit. Kemudian Rasulullah bersama Jibrail naik tangga itu menuju kelangit tujuh dan ke Sidratul Muntaha.

“Dan sesungguhnya nabi Muhammad telah melihat Jibrail itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, iaitu di Sidratul Muntaha. Di dalamnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibrail) ketika Sidratull Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (QS. An-Najm : 13 – 18).

Selanjutnya Rasulullah melanjutkan perjalanan menghadap Allah tanpa ditemani Jibrail. Rasulullah bersabda yang ertinya : “Segala penghormatan adalah milik Allah, segala Rahmat dan kebaikan“.
Allah berfirman yang ertinya: “Keselamatan bagimu wahai seorang nabi, Rahmat dan berkahnya“.
Rasul bersabda lagi yang ertinya: “Keselamatan semoga bagi kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Rasulullah dan ummatnya menerima perintah ibadah solat“.

Berfirman Allah SWT : “Hai Muhammad Aku mengambilmu sebagai kekasih sebagaimana Aku telah mengambil Ibrahim sebagai kesayanagan dan Akupun memberi firman kepadamu seperti firman kepada Musa . Akupun menjadikan ummatmu sebagai umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan pada manusia, dan Akupun menjadikan mereka sebagai umat wasath (adil dan pilihan), Maka ambillah apa yang aku berikan kepadamu dan jadilah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur“. “Kembalilah kepada umatmu dan sampaikanlah kepada mereka dari Ku”.

Kemudian Rasul turun ke Sidratul Muntaha.
Jibrail berkata : “Allah telah memberikan kehormatan kepadamu dengan penghormatan yang tidak pernah diberikan kepada seorangpun dari makhluk Nya baik malaikat yang terdekat maupun nabi yang diutus. Dan Dia telah membuatmu sampai suatu kedudukan yang tak seorangpun dari penghuni langit maupun penghuni bumi dapat mencapainya. Berbahagialah engkau dengan penghormatan yang diberikan Allah kepadamu berupa kedudukan tinggi dan kemuliaan yang tiada bandingnya. Ambillah kedudukan tersebut dengan bersyukur kepadanya karena Allah Tuhan pemberi nikmat yang menyukai orang-orang yang bersyukur”.

Lalu Rasulullah memuji Allah atas semua itu.

Kemudian Jibrail berkata : “Berangkatlah ke syurga agar aku perlihatkan kepadamu apa yang menjadi milikmu disana sehingga engkau lebih zuhud disamping zuhudmu yang telah ada, dan sampai lah disyurga dengan Allah SWT. Tidak ada sebuah tempat pun aku biarkan terlewatkan”. 

Rasulullah melihat gedung-gedung dari intan mutiara dan sejenisnya, Rasulullah juga melihat pohon-pohon dari emas. Rasulullah melihat disyurga apa yang mata belum pernah melihat, telinga belum pernah mendengar dan tidak terlintas dihati manusia semuanya masih kosong dan disediakan hanya pemiliknya dari kekasih Allah ini yang dapat melihatnya. Semua itu membuat Rasulullah kagum untuk seperti inilah mestinya manusia beramal. 

Kemudian Rasulullah diperlihatkan neraka sehingga Rasulullah dapat melihat belenggu-belenggu dan rantai-rantainya selanjutnya Rasulullah turun ke bumi dan kembali ke Masjidil Haram menjelang Subuh. ~Wallahuaklam~
sumber : Google

Jom Audit Diri..Layakkah untuk Syurga Indah Kekal Abadi..Tunaikan solat..pelihara iman dan amal..Insya Allah..Sedikit perkongsian sempena Isra' Mikraj..Yang baik milik Allah jua..kurang itu khilaf sy..xoxo

NolynQoid

04 June 2013

The Best Lasagna In Town :)

 
 Wah..tajuk...tapi serius..memang kalau nak makan Lasagna sy pegi sini..cuma encik hubby kurang gemar sebab chezzy sgt agaknya..tp sedap..
Sy suka makan lasagna kat Deli Rich, Aeon Jusco Bukit Rajah..Kedai ni kaler oren..sebelah News.Com dan bersebelahan juga dengan Kenny Rogers..Selain Lasagna,ada macam-macam..Nasi Ayam..Mee Kari..Ayam Panggang..Lasagna dihidang dengan gravy yang sedap..coleslaw dan salad..Selain itu, kat sini sy suka makan Potato Salad dan Sandwich Tuna atau Ayam..Harga lebih kurang RM12 kalau tak silap..Bolehlah sekali-sekala teringin pegi terjah..
 
Sila abaikan budak kecik ini..Wlu makan kat tempat paling best dlm dunia..dia cuma suka makan donut coklat..nasi dengan telur dadar dan roti jagung Gardenia..Snek pilihan anggur hitam..xoxo

~teringin pula~

Jap! How my new look? Suka tak? :P

NolynQoid

03 June 2013

Tempah Baju di Bak, Anggerik Mall

 
Tempah baju raya lagi..rasa macam baru sgt buat post pasal tempah baju raya..dah buat post tempah baju raya lagi.. Tahun ni kaler oren sedondon satu family..mmg ni kira dah last minit menghantar baju..nasib baik Bak nak ambil tempahan lagi dan tempahan baju melayu kali ni dijangka siap end of June..Encik Hubby hantar 2 pasang..dan untuk Qoid sepasang je..Kali ni pegi tak bawa Qoid sbb dia bukan nak ukur pun..bawa baju contoh je untuk dia..
 
 
 
Harga kat Bak berpatutan..erm..setahun sekali hantar baju..Bolehlah..3 pasang termasuk Qoid lebih kurang RM400..hehe..tapi Encik Hubby dan Qoid suka pakai jahitan Bak..Bak buka dr jam 10 pagi kalau tak silap dan tutup jam 8 malam..Pakcik tailor kat sini nmpk serius tapi very nice..Customer always right..hehe..Mungkin sapa nak hantar masih sempat lagi kot..

Bj sy tahun ni tak hantar kat Tailor biasa sbb dia ngan sombongnya tolak baju sy..so..hantar kat 1 butik dgn harapan tinggi menggunung baju sempat disiapkan sblm raya dan cantik macam koleksi baju kat butik tu..memang hantar je mana sempat sbb kebanyakan tailor memang takmo amik dah..Tunggu raya lah baru tau hasilnya..Puasa ganti dah selesai dilunaskan awal dulu..Cuma encik hubby ajak puasa sempena barakah Rejab dan Syaaban..xoxo

NolynQoid

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...